Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, November 12, 2009

Terakhir Dalam Terakhir

Petang tadi adalah hari terakhir, kali terakhir dan yang terakhir untuk saya menjejakkan kaki sebagai pelajar yang menduduki peperiksaan di kampus UPSI. Doakan saya lulus semua subjek ini, kalau boleh biarlah cemerlang...

Subjek peperiksaan terakhir tadi ialah subjek Quantum Mechanics (QM). Subjek yang cukup membuatkan saya sengsara semester ini selain subjek Classical Mechanics (CM). Subjek ini menuntut banyak aripada masa saya semester ini di habiskan dengannya. 3 Tutorial dan 3 Ujian. Sungguh mendera mental saya yang sangat sukar memahami subjek ini.

Sementara cerita ini masih segar di ingatan sementelahan mungkin ini entry yang terakhir saya akan bercerita tentang subjek pelajaran saya.

Petang itu saya menyiapkan tutorial 3 di perpustakaan. Dalam jam 3 setengah petang saya dan Fana sama-sama bersetuju untuk berjumpa pensyarah bertanya akan tutorial 3 itu (Sem ini je rajin pergi tanya pensyarah, sem sebelum ini tak pernah! Hahaha nampak sangat baru ada kesedaran dir.i..Mungkin sebab subjek ini susah amat) . Memandangkan saya baru buat soalan 1 dan 2, manakala Fana pula membuat soalan 3 dan 4. Maka bersepakatlah kami berjumpa untuk bertanyakan banyak benda yang tak faham-faham dalam 4 soalan tutorial yang banyak anak-anaknya.

Dari jam 3.45 petang sampai jam 5.30 petang baru tamat perbincangan kami dengan pensyarah. Huuh.. memang lama. Lagi-lagi dengan saya yang sentiasa blur dan lost. Hahahaha... Mana taknya boleh katakan 70% daripada jalan kerja saya buat dalam soalan 1 dan 2 itu salah. Ye... saya memang akui yang saya bukan budak pandai pun! Jawapan soalan 3 dan 4 yang Fana buat, tak banyak salah pun cuam ada yang cuai sikit-sikit saja. Mulanya kami ingatkan memang nak jumpa sekejap saja, tetapi bila banyak sangat salah dan pensyarah kami baik menyediakan kertas untuk kami selesaikan masalah-masalah itu depannya, maka saya yang blur ini selesaikan juga dalam terkial-kial. Ngeh3...

Keluar dari bilik pensyarah, kami ke surau An-Nur. Di sejadah surau itu berteleku saya bermohon pada Yang Esa agar saya diberi kekuatan untuk meneruskan belajar subjek itu. Diberikan keterangan hati untuk memahaminya. Diberi kekuatan daya ingatan untuk mengingatinya. Pada masa itulah saya berdoa... supaya saya lulus subjek ini... Masa itu saya rasa down sangat.

Dan petang tadi adalah pengakhirannya. Selepas in saya tak akan jumpa QM lagi. Saya tak mahu jumpa QM lagi. Sungguh sesak kepala otak saya belajar QM. SELAMAT TINGGAL QM!!!

p/s: Disebabkan sem ini banyak kali jumpa pensyarah. Saya ada macam-macam nama. Zaleha. Hasmiah. Raihan. Shidah.... dll. Kali terakhir jumpa, baru pensyarah saya panggil nama betul saya. Hahaha... Rasanya entry ini kalau saya baca tahun depan atau beberapa tahun akan datang (kalo blog ini wujud lagi) pasti saya akan terketawa....kahakahaka... Fana! Kau Delaila kan? Ngeh3.

2 comments:

fana said...

weh,jgn lah bocor rahsia!!!hahaha....takpe2..kita dah usaha.mgkn taklah banyak, tp, ttp ader.kita jujur kan...yg penting tawakal.mgkn ko bleh cemerlang. tp, aku pon nak gak!!!hahaha...

Raihah Rosli said...

doakan kejayaan bersama... ameen!