Hujan turun lebat pada waktu ini. Menggamit memori saya akan peristiwa berlaku kira-kira 2 tahun lepas.
Malam itu malam Khamis. Hujan turun dengan lebat sekali. Saya pula ada kelas Pedagogi Pendidikan di Dewan Kuliah A. Hati berbolak-balik sama ada mahu pergi atau tidak. Akhirnya saya bertindak untuk pergi juga memandangkan hari tersebut akan diadakan ujian di dalam kelas.
Hujan lebat saya redahi. Bersama linangan air mata. Sedih rasanya. Sesampai di kelas, lenjun satu badan. Air menitis dari pakaian saya. Kalau hari siang sudah pasti saya berjalan kaki dan berpayung. Tetapi di waktu malam, mana mungkin saya berjalan kaki ke kelas. Kerana untuk ke kampus saya terpaksa melalui lorong gelap. Mahu tidak mahu, basikal juga pilihan saya.
Hujan pada waktu itu saya redahi dengan menaiki basikal kesayangan saya setia berkhidmat kepada saya dalam tempoh 2 tahun ini. Terima kasih basikal. Jasamu akan kukenang.
Tengah hari tadi saya ke kedai Uncle basikal. Mengepam tayar. Lantas bersuara kepada Uncle.
Saya pun berjalan mahu pulang. Setelah hampir 30 meter berjalan saya pusing kembali ke kedai uncle.
Menaiki basikal ke kampus di UPSI bukanlah perkara asing. Mungkin di universiti-universiti lain, ia seolah-olah perkara memalukan atau ketinggalan zaman. Tapi tidak di UPSI. Masih ramai lagi menunggang basikal ke kuliah. Malah, terdapat juga seorang pensyarah saya ke kuliah menunggang basikal.
Seminggu lagi saya akan berada di TM. Selepas ini segala yang berlaku di pekan kecil bernama Tanjung Malim ini akan saya sisipkan kemas di memori. Akan juga saya lakarkan di rumah kesayangan saya ini. Semoga ia kekal dalam ingatan. Kerana pengalaman itu adalah ilmu termahal dalam kehidupan!

Saya: Uncle nak beli basikal tak?
Uncle: Tak nak bawa balik ke?
Saya: Tak nak. Tak muat kereta. Lagi pun dah tak ada orang nak pakai.
Uncle: Tak apa... uncle boleh bukakan.
Saya: Saya tak nak bawa balik. Unce beli murah pun tak apa. Janji saya boleh jual.
Uncle: Emmmm... ini seat sudah tak elok. Bakul pun dah rosak. Kalau RM50 tak boleh dapat.
Saya: Uncle nak ambil berapa ambil lah uncle.
Uncle: RM40 boleh la. Sebab banyak yag sudah rosak.
Saya: Oklah uncle RM40 ke Rm35 ke. Saya boleh je. Lagi pun uncle dah banyak tolong saya.
Uncle: Oklah RM35.
Saya: Ok uncle.. Saya jual. Thank you uncle. Selama-lama ni uncle banyak tolong saya.
Saya pun berjalan mahu pulang. Setelah hampir 30 meter berjalan saya pusing kembali ke kedai uncle.
Saya: Uncle! Kejap....Saya berlalu meninggalkan kedai itu. Sayu rasanya. Basikal itulah setia berkhidmat untuk saya. Ke kelas. Ke mesyuarat Rexco. Ke jamuan kelab. Ke Taman U. Ke kedai. Ke pekan. Ke Masjid Jamek. Ke Surau Kg. Mogah. Ke Seven E.
Uncle: Owhhh ... nak ambil gambar yer.
Saya: A...ah uncle. Sayanglah kat basikal ni. Banyak jasa dia dekat saya.
Uncle: Ambillah.
Saya: Okay, uncle. Thank you yer!
Menaiki basikal ke kampus di UPSI bukanlah perkara asing. Mungkin di universiti-universiti lain, ia seolah-olah perkara memalukan atau ketinggalan zaman. Tapi tidak di UPSI. Masih ramai lagi menunggang basikal ke kuliah. Malah, terdapat juga seorang pensyarah saya ke kuliah menunggang basikal.
Seminggu lagi saya akan berada di TM. Selepas ini segala yang berlaku di pekan kecil bernama Tanjung Malim ini akan saya sisipkan kemas di memori. Akan juga saya lakarkan di rumah kesayangan saya ini. Semoga ia kekal dalam ingatan. Kerana pengalaman itu adalah ilmu termahal dalam kehidupan!
4 comments:
sayangnye basikat tu..
huhu...
sedihkan nak jual..xpe2..pasti dah bawak kereta kan?? hehe
ble nak balik rumah ni???
lme lg ke??
mmg syg la kat bskl tu!
huhu... bwk kete ker?
esok balik, ari ni yang adae keje kat PD.
blaja la balik.. huhu :P
of kos kne bljr blik...huhu
Post a Comment