Saya rindu pada anak-anak didik yang telah saya tinggalkan di Kuantan. Entah kali berapa saya ungkapkan. Walaupun beberapa kali diungkapkan, rindu tetap rindu. Namun, apakan daya... Kuantan dengan JB bukannya sedekat sejam dua. Ia makan 5 jam perjalanan paling kurang.
Bukan sekadar comment di FB, anak-anak didik turut menghantar mesej di FB dan sms di hp bagi mereka yang punyai no. hp. Malah, siap ada yang telefon ajak datang Kuantan -.- Ada juga yang janji nak belanja makan.
Macam-macam yang mereka katakan. Ada kata saya sombong sebab tak balas sms mereka sedangkan saya tiada kredit. Ada yang kata saya gong sebab tak balas chat mereka di chatbox FB, yang akhirnya saya buat offline terus bagi tak menyinggung hati anak didik saya. Bayangkan, baru je onFB ada dekat 10 orang masuk chat.... haha... mana sempat nak layan.
Kalau ikutkan hati nak sangat pergi Kuantan nak lawat Hadeef Zafran yang comel itu. Aunty minta maaf Hadeef, Aunty tak sempat lagi nak menjenguk kamu :( Aunty nak sangat tengok kamu. Dulu masa kamu dalam perut mami, Aunty duk kira berapa bulan lagi baby nak keluar. Sekarang dah keluar pun :) Nak sangat tengok ~_~ Dalam masa yang sama boleh jumpa anak-anak didik. Budak 2 Rajin. Budak 2 Jujur. Budak Bola Tampar.
Tapi, masalahnya ibu macam susah nak bagi kelepasan pergi. Saya pula jenis sekali tanya je. Kalau ibu jawab acuh tak acuh. Maka tau lah saya ibu keberatan nak bagi. Saya memang tak tanya kedua dan ketiga kali. Orang kata kalau mak tak bagi tu ada sebab . Jadi, redha je la...
Huhuh... kesempatan masa memang ada nak pergi, tapi kebenaran macam tak berapa nak ada. Tambahan pula, duit pula boleh la cukup-cukup kalau nak pergi, kiranya kalau pergi, balik JB memng pokai lah. Jadi, jawapannya tak boleh pergi.:(

*****************************
2 Rajin.
Kelas yang mulanya menjadi harapan untuk di'observe'. kerana kedudukannya lebih baik. Kita merancang, Allah penentu segalanya. Akhirnya, saya rasa saya faham kenapa tak ditakdirkan saya kena observe masa kelas ini.

Kelas ini selalu jealous bila saya sebut 2 Jujur. Saya pun tak faham kenapa. Yang penting , saya sayangkan dua-dua kelas yang diajar. Dua-dua ada kelebihan tersendiri. ~_~
Saya akan tersenyum setiap kali membaca kad ini. Terima kasih Izzati, Natasya, Farah dan Zawani :) Kata-kata kamu semua semoga menjadi satu doa.
2 Jujur.
Kelas yang sangat menguji kesabaran. Tapi, akhirnya saya akui, yang nakal itu yang diingati. Yang nakal itu yang disayangi.
Kelas yang sangat menguji kesabaran. Tapi, akhirnya saya akui, yang nakal itu yang diingati. Yang nakal itu yang disayangi.
Haru-birukan kelas? Memang macam inilah keadaanya... Kalau tak, taklah 2 Jujur ni glamor kan... Apa ceritalah mereka... Risau sebab ramai antara merea daripada keluraga yang bermasalah.
Firdaus dan Yusri. Ada pelajar lain kata saya selalu lebihkan Yusri. Saya pun tak tahu sejauh mana, sebab sebolehnya saya mahu adil kepada semua. Hati cikgu mana yang tak sejuk bila pelajar nakal mahu belajar. Minggu pertama saya mengajar, dia ambil tempat duduk belakang sekali... selepas daripada itu apa yang saya perasan, tempat duduknya mesti di baris hadapan dan di tengah-tengah.
Bola Tampar.
Mula-mula tahu kena jadi cikgu bola tampar, rasa sangat sedih. :( Sebab tak tahu nak buat apa. Rupanya ada coach luar, salah seorang ayah pemain bola tampar. :)
Mula-mula tahu kena jadi cikgu bola tampar, rasa sangat sedih. :( Sebab tak tahu nak buat apa. Rupanya ada coach luar, salah seorang ayah pemain bola tampar. :)
Cikgu malas duk kat kerusi bawah pokok. Anak-anak didik disuruh bermain di tengah panas -_- . Saya sangat bangga dengan pencapaian mereka juga kerajinan mereka untuk hadir latihan setiap petang. Kadang-kadang sampai pagi-pagi Ahad pun mesej cikgu suruh datang training. sebab tak boleh adakan latihan tanpa kehadiran cikgu walaupun ada coach. Dalam malas terpaksa jugalah saya datang terpacak di tepi gelanggang. Tu lah tugas cikgu selain buka dan tutup pintu stor sukan dan kira bola setiap kali lepas training :D Tu yang sempat snap gambar.
Namun, kadang-kala ada sedikit rasa kecewa apabila pelajar tak menjaga perkataan, pakaian juga pergaulan antara lelaki dan perempuan sewaktu latihan :( Penat sudah ditegur., namun tiada perubahan. Seringkali saya terfikir, mungkinkah kerana diri saya tak bersih maka nasihat seperti sia-sia... Sebab pernah terdengar satu kisah bahawa seorang yang baik iaitu hidup hatinya dengan satu teguran berjaya mengubah seorang yang jahat.
****************************
****************************
Tapi, masalahnya ibu macam susah nak bagi kelepasan pergi. Saya pula jenis sekali tanya je. Kalau ibu jawab acuh tak acuh. Maka tau lah saya ibu keberatan nak bagi. Saya memang tak tanya kedua dan ketiga kali. Orang kata kalau mak tak bagi tu ada sebab . Jadi, redha je la...
Huhuh... kesempatan masa memang ada nak pergi, tapi kebenaran macam tak berapa nak ada. Tambahan pula, duit pula boleh la cukup-cukup kalau nak pergi, kiranya kalau pergi, balik JB memng pokai lah. Jadi, jawapannya tak boleh pergi.:(
5 comments:
hehe.. kalau turun kuantan, meh la tido umah Hadeef ni.. blh main2 dgn Hadeef.. =) Hadeef pun nak jumpe aunty Eah juga!
:')
i'm missing you cikgu.
Assalamu'alaikum wbt...
Inilah lumrah dalam kembara seorang murabbi. Cinta pertama tidak mudah dilupakan. Itulah ibaratnya mereka kepada kita, kerana mereka adalah kumpulan pelajar yang pertama bagi kita tatkala melangkah ke alam sebagai cikgu. Mereka jugalah, tempat tertumpahnya rasa cinta dan sayang tatkala pertama kali dipanggil cikgu.
Inilah nikmat dan kebahagiaan hidup sebagai seorang guru. InsyaAllah, ketentuanNya pasti akan menemukan kita semua kembali. Yang paling penting, doa dan ingatan kita tidak pernah putus buat anak2 pelajar kesayangan kita. ^_^
Aniem:
Thanks atas jemputan aniem. Tp rasanya mcm susah nk g :(
Izzati:
Miss u too. -_-
Aima:
Yup... mereka sgt special, sbb mereka adalah ank didik pertama. Jd, segala yg berlaku adalah yg ptama kali dlm pglmn mjadi sorg guru :) Insya Allah.. doa sentiasa untuk mereka supaya menjadi manusia bjaya dunia dn akhirat.
Post a Comment