Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, December 16, 2009

Kisah Terbaru Cuti Ini

Lama rasanya tak menghadap laptop. Huh... memang sibuk bertambah tak berapa sihat 3... 4... hari lepas.

Sejak jadi cikgu tak bertauliah untuk sepupu-sepupu ni, jadual kehidupan sungguh lah sibuk. Saya fokus mengajar sains dan matematik saja. Kalau cakap bab penat, memang penat. Bayangkanlah cuti tanpa duduk berehat-rehat.

Bangun saja pagi turun ke dapur, tolong ibu sediakan sarapan. Kemudian masak menu utama untuk makanan tengah hari. Lepas itu kemas-kemas dan bersiap-siap untuk mengajar pula.

Pukul 10 pagi mula mengajar. Masa mengajar ini memang sangat terisi sebab pelajar saya ni ketiga-tiganya berlainan tingkatan. Tingkatan 1, 2 dan 4. Jadi isi pelajarannya berbeza-beza. Masalah yang mereka hadapi juga berbeza-beza. Pukul 12 tengah hari sambil memasak sayur, sambil mengajar.

Pukul 1-2.30 petang waktu saya berehat. Selalunya saya terlelap. Lepas itu mula mengajar semula sampai pukul5. Kalau saya rajin, dalam jam 4 petang tu sambil mengajar, sambil masak untuk makanan petang. Masak kek ke, mufin ke, kuih goreng-goreng ke.

Malam sambung balik mengajar. Lepas itu saya terus tidur. Penat memang penat. Tapi bila budak-budak tu dapat jawab rasa puas.

Tapi sebenarnya hidup sibuk ini lagi penuh bermakna daripada hidup yang asyik berehat-rehat.


Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
Riwayat Muslim


p/s: Insya Allah next entry .. saya nak share resipi yang sedap! Lama dah rasanya entry bawah label rasa dapur tak ada... Jadi ... insya Allah saya update:)

No comments: