Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, September 16, 2009

Pulang Beraya Syawal 1430

Hari ini saya sudah di rumah keluarga di Skudai. Semalam separuh hari dalam perjalanan di dalam bas. Bermula selepas kelas FT, saya dan Haniem bergerak ke KHAR untuk menaiki bas ke KL pada jam 2. Tiba di Pudu lebih kurang jam 3.30 dan setelah Haniem naik bas ke Kuantan saya bergerak ke Bukit Jalil (terminal bas sementara sempena raya ke arah selatan) pad jam lebih kurang 4.15 petang dengan menaiki shuttle bus.


"Boleh nak duduk sini," tanya seorang perempuan.

"Boleh. Duduklah," saya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Nak gi mana?"

"JB" balas saya ringkas. Dan untuk bermanis bahasa saya pula bertanya " Awak nak ke mana?"

"Melaka".


Saya pun terus berdiam. Sambil melihat seorang demi seorang yang membayar tambang sebanyak RM 2 untuk menaiki bus shuttle ini. Perjalanan dari Puduraya ke Bukit Jalil.


"Belajar lagi ke?" tanya perempuan yang duduk di sebelah saya itu.

" Ha...ah". Jawab saya ringkas.

" Awak ? Kerja ke belajar?"

"Belajar. Umur saya baru 16 tahun", dengan nada mendatar dia membalas.

"Ooooo...ok. 16 tahun baru". Sebenarnya saya tak menyangka yang dia berusia 16 tahun dengan badannya yang agak gempal dan berpakaian short dan baju fit juga berkaca mata
hitam.

"Sekolah kat mana?" tanya saya memanjangkan bicara.

"Sekolah Menengah ........ Jalan........ ".

"Ooooo...ok". Dalam kepala saya masa ini terfikir. Itu bukan sekolah asrama.

"Pergi JB buat apa?" tanya budak itu lagi.

" Balik kampung, rumah mak ayah. Awak pula gi Melaka rumah siapa?"

Dia terdiam.

"Kampung ke?"

Dia menggelengkan kepala.

"Rumah kakak ker?"

"Tak lah. Rumah BF". Sambil mulutnye mengukir senyum tersipu-sipu.

" Lama ker cuti sekolah untuk raya ni?" tanya saya.

" Entah. Tak tahu." Rileks saja dia membalas.


" Tak tahu?. Kenapa?" tanya saya ingin tahu.

"Dah lama tak pergi sekolah". Jawapnya jujur.

"Ooo... ye ke. Tak sayang ke tak pergi sekolah?"

"Sayang."

"Habis tu?" Saya bertanya lagi. Pelik di kepala saya memikirkannya. Sayang tapi ponteng.

"Tertekanlah nak kena pergi sekolah". Jawabnya slumber.

"Kenapa pula?" tanya saya lagi.

"Entah. Sejak arwah mama tak da, hidup jadi tak terurus. Duduk dengan kakak saya, saya tertekan." luah budak itu.

Saya simpati, tapi tak ada apa yang mampu saya balas melainkan hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda mendengar dengan prihatin.



Orang yang menaiki bas ini semakin ramai. Sehingga penuh berdiri. Perbualan terhenti. Saya rasa kurang selesa untuk berbual. Lebih-lebih lagi keadaan jadi hingar bila dipenuhi orang. Kalau hendak bersembag terpaksa bersuara kuat.


"Saya suka tengok awak", ujar budak tadi.

Saya menolehnya sekilas. Otak jahat saya berfikir... Les ke dia ni? Saya diam. Dan membetulkan kembali kepala saya untuk menghadap ke depan.

" Saya tengok awak sejuk je. Muka awak sejuk". Terangnya.

"Oooo..." Saya tersenyum. Malu pada diri sendiri sebab bersangka buruk.Sangka buruk saya itu juga bersebab. Supaya saya berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

"Awak tak pernah tinggal solat?" sambung dia berbicara.

Saya senyum terlebih dahulu sebelum menjawab. Saya juga ada zaman 'gelap' dalam hidup saya. "Insya-Allah, setelah ada kesedaran akan solat itu wajib, saya tak pernah tinggalkannya. Kenapa, awak ada tinggalkan solat ke?"

