Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, January 18, 2010

ROS 2

Woow.... Rasanya lama sudah tak update blog. Tak tahu lah kenapa.... mungkin sebab sibuk dan tak ada mood nak menulis. Sedar-sedar dah masuk minggu ke tiga dalam bulan Januari...

Sudah banyak cerita-ceita yang terlepas nak dicatatkan di sini. Baiklah, saya mulakan catatan di sini.

Saya sudah berada di Kuantan. Lebih tepat lagi di rumah sewa saya di Permatang Badak Baru.
Perjalanan dari rumah sewa ke sekolah dengan menaiki kereta lebih kurang 10 minit. Perjalanan pun okaylah sebab tak terlalu sibuk. Di rumah sewa ini saya bersama-sama 7 cikgu praktikum UPSI. 5 pelajar TeSL dan 3 pelajar Fizik. Suasana dan persekitaran rumah pun baik saja. Housemate pun okay dan baik.

Hari ini memulakan hari pertama di sekolah sebagai cikgu pelatih di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. 9 orang pelajar praktikum UPSI ditempatkan di sekolah ini kali ini. 2 Fizik, 2 English, 2 Pendidikan Khas, 2 Perdagangan dan seorang pendidikan moral. Setakat ini alhamdulillah... semuanya baik sahaja...

Pagi tadi di sekolah rasa agak bosan. Sebab 2 minggu pertama ini kami hanya menjalankan ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). 14 minggu selepas itu baru kami praktikum. Mungkin esok dan seterusnya kami akan masuk ke kelas ganti.

Perasaan sekarang ini berdebar dan blur-blur. Takut juga nak mengajar. Tadi dekat bilik guru, cikgu -cikgu banyak pesan supaya tegas dulu mula-mula mengajar.

Baiklah sampai di sini dulu.

2 comments:

muhammad anis said...

tegas2 skit.. bg smua kenal spe Raihah..hehe..
slamat mengajar..
smoga dipermudahkan..
huhu... :)

Raihah Rosli said...

doakan segalanya dipermudahlkan...