Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, August 12, 2009

Mengigil Bentang GB

Hari ini rasanya nak kongsi tentang yang ilmiah sikit... Asyik cerita tentang aktiviti seharian je kan... Bosanlah pula. Tetapi bukanlah nak bincagkan terlalu ilmiah pun. Sebab kalau nak cari info yang betul-betul ilmiah, blog ini bukan tempatnya. Cuma, nak share dengan kawan-kawan. Mungkin ada yang belum pernah dengar lagi tentang Green Building. Jadi entry ini hanya berkongsi sedikit maklumat tentang 'Green Building' memandangkan saya baru saja lepas bentang tugasan tentang green building. Saya bentang dengan penuh takut dan berdebar. Tangan menggigil sehingga pensyarah pun perasan. Huahaha.... malunya.

Apa itu Green Building?

Jawapan yang iberikan oleh Wikipedia ialah :

A design which focuses on increasing the efficiency of resource use — energy, water, and materials — while reducing building impacts on human health and the environment during the building's lifecycle, through better siting, design, construction, operation, maintenance, and removal.

Jawapan yang diberikan oleh Build It Green:

Green buildings are sited, designed, constructed, and operated to enhance the well-being of their occupants and support a healthy community and natural environment.


Secara ringkasnya green building dapat difahamai bahawa ia sebuah bangunan yang mesra alam sama ada dari segi pembinaan, pengurusan dan penggunaannya. Contohnya macam penggunaan bahan untuk membuat bangunan tersebut,rekabentuk bangunan itu dalam struktur persekitarannya, cara pengurusan tenaga bangunan tersebut, kemudahan dalam bangunan tersebut dan cara melupuskan bangunan tersebut.

Green Building ini dibina atas beberapa prinsip. Ikutlah. Contohnya macam US Green Building Council ada menyenaraikan 8 prinsipnya. Tetapi Smart Communities Network menyenaraikan 5 prinsip Green Building ini iaitu:

  1. Energy Efficiency and Renewable Energy Sources
  2. Environmental Impact
  3. Resource Conservation
  4. Indoor Air Quality
  5. Community Issues

Itulah je lah yang nak dikongsikan. Huhuhuhu.... karang kalau tulis pepanjang pun tak larat nak baca.


Inilah sedikit gambar halaman rumah saya yang hijau.... bukannya rumah saya berkonsepkan green building tau. Adalah aplikasi sikit-sikit macam guna CFL, tinted window, radiant heat barrier,hood, kipas ekzos.... Itu je lah kot... aplikasi asas je la. Aplikasi yang dalam-dalam lagi konsep green building tak adalah. Tak mampu. Sebab bahan nak baut green building memakan belanja yang sangat tinggi.

Jadi nanti bila dah kerja.... dah berduit ... dan dah mampu nak bina sebuah rumah .... binalah rumah yang berkonsepkan green building. Kalau duit dah melimpah ruah, binalah rumah yang betul-betul ikut konsep green building. Tapi kalau duit cukup-cukup je, aplikasikan sedikit konsep green building dalam rumah sendiri juga sudah memadai. Meskipun tak boleh seratus peratus sebab tak cukup bajet. Aplikasikan yang sikit-sikt pun jadilah.... Contohnya gunakan Compact Fluoroscent Light daripada lampu biasa dan gunakan dimmer switch sebab dapat jimatkan tenaga. Tingkap rumah dan sliding door tu pasang high R- Value insulation. Pastu kalau kat lantai tu boleh gunakan tile yang dicipta daripada tayar lori terbuang. Banyaklah lagi.....

Sedikit usaha kita dalam menjimatkan penggunaan tenaga... besar manfaatnya kepada Bumi yang kita diami ini.... Semuanya atas tangan kita...


“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”- Maksud Surah Ar-Ruum ayat 41.

4 comments:

Infant's steps said...

fuh,tabik2..ngeh2..

yup,setuju psl bencana alam sekitar tu atas sbb perbuatan manusia sendiri..sbb tak mgkn ALLAH menzalimi hamba2Nya..

p/s:suka awk masukkan ayat al-Quran sbg penutup..keep it up!!

~sampaikan firman Tuhanmu~

Raihah Rosli said...

tabik je ke? hahahah... astagfirullah..


kite pun suka kite buat cm tu... tp ilmu di dada tak banyak... berkongsi apa yang kita ada dan apa yng kita thu saja...

Mungkin bukan semua entry tp sekuarng-kurangnya kita berusaha lepas ini utk masukkan... Moga sama2 beroleh manfaat...

Infant's steps said...

yup,berkongsi je apa yg ada..sbb abu bakar pun selepas masuk islam,cuma dgn penyebaran satu kalimah tauhid atas suruhan rasul je,dah 8 org masuk islam pada hari kedua..wallahu a'lam..

hehe..terbaca shout out awk kat YM..hati tu tenteram dgn kebaikan..since awk suka menyampaikan,maka teruskanlah..biar sedikit asalkan istiqamah.. =D

Raihah Rosli said...

insya-Allah...
meskipun bukan dlm stiap entry....
sy akn cube!