"A...ah. Saya tak solat. Tak ada orang nak ajar saya. Saya tak solat. Saya tak mengaji." Akuinya jujur.

"Oooo...emmm..." Saya terkaku untuk berkata sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam bas itu sangat sesak. Saya kasihan apabila dia bercerita kepada saya , bukan setakat saya yang mendengar. Sudah pasti orang yang berdiri sekitar kami juga akan mendengar juga.

"Saya tak puasa. Saya tak boleh nak puasa. Paling saya tahan 2 hari."

Saya terkedu mendengar. Dia terus meluahkan.

"Sebenarnya saya nak berubah. Tapi tak ada orang nak bimbing saya. Mama dah tak ada. Kakak saya entah macam apa saja"

"Insya-allah... boleh." Saya tak sempat nak berkata panjang. Budak itu membuka bicara lagi.

" Saya pernah masuk Kristian" ujarnya tanpa rasa malu.

Saya tertoleh padanya dengan muka terkejut. 'Astagfirullah-al-azim... Nauzubillah... hanya terluah di dalam hati. Saya tenangkan kembali wajah terkejut saya. Saya tak mahu dia berkecil hati atau merasakan saya memandang serong pada dirinya.

"Tapi saya dah mengucap balik tahun lepas".

"Oooo...alhamdulillah".


Bas shuttle ini sudah menghampiri persekitaran Bukit Jalil. Perbualan kami terhenti. Masing-masing sibuk mengangkat beg.


Petang Selasa 25 Ramadhan. Suasana di Terminal Sementara Bukit Jalil masih lagi lengang.


"Boleh saya turun dengan awak, " tanya budak itu.

"Sure... boleh. Jom!"

" Saya nak pergi kaunter dulu." ujarnya.

"Okay".



Dari jauh dia melambai pada saya. Basnya ke Melaka jam 4.30 petang. Dia bergegas ke bas kerana tika itu jam sudah menunjukkan jam 4.40 petang.

Sebenarnya saya ada nak pesan pada dia...

"Kalau awak nak rasa tenang dan bahagia... kembalilah kepada Allah... amalkan cari hidup Islam... kalau rasa tak ada orang nak bimbing... jumpalah ustazah di sekolah... luahkan pada mereka... mintalah bantuan mereka."


Tapi pesanan itu saya simpan saja. Tak sempat nak cakap. Saya simpati padanya kerana berulang kali dia cakap hidupnya tak bahagia dan tak berasa tenang. Panjang sebenarnya perbualan kami. Yang saya ceritakan di atas sebahagian saja. Sebenarnya saya rasa bersalah juga... kalaulah saya ini seorang yang mantap agamanya... mesti boleh bantu dia... mesti boleh terangkan padanya apa itu dan ini... Saya hanya mendengar dan memberi pendapat saya. Itu saja yang saya mampu.

Saya berdoa agar dia mendapat hidayah dari Allah...


Bas Maraliner pilihan saya. Basnya sangat selesa. Pemandu juga berhemah.


Bas kosong saja semalam. 5 orang saja penumpang.

4 comments:

fana said...

siannye bdak tuh....=(

die nak brubah,tp,keadaan persekitaran buat die camtuh...

sgt2 kasihan...

just wonder,klu ko ckp camtuh kat die,mgkin die akan cuba berubah,bukn setakat meluah...huhu..

sbb,klu die brubah,ko akan dapat pahala jugak.

=)

muhammad anis said...

huhu..kesain crite ni..
macam kat dalam drama plak..
asal x mnx no???
leyh r dakwah skit2.. :)

Sajida said...

aahla. sgt2 kesian. sedih dgr jalan hidup dia.. :'(

reah, beg hello kitty yg ping (gambar kedua terakhir) tu beg reah ke? :P

Raihah Rosli said...

Fana...
Doakan dia berubah....
Semoga dia mendapat hidayah...

Anis...
huhu...tak terpikir pon nk mintak no...

Sajida...
sgt menyedihkan:(
hehehe...x la... beg penumpang bas jugak... tp bukan beg kite... kite tk sukar pink la sajid...