Dunia baru. Alam baru. Suasana baru. Persekitaran baru. Orang baru. Semuanya menuntut saya menjadi pelajar.
Seminggu pertama yang saya rasa cukup memenatkan tapi saya gembira. Saya sukakan kesibukan kerana saya berasa dengan kesibukan hidup saya lebih bermakna ~_~.
Saya bukanlah seorang yang pendiam, bukan juga seorang yang peramah. Saya harap dengan sikap saya yang tak banyak cakap ini tak digelar sombong. Setiap cikgu yang saya terserempak, saya rasa cukuplah sekadar sebuah senyuman. Tanda salam persaudaraan dan hormat. Tadi, ada juga cikgu cakap saya pendiam sangat. Huhu... Saya sentiasa mencuba untuk jadi peramah. Namun, ssentiasa gagal dan canggung. Jadi saya rasa lebih baik diam :)
Suasana di sekolah baru ini, jauh berbeza dengan sekolah praktikum dulu. 80 % pelajarnya berbangsa Cina. Masuk ke kelas adalah 3-4 orang pelajar Melayu. Ada juga kelas tanpa pelajar Melayu. Ucapan salam juga diganti dengan selamat sejahtera dan tanpa bacaan doa. Mengajar juga suatu cabaran. Mengajar Sains saya lebihkan penggunaan bahasa inggeris berselang seli bahasa melayu dan sangat banyak analogi yang saya perlukan untuk memahamkan pelajar. Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Sivik saya mengajar dwibahasa. Sungguhpun begitu, masih ramai yang tak faham... akhirnya apa yang saya mampu ungkapkan.... "When you return home, find this word in your mandarin dictionary". Itu peneyelesaiaan terakhir. Kalaulah saya boleh berbahasa mandarin.... Kadang-kadang saya rasa kelakar juga bila perkataan yang senang pun mereka tak tahu. Tapi, itulah kenyataan... Apa yang menariknya pelajar Cina ni, kalau yang hormat memang sangat menghormati guru. Saya suka tengok fesyen rambut mereka , tak kiralah pelajar lelaki mahupun perempuan [poyo!]. Selain itu saya suka tengok beg-beg mereka yang cantik [poyo juga!] Juga sesetengah mereka yang berwajah korea [lagi poyo!].
Saya memegang kelas 3 Jasa. Mengajar Sains, Moral dan Sivik. Jadi selepas ini, saya akan jadi seorang yang bermoral, bersivik dan berjasa. Hohoho... Saya bersyukur kerana masih dapat mengajar opsyen sains berbanding kawan-kawan lain di sini. Juga bersyukur ditempatkan di sesi pagi walaupun terpaksa keluar rumah seawal jam 6.25 pagi dan berjumpa 18 traffic light sebelum tiba di sekolah :)
Pengalaman mengajar hari pertama. Saya sudah di'observe' oleh pegawai dari JPN. Huhu... mahu tak terkejut beruk saya! Sudah semestinya saya yang memang cepat menggelabah ni bertambah gelabah T__T Alhamdulillah... semuanya baik ~_~ Lesson plan memang sudah lengkap untuk hari itu. Huraian sukatan pelajaran, sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan [tak sia-sia saya berhempas pula siapkan hujung minggu lepas] juga turut saya bawa ke kelas. Cuma, kekurangan hari itu marker saya kehabisan dakwat! Ces! Masa tu la dakwat nak kering. Mula-mula saya cover juga dengan menulis di gambarajah struktur sistem respiratori di kertas mahjung yang saya lukis. Namun akhirnya saya terpaksa tulis di papan putih. Nasib baik nazir tu cakap, "Tak apa, awak pergi pejabat ambil marker. Ini 2 masa." Fuuh.... saya tak turun pejabat pun. Minta dengan cikgu kelas sebelah. Hoho... Pengajaran paling baik ~_~ Habis je kelas berjumpa dengan cikgu-cikgu lain. Ramai yang bertanya...saya cakap everything okay, cuma marker buat silap...hahaha... salahkan marker =P Terus Encik Is dekat pejabat bagi marker dan duster. Mana taknya marker tak ada dakwat. Saya pakai marker zaman praktikum :D Saya memang terlupa bab marker... hanya teringat BBM saja masa nak masuk kelas.
Saya masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Tidur seawal mungkin, bangun juga awal. 6.25 saya sudah berada dalam kereta. Tepat jam 7 sampai sekolah. Kalau saya bergerak 6.30, saya akan sampai sekolah jam 7.10 kerana kelewatan lima minit turut mempengruhi bilangan kereta di jalan raya. Sekolah masuk 7.15. dan hanya dibenarkan pulang jam 2. Kebiasaannya jam 3.30 baru pulang. Sampai rumah pukul 4 lebih sudah kepenatan T__T Malam pula menyiapkan apa yang patut untuk mengajar keesokan harinya. Begitulah... sebab itu saya ada alasan kukuh tak dapat update blog kesayangan saya ini. Hari ini lepaskan rindu di blog kesayangan ini :D

4 comments:
salam..
bgs la bz hidup awk..masa dimanfaatkan kan..=)
Kehidupan sebagai murabbi dan muaddib meruntun banyak pengorbanan. Siapa pun anak2 pelajar kita, x kira agama mahu pun bangsa, mereka semua merupakan amanah buat kita. Laksanakanlah ia sebaik2nya.
Kehidupan sebagai guru sebenarnya mencari kepuasan dalam mengajar. Ha'ah, sama la, saya bawa 12 marker, hanