Pagi tadi nak pergi ke kelas. Dalam bersiap-siap, nak pakai jam tangan. Tetiba tengok jam tak ada atas almari. Tengok pulak atas meja. Tak ada jugak. Ish... mana pulak perginya jam ni.
Tupppppp! Ya ALLAH.... jam tertinggal kat library. Gelabah yang amat. Doa-doa adalah jam tu ada lagi sebab tertinggal malam tadi.
7.40 keluar dari rumah terus ke library. Jumpa kakak guard minta izin nak masuk sebab tertinggal barang. Nasib baik dapat masuk, library buka pukul 8.30 am.
Dengan lajunya naik tangga terus menuju ke meja yang duduk malam tadi.
Alhamdulillah. Jam masih ada :)
Dengan rasa penuh syukur dan gembira saya pun keluar library.
" Terima kasih kak!" dengan wajah tersenyum.
"Sama-sama. Ada tak jam nya?"
" Ada.... alhamdulillah"
"Haaaa.... Nasib baik ada. Lain kali jangan ditanggalkan jam tu"
Saya tersenyum sahaja. Turun dan menuju ke lounge library untuk bersarapan dengan Hidayah sebelum ke kelas.
Kebiasaan saya menanggalkan jam yang dipakai apabila menulis atau menaip. Kerana rasa tersangkut apabila memakainya.
Dulu masa saya masih memakai jam yang lama seperti dalam gambar di atas. Saya sentiasa pakai, lebih-lebih lagi masa saya duduk di matrik. Saya pakai 24 jam. Tidur, makan, mandi, basuh baju. Masa dah masuk UPSI pun macam itu juga tapi kurang sikit. Tapi bila membasuh baju atau mandi saya masih memakai jam. Saya akan buka apabila nak menulis atau menaip sahaja. Dan jam itu memberi khidmat selama 4 tahun. Tak tahan lama disebabkan keganasan saya dalam memakainya. Sampai enjin jam itu rosak akibat berkarat kerana terlalu kuat kena air.
Dan jam baru saya ni baru berusia 3 bulan. Mana saya tak gelabah masa saya tahu tertinggal di library.
Pengajarannya.... pastikan barang peribadi anda dikemas sebaik-baiknya sebelum meninggalkan meja. Sayangilah harta benda anda (*_*)

3 comments:
bgs re'ah...sgt menghargai pemberian ^_^
kt lak xleh pkai jam sbb tu xde jam..hehe
tu pasal akak takut nak tanggalkan jam, cincin, gelang, rantai atau yang sewaktu dengannya hehee.. lelebih pulak ya..
takut hilang.. sebab tendency untuk tertinggal tu tinggi kan..
akak suka dapat jam tangan.. dah 3 kali dapat jam sebagai hadiah dari che' abang ;)
Wanie,
Mestilah hargai pemberian :) Ade juge yg beri kalo x cm ne? hehe
nape awk x leh pakai jam? ada alahan ke?
Kak Neeza,
tu la... kebarangkalian nak tertinggal tu tinggi...
Sy pun suke dpt jam... bukn jam je... ape2 hadiah.... i like! ngeh3
Post a Comment