Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, November 2, 2010

Taubat dan Doa

Orang selalu berkata yang pelajar akn berpegang pada kata-kata gurunya. Saya pun begitu sewaktu di sekolah sehinggalah di universiti. Bagi pelajar, guru adalah sumber ilmunya juga sumber rujukan.

Semalam salah seorang pelajar tiba-tiba bertanya. Saya kenal pelajar ini, berlatar belakangkan keluarga yang agak bermasalah. Saya dilontar tentang ilmu agama saya sendiri masih daif. Mungkin boleh dijawab, tapi takut jawapannya tidak tepat. Namun, untuk tak mengecewakan pelajar saya cuba jawab setakat pengetahuan saya yang sangat cetek dalam keadaan saya sudah mengantuk yang amat kerana mesej tu diterima masa dah nak tidur.

Ada banyak perkara yang ditanyakan. Berkaitan tentang kecelaruan hidup. Tetapi, yang utamanya ialah tentang dua perkara ini: "Allah akan ampunkan ke dosa saya?" dan "Kenapa saya rasa doa saya tak diterima?"



~ TAUBAT PENGHAPUS DOSA~

Kunci jawapan kepada soalan pertama itu saya jawab dengan mudah taubat. Hendaklah dengan taubat nasuha. Saya yakin pelajar saya telah belajar tentang taubat nasuha dalam sukatan pendidikan Islam. Kita semua sudah maklum tentang cara bagaimana untuk taubat nasuha.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Maksud Ayat 8 Surah At-Tahrim
[66:8]
Siapalah kita untuk suci dari melakukan dosa. Di sinilah peranannya taubat kerana manusia biasa tidak sunyi dari melakukan maksiat. Kerana secara semula jadinya, manusia biasa seperti saya terlalu menurutkan kehendak hati ataupun hawa nafsu yang biasanya didorong oleh godaan syaitan. Ya... selalu terpesona dengan keindahan dunia yang sementara. :( Lantaran itulah, atas setiap kesilapan yang dilakukan... kita perlulah menyesalinya dan benar-benar mengharapkan pengampunan Allah serta berjanji pada diri untuk tak mengulanginya. Berjanji pada diri untuk tak mengulangi itulah yang sukar untuk kita tunaikan atas alasan alpanya dan lekanya sikap manusia. :( Itulah cabaran untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan...




Sumber : iluvislam.com

Sebagaimana dosa dan maksiat serta menurutkan hawa nafsu itu boleh menimbulkan cahaya gelap dalam hati, begitu pulalah dengan amalan ibadat dan taat boleh menyinarkan terang di dalam hati. Lantas cahaya ketaatan akan menghapuskan kegelapan maksiat.



~MAKBULNYA SEBUAH DOA~

Persoalan kedua pelajar tentang doa tak diterima. Pagi tadi saya tiba-tiba rajin untuk menambahkan ilmu. Huhu... biasanya saya malas.Untuk perkongsian bersama, saya nak kongsi 'SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA' daripada sebuah buku yang saya baca, Indahnya Hidup Bersyariat.

"Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan 10 perkara iaitu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-NYA, mengataka cinta kepada Rasul tetapi meninggalkan sunnahnya, membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya, makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-NYA, mengatakan syaita musuhnya tetapi tidak menentangnya, mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal untukya, mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya, mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya, menceritakana segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri dan mengebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar dari mereka."



No comments: