Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, August 10, 2009

Terima Kasih Puan Haniem & Makan Lagi...

Kisah 1: Terima Kasih Puan


Terima kasih Puan Haniem. Terima kasih atas pemberian buku yang amat bermakna. Buku bermakna bagi orang yang baru-baru berjinak dalam dunia manik. Segan sebenarnya nak terima buku ini daripada Puan Aniem. Aniem kate pemberian sempena jahitkan baju dia. Segan sebab saya jahitkan baju Aniem simpel je tempoh hari. Simple sebab kekangan masa. Sebab itu sekarang bila ada kawan tanya untuk tempah jahitkan manik untuk baju raya atau grand dinner, saya tak berani nak terima. Takut tak ada masa. Lagi-lagi tengah dalam sem.

Balik tadi duduk belek-belek. Haish... terujanya. Kena cari baju kosong sepasang ini kalau nak ikut pattern contoh yang diajar. Tunggu~~~~



Kisah 2: Makan Lagi...
Wahai Cik Raihah... apa suda terjadi pada misi kamu??? Huhuhu...

Petang tadi pergi Pizza Hut. Rasmikan Pizza Hut yang baru saja dibuka di TM ini. Dekat pula tu Pizza Hut ini dengan rumah... Huuuh... habis lah. Tapi tadi makan set murah punya. Set yang 3-6pm punya. Yang harganya RM7.80. Jimat dan diet :P

Balik terus cari kalori sekeping Pizza. Dekat info yang dijumpai. Sekeping Pizzza mengandungi 240 kalori. Tapi rasa tak puas hati sebab sekeping yang dimaksudkan besar mana.... google lagi dan jumpa satu artikel Indonesia.Pizza hut yang saiznya paling kecil mengandungi 550 kalori hingga 800 kalori dan segelas air berkarbonat mengandungi lebih kurang 200 kalori. Setelah dijumlahkan kalori yang dimakan hari ini masih tak melebihi apa yang ditetapkan. Alhamdulillah (~_*).


Mula...


Tengah...
Akhir...

Satu yang saya puji. Pizza Hut kat TM ini sedap. Topping dia banyak dan dipenuhi keju. Roti juga fresh. Mungkin sebab cawangan baru kot, nak tarik pelanggan kot.... Tak tahulah. Tapi sedaplah.. bukan saya saja cakap... Fana turut memperakuinya. Cuma padat sungguhlah dengan kerusi dan meja.... Kedai kecil kot.

3 comments:

Infant's steps said...

hua3..
boleh la awak keje part time ye reqa..nanti kita kawin,awk tolong la jahit manik kat kain hantaran kita..haha..gurau je..

slmt menuntut ilmu menjahit.. =)

Neeza Shahril said...

akak selalu masuk blog raihah tapi tak dapat nak baca lama..
dapat error message..
ni akak tak tunggu lama.. sebab nanti langsung takleh bukak..

sedapnya makan pizza.. kat sini lain sikit rasa pizza hut dia.. selera pak arab kot heheh..

Raihah Rosli said...

Azaty...
huhuhu... akan ku tuntut ilmu menjahit.... sbb ia amat berguna utk diriku yg bergelar seorg guru yg hari2 nya selalu pakai baju kurung..


Kak Neeza...
ye ke kak... Dimanakah silapnya blog sy?....huhu

Mmg sedap kak...tp itulah pemusnah misi sy...huhu.