Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, April 30, 2009

Masih belum selesai

12 hari tidak mengemas kini blog.... juga tidak menziarahi blog kawan-kwan. ...satu tempoh yang lama bagi saya. Punya komitmen yang lebih perlu diutamakan. ketiadaan laptop saya juga salah satu sebabnya. Kebetulan pula Shud, rakan sebilik saya menghantar laptopnya ke 'workshop' untuk diservis. Malas dan segan pula nak pinjam laptop orang lain semata-mata nak layan blog.

Sekarang tinggal satu subjek sahaja lagi. Elektromagnet.

Tempoh hari bila nak buat ulangkaji... tertekan sebab tak ada study week dan 5 subjek itu jarak harinya sangat dekat. Pergi perpustakaan penuh. Bising. Tak damai. Setiap tempat bermanusia. Bunyi tapak kasut orang. Tung tang tung tang si pemakai high heel. Kelepuk kelepak kelepuk kelepak yang guna flat shoe. Suara orang tak faham bahasa, berbincang kuat-kuat dalam perpustakaan. Kalau suara perlahan tak apalah juga. Dah tahu suara kuat tu pergilah bilik 24 hours kat luar perpustakaan tak pun turun sahaja di lounge.

Sekarang ini ada 5 hari masa untuk ulang kaji... tapi tertekan juga. Tertekan tengok kawan-kawan dah habis exam. Kebanyakan pelajar Fizik telas habis. Tinggal kelas saya sahaja.Walaupun kedatangan manusia ke perpustakaan dah tak sehebat masa hari-hari sebelum minggu peperiksaan tiba, semangat untuk ulang kaji tiada...

Rasa sudah tak sabar mahu habis semester 6 ini. Mahu pulang. Mahu rehat.

Opppsss....sebenarnya ada kerja lagi. Persediaan untuk projek tahun akhir. Tak buat apa-apa lagi. Kawan-kawan budak kimia dan bio sedang sibuk dengan persediaan pembentangan proposal. Sudah hantar surat mohon kebenaran buat kajian ke sekolah ke KPM. Budak fizik tiada pembentangan proposal. Saya masih lagi tak buat apa-apa. Cadangnya Rabu (6.5.09) depan selepas habis peperiksaan saya nak berjumpa pensyarah. Ingatkan nak jumpa hari ini (30.4.09), pesnyarah tiada sehingga minggu depan. Jadi ruang masa sementara nak menungggu keberangkatan ke Baktisiwa saya perlu manfaatkan dengan berjumpa pensyarah berbincang tentang projek tahun akhir.Huh~~~rsa macam dah senior sungguh di UPSI... projek tahun akhir tu!

Dalam perncangan mahu pulang ke rumah pada 12.05.09. Hari yang sama sekembali dari program Baktisiwa. Tapi kena tengok juga keadaannya. Takut lewat sampai Tanjung Malim. Tunggu perjumpaan esok, tengok macam mana tentatif programnya.

Semalam waktu malam teman Shud pergi beli kotak. Kotak kertas A4 Double A. Balik lebih kurang lapan suku malam. Nampak kereta pelik. Apa lagi bergerak pantas lah kami. Tak sempat tengok nombor pendaftaran kereta itu. Banyak kali dah sebenarnya nampak kereta itu. Selalunya masa kami nak pergi atau pulang dari perpustakaan waktu malam. Sangat mencurigakan kereta itu. Sudahlah kat dalam tepi jalan tu gelap gelita. Pas tu enjin padam. Lampu padam.

Sampai rumah ....
R:Ada kereta peliklah tepi jalan tu. Selalu lah ada kat situ. Entah-entah orang tu yang mengintai rumah kita kot.
S: Tu lah. Dah leh gelap. Enjin padam. Lampu padam. Tak panas ke duduk dalam tu. Buat apa sorang-sorang.
H: Ramai juga yang cakap pasal kereta tu. Call uncle lah suruh dia datang tengok.
R: Call je lah nombor polis yang kat pintu tu. Handphone pakcik tu kan. Suruh pakcik polis tu datang.
H: Kredit aku habis.Expired.
R: Handphone aku kat atas malas nak panjat tingkat 3.
S: Guna hp aku kalo celcom. Kalo 016 cepat jatuh kredit.
R: Ja, guna telefon rumah je lah.

Masa call...
H: Hello. Kami nak buat laporan. Ada kereta mencurigakan kat Taman Nusa. Kereta tu bla...bla... bla. Okay terima kasih.

Selang 15 minit...
BP: Kami dah bawa balik. SEPASANG!
S: Sepasang? ha...ah tadi kami lalu pukul 8.15 lebih kurang.

Epilog....
Ish... ingatkan orang yang ngendap rumah kami. Rupanya sepasang couple dalam gelap rupanya. Bengang betul! Ingatkan kalau orang yang ngendap rumah kami tu dapat dikesan tak adalah takut sangat nak keluar rumah. Tak tertangkap lagi si pengendap.... Nasib baik tak call uncle rumah ni suruh tengok. Tak ke malu??? Uncle yang berbangsa Cina menangkap sepasang kekasih yang seagama dengan ku bersekedudukan! Haish!



3 comments:

Mami Hadeef said...

apa nak jadi budak upsi.. ish.. mak ayah kt kampung tak tau anak dia kat sini wat ape.. mak ayah patut kene alert.. kalu anak ade kekasih kat U yang same, kahwin kan aje.. of course masa 24 jam kt upsi banyak dgn kekasih.. masa yg bersendirian utk tidur n mandi.. tak semua camtu, tapi ramai jugak.. kdang2 anim malu dengan jiran sbelah rumah anim ni.. makcik tu asyik tengok je budak upsi gendong motosikal same2.. aisy, tak malu ke? bakal cikgu tu..

Infant's steps said...

neway,just in case apa2,berhati2lah time jln waktu mlm..

eloklah tu diorg kena tangkap..tu jugak cara ALLAH tunjukkan kasih sayang kpd hambaNYA..hopefully yg terlibat dpt pengajaran..

takdelah maknanya kita tak buat perkara tu bererti kita terpelihara dr mendekati perkara ke arah itu..
mintak dijauhkan..amin..

Raihah Rosli said...

aniem...
tak tau lah ... budak upsi ke x...
nauzubillah...mohon diri dipelihra..


Azaty...
moga2 ada iktibar dr stiap yg terjadi..
sama2 bdoa utk jadi wanita solehah :)