Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, March 9, 2009

Pilihan Mendengar

Saya sendirian di bilik rumah sewa ini. Dua orang rakan sebilik tiada. Shud balik ke rumahnya di Ampang manakala Fana ikut Dayah balik kerumah kakaknya di Batang Kali. Saya tak ke mana-mana. Letih program seminar tempoh hari tak hilang lagi juga persiapan untuk ke khemah ibadah pada minggu ini belum siap lagi. Bila keseorangan begini membuatkan saya makin kuat berangan. Berangan dan saya amat serasi. Diakui oleh rakan-rakan saya akan sikap itu. Bagi saya berangan itu luas maknanya. Memikirkan apa yang akan terjadi pada saya pada 20 tahun akan datang juga termasuk dalam angan-angan saya. Dalam angan-angan saya itu, biasanya saya perincikan lagi imiginasi saya.



Saya teringat sembang-sembang dengan seorang rakan masa saya naik bas tempoh hari. Rakan saya ni menceritakan pengalamannya menghafaz surah. Emmm... benda yang dah lama saya tinggalakan. Ya Allah... betapa hinanya hamba-Mu ini... Semoga apa yang telah terinspirasi semasa dalam bas itu, ditetapkan hati ini untuk mencapainya. Alhamdulillah, sembang-sembang kami masa itu, sembang bermakna.

Kadang-kala saya rasa semakin dah besar panjang ini semakin jauh saya daripada apa yang sepatutnya.

Kalau kecil-kecil dulu 1 juz amma itu saya hafal. Kini... banyak juga yang dah terlupa.

Kalau masa di sekolah menengah dulu saya menghafal Yaasin dengan baik... sekarang tersasul sini sana.

Ya ALLAH, saya seolah-olah tak berperasaan bersalah melupakan yang telah di hafaz satu ketika dulu.

Saya bermuhasabah.... melihat kembali diri ini.

Kenapa saya sanggup mendengar lagu-lagu entah apa2 sedangkan saya boleh mendengar alunan bacaan Al-Quran.

Kalau dahulu masa umur saya 17-18 tahun, siaran radio saya hanya IKIM kerana rasa bersalah pada diri bila dengar siaran radio lain. Saya rasa bersalah, sebabnya kenapa saya memilih yanag tak baik sedangkan yang baik juga ada. Maka siaran radio saya masa di sekolah menengah dan awal-awal di matrik dulu hanyalah IKIM.fm.

Sungguh yang baik itu sukarnya untuk istiqamah. Lebih-lebih lagi di zaman dunia sekarang.

Saya mula berjinak-jinak lagu-lagu cinta jiwang karat di radio. Bukan sebelum pada itu saya tak pernah dengar, lagu-lagu cinta jiwang karat ini. Pernah. Sejak lagu Suci Dalam Debu, Bila Cinta Didusta, Pesanan Buat Kekasih, Jesnita, Sejarah Mungkin Berulang dan banyak lagi saya dah dengar lagu-lagu itu. Tapi saya dengar bila orang lain pasang siaran radio itu. Masa di matrik lah saya mula addict lagu-lagu jiwang itu. Dengan tangan saya sendirilah, saya mencari siaran radio lagu-lagu jiwang.

Sekarang timbul balik kesedaran akan rasa bersalah mendengar lagu-lagu sebegitu. Moga hati ini istiqamah. Bukan mudah untuk istiqamah....

Sekarang ni bila pakai headphone saya azamkan untuk mendengar audio yang baik. Pilihan itu banyak, sayalah yang wajar menilai mana satukah yang wajar didengar. Meletakkan akal dan iman dan nafsu dalam sesuatu pemilihan.... moga ia keputusan yang tepat.


Ya ALLAH ya tuhanku.... Istiqamahkan hati ini...


2 comments:

Infant's steps said...

nice... =D

doakan kita istiqamah jugak!!
=)

Raihah Rosli said...

same2 la kite:)

istiqamah itu sukar....utk dri yg lmh ini...