" Tahu tak PPSMI dimansuhkan".
" Tu lah baru terbaca tadi".
" Baguslah, tak adalah ada yang keciciran".
" Betul tu, bukan semua budak dapat ikut bila sains dan math diajar dalam bahasa inggeris. Kalau budak tu memang background keluarga dia pandai bahasa inggeris, dapatlah ikut. Cuba kalau mak ayah tak tau apa-apa. Budak tu nak tanya siapa".
" Tapikan... kita tak dapat elaun lah sebab sains dan math diajar dalam bahasa melayu".
" Ha...ahlah.... tak merasa Rm 200 ....hahahahha"
Lebih kurang begitulah perbualan saya dengan Che Mas petang tadi. Apakah pendapat saya tentang isu terbaru ini? Saya setuju dengan persetujuan yang diambil untuk memansuhkan PPSMI. Walaupun saya tak menafikan bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasaInggeris itu ada kelebihannya. Namun, dipandang daripada sudut pelajar yang tidak mendapat bimbingan untuk mempelajari bahasa Inggeris, keputusan supaya PPSMI ini dimansuhkan amat menggembirakan. Selain daripada untuk mengekalkan bahasa Melayu ini di atas dunia. Siapakah yang akan memahsyurkan bahasa Melayu jika bukan daripada bangsanya?
PPSMI ini dapat diumpamakan seperti didiagnosis pesakit ada penyakit selsema tetapi diberikan ubat demam. Bermasalah di dalam bahasa Inggeris tetapi mengaitkan pulak bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Bukan sahaja tidak dapat meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris tapi menyebabkan pelajar yang tak pandai bahasa Inggeris turut bermasalah memahami konsep-konsep dalam sains.
Banyak langkah seterusnya perlu diambil supaya bahasa Melayu menjadi relevan sebagai bahasa ilmu.
Perlunya istilah-istilah sains dalam bahasa Melayu..
Perlunya memperbanyakkan bahan rujukan dalam bahasa Melayu.
Perlunya badan khas untuk menterjemahkan buku-buku ke dalam bahasa Melayu.
Banyak lagi sebenarnya....
Banyak juga langkah yang perlu diambil supaya pelajar kita mempunyai kemahiran berbahasa inggeris ditahap yang mantap.
Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris supaya lebih efektif.
Menarik minat pelajar supaya berminat mempelajari pelabagai bahasa.
Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang faham konsep sains juga fasih dan mahir berbahasa Inggeris.
Di peringkat matrikulasi dan tingkatan 6, masih lagi menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Namun, jangan gusar. Mereka yang di tingkatan 6 mahupun di matrikulasi, pada peringkat seusia ini sudah matang. Selain itu, sekiranya mereka telah mendapat bimbingan dalam bahasa Inggeris secara efektif sepanjang 11 tahun di alam persekolahan sebelumnya, sudah tentu masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu tiada. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan berbahasa Melayu dengan baik. Jadi kita akan dapat kesemuanya. Sains dan bahasa Inggeris.
------------------------------------------------
Lalalalala... lega rasanya tak payah speaking bila nak ngajar nanti! (*_*)
7 comments:
dia mansuh secara kekal ke sementara??
-malas nak bukak berita on9-
ngeh2..tau pun dr kwn kat sini.. sampai diorg bukak kedai kopi kat fb..hoho..
akhirnya PPSMI dimansuhkan jugak..hehe..rasenye pemansuhan tu akan bermula 2012 sebab dia nak habiskan dulu syllabus..
Azaty...
dimansuhkan secara kekal
bermula pd thun 2012 scr berprgkt2 shingga 2014
ces... pmls! :P
Syu...
btul tu :)
saye membantah!!!huhu...
saye membantah!!!huhu...
boleh bla!
dah x bleh bantah...skrg ni dah diputuskan guna bm!
tunggu anis jd menteri pljrn , tukar lah balik dasar tu...ngeh3
haha..gaduh adik beradik..=p
rasanya nak mewajibkan pun mgkn juga sedikit menyusahkan sbb kemampuan masing2 berbeza...n ada je student yg bljr luar negara guna bahasa ibunda foreign countries sbg perantaraan..so,kat situ pun dah nampak english is not compulsory for achievements..but it is an advantage..
yg nakkan advantage tu,usahalah lebih..ngeh2..
Post a Comment