Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, August 18, 2010

Kematian...

Hari ini hari ke 8 Ramadhan. Pantas rasanya masa berlalu. Masa memang selalu meninggalkan kita, kita saja yang selalu mensia-siakannya. Sebagai contohnya, dalam usia yang sudah pun mencecah 23 tahun, bila difikirkan balik, seolah-olahh tak terasa pun akan kepantasan masa yang berlalu. Sedar-sedar sudah seusia ini umur saya. Saya percaya pada usia saya 43 tahun nanti, iaitu 20 tahun akan datang ( kalau ditakdirkan masih hidup). Masa itu mungkin saya akan merasakan 'oh terlalu pantasnya masa berlalu, sedar-sedar usiaku sudah setua ini, sudah terlalu hampir dengan kematian'.

KEMATIAN... suatu perkara yang pasti. Tapi lekanya manusia kadang-kadang merasakan seolah-olah ia terlalu jauh dengan diri. Padahal, mungkin sedetik lagi ajal datang menjemput. Apabila memikirkan tentang ajal, saya akan berasa insaf yang amat sangat... tapi, sekejap saja...lepas itu leka dengan dunia. Astaghfirullah...

Teringat masa praktikum tempoh hari. Waktu terakhir p&p untuk kelas 2 Rajin dan 2 Jujur. Saya tidak mengajar. Lebih kepada sesi melembutkan hati murid-murid yang disayangi sebelum meninggalkan mereka. Saya menayangkan 3 buah video. Video tentang gambaran seksa kubur, video tentang gambaran hari kiamat dan video tentang lagu anak soleh. Sambil mencerita tentang tanda-tanda kiamat, kesalahan yang telah dilakukan dan sedikit sembang-sembang. Bercucuran air mata sesetengah murid yang masih lembut lagi hatinya di kelas 2 Jujur, namun ada juga yang masih tidak terkesan apa-apa. Manakala, 2 Rajin lebih kepada bising sehingga sukar untuk dikawal. Ada sesetengah nak keluar sebab tak sanggup melihat video. Sedih sebenarnya sebab kalau boleh nak sangat semua pelajar tengok dan ambil sedikit kesedaran. Tapi saya tak mahu jadi isu seperti sajak kematian yang heboh diperkatakan dulu. Jadi awal-awal lagi saya memberi kebenaran sesiapa yang tak sanggup melihat video yang ditayangkan boleh ke perpustakaan di sebelah bilik tayang.

Kematian itu adalah motivasi terbaik dalam kita melakukan amal soleh. Hati-hati yang lembut akan terkeasan setiap kali fikir tentang mati. Namun hati-hati yang keras, terus-terusan berdegil dan leka dengan dunia yang fana. Mungkin jua hidayah belum diterima...



Dunia yang fana...
Cherating, Pahang.
Mei 2010.



Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Maksud Ayat 19 Surah Qaf
[50:19]





8 comments:

Mami Hadeef said...

hari tu mase buat slot motivasi tayang video2 tu, punye la si fatimah az-zahra tu menangis teresak2.. tengok baru2 ni terserempak dengan anim, habes je waktu sekolah terus 'terbang' tudung dia.. siap sanggul tinggi2 lagi.. tapi tak heran la sebab mak dia pun jenis yg seksi jugak tapi bertudung la.. kesian.. kurang didikan..

Nurul Nafi said...

hee..ingat lagi kenangan tayangan tu...kelas akak pun sama jer...ade yg tak takut langsung...takpe...janji kita dah berusaha kan? :)

Infant's steps said...

salam..
semoga usaha diberkati..
dan semoga kita yg berusaha, lbh baik dr mereka yg diusahakan.. =)

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

"Kullu nafsin za iqatulmaut" (Setiap hidup pasti akan merasai mati). Berbicara tentang kematian, teringat akan Allahyarham Suhaimi (sahabat juga JMK KHAR masa di UPSI dulu), teringat juga kepada ninda (yang meninggal semasa saya di tingkatan 5) dan juga atok yang amat disayangi (meninggal masa semester ke-3 di UPSI). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua dan buat sekian muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.
Bagi kita yang masih diizinNya untuk meneruskan kehidupan, manfaatkan ruang dan peluang yang ada sebaik2nya. Bermohonlah agar kematian kita dalam keadaan yang baik dan sempurna tubuh badan.
Wallahu'alam.

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Benar berhadapan dengan pelajar yang berbagai kerenah dan telatah adakalanya menguji kesabaran kita. Apapun, itulah guru yang boleh diibaratkan sebagai doktor masyarakat.
Jika seorang doktor perubatan gagal menyelamatkan seorang pesakitnya, mungkin satu nyawa akan melayang.
Tapi, doktor masyarakat sekiranya gagal menyelamatkan anak didiknya, maka akan pincanglah sebuah masyarakat.
Ibrat batu yang dihempas air sentiasa akan lekuk akhirnya. Sekeras2 batu akhirnya boleh dilembutkan oleh air yang lembut tetapi berterusan. Begitulah dengan hati anak2 didik kita, sekeras manapun, bila acapkali diasak dengan nasihat dan kerohanian akan lembut juga hatinya.
Bagi seorang murabbi dan muaddib, kita digalakkan untuk bersolat malam. InsyaAllah, setiap ucapan dan perlakuan kita akan melembutkan hati mereka.
Wallahu'alam.

Raihah Rosli said...

Aniem:
Emm... org pun sedih gak tgok bbudak niey... lg2 dlm Fb... msing2 bangga duk tayang gambar free hair . Risau + sedih tengok...

Tu la... sedikit sbyk personaliti ssorg dipengaruhi dr keadaan di rumah. So, ibu bapa kena main peranan.

Heheheh, anim pun da x lme nk jd mama kan? Semoga urusan bersalin dipermudah kan (*_*)

Raihah Rosli said...

Kak Dila:
Kenangan kelas terakhir. Ye kak dila.. skurang2 nya kite da ber'usaha' 1 USAHA!!!.. hehehe.. kelas yg menggerunkan... huhu.. ape cerita la dorg...

Azaty:
Amin... .. Sebab tu kkdg kite takut bile nak nasihat kan students kite.Takut2 kite yg tak ok dr mereka.. Minta dijauhkan.

Selamat menduduki exam ari ni. Good luck :)

Raihah Rosli said...

Cikgu Aima:
oh.. Allahyarham Suhaimi. Masih ingat lagi sebab arwah selalu juga ada dengan Cikgu Shahrizan (JMK Kerohanian)sewaktu membentang tikar utk solat terawikh dulu. Memang agk terkejut dgn berita kematian arwah masa cuti sem dulu...

Itulah peranan sorg guru. Nmpk spt mudah, tp besar amanahnya.Masa praktikum ari tu mmg berkebetulan mengajar di kelas hujung2, tak nmpk byk perubahan pada pelajar. Tak taulah silapnya diri atau masa 4 bulan yang terlalu singkat.