Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, August 5, 2010

Temuduga...

Alhamdulillah....Baru balik daripada temuduga. Temuduga untuk pemilihan Guru Siswazah Terlatih. Macam mana perasaan? Huhuhu.... Tak tahulah macam mana. Sekarang ini hanya boleh berdoa dan bertawakal. Ujian INSAK pun jawab je tadi. Masa temuduga, orang yang ketujuh.

Antara soalannya: Berapa no. i/c awak?, Tinggal dekat mana?, Bagitahu nama Sultan Johor, Dulu sekolah dekat mana?, Siapa nama pengetua awak masa itu? Apa pendapat awak tentang 10% untuk kokurikulum bagi kemasukan universiti.


Saya pun jawab je lah. Huhuhu... Tak tahu nak kata apa lah... Penemuduga tu kata, dia tak nak tanya tentag PIPP dan NKRA. Sebab dia kata saya dah hafal. Hahaha.. padahal, pagi tadi baru tanya member tentang perkara dalam NKRA sebab yang saya baca subNKRA untuk pendidikan. PIPP saya baca saja je, bukannya hafal pun. Hahaha... mujur juga dia tanya soalan umum tentang kokurikulum...

Berdoalah supaya berjaya... Apa pun kemungkinan... Saya kena bersedia....

2 comments:

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

InsyaAllah, semoga dipermudahkanNya segala urusan. Bagi ujian INSAK, yang penting jawab semua. Jika satu soalan tertinggal dikira gagal sebab apa yang dinilai paling utama adalah ketepatan dan pengurusan waktu.

Apapun, selamat maju jaya. Fitrah kehidupan yang kita akan sentiasa berhadapan dengan ujian, ianya sebagai cara untuk menguji tahap diri kita.

Selamat melangkah ke dunia pendidikan. Sematkan dalam diri bahawa tugas Guru bukan setakat mengajar, bahkan juga membangunkan keperibadian dan akhlak pelajar. ^_^

Raihah Rosli said...

Alhamdulillah. hari tu jwb semua, cuma risau betul ke salah...

Ya, tugas guru lebih dr mengajar. Mendidik ank murid sebetulnya. Itulah amanah yang dipikul guru. Insya Allah, ilmu spjg di upsi dan pengalamn sewaktu praktikum sedikit sbyk membantu...