Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, January 29, 2010

Kisah Di Sini

Sudah selesai dua minggu ROS 2. Jadual untuk praktikum minggu depan juga telah saya dapat. Dua-dua subjek sains. Tingkatan 2. 10 waktu. Emmm... cabaran tau! Saya dapat kelas ke-3 dan kedua akhir. Masih tercari-cari kaedah apa yang sesuai .

Sekali fikir ... terdetik juga di hati. Sampai hati pihak sekolah bagi kelas macam itu pada kami. Kami dekat sekolah ini tak dapat ajar kelas depan. Kebanyakan kawan-kawan praktikum sekolah lain dapat mengajar kelas depan.

Agak tertekan. Yang menjadi cabarannya adalah kawalan kelas.

Memang terasa... Mulalah saya fikirkan... kalau lah saya ini... kalaulah saya itu.... Tapi saya cuba rasionalkan balik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang diamanahkan itu adalah berdasarkan kemampuan kita.

Selain itu ada juga beberapa perkara yang agak luar biasa seperti cikgu akan masuk ke kelas setiap kali guru praktikum masuk mengajar. Ini perintah yang telah ditetapkan. Nak ke tak, kami perlu terima. Sudah semestinya akan kekok. Owh...tidak. Cabaran sungguh!

Banyak lagi cabaran kami. . Owh tidaaaakkkkk!

Alhamdulillah. Pengetua saya baik. GPK 1 juga baik.

Alhamdulillah. Housemate saya sangat membahagiakan. Mujur ada mereka. Penghibur. Sekurang-kurangnya ada juga yang membahagiakan saya di Kuantan. Sangat happy bila di rumah!

Ya Allah permudahkanlah urusan aku di sini....

3 comments:

Infant's steps said...

salam..wawawa..cool2..mgkn lbh baik bersusah2 dulu kot dgn kelas belakang..nanti dah ada pengalaman utk kawal keadaan,lbh senang kemudian hari..huhu..

gambate reqa!!
=)

muhammad anis said...

salam
wah..best l..
biasa la tuh..smua bnde ade je cabaran tu..
Allah x bebankan seseorg, melainkan beban itu mampu ditanggung oleh mereka.. kan?? so..InsyaAllah lame2 tu boleh la tau mcm mane nak handle kelas2 blkg tu..hehe

Allah yusahhil alaik :)

Raihah Rosli said...

thank you Azaty n Anis. Sangat bz skrg, update blog pun x smpt. Jgn kate nak update blog. Buka internet pun x sempat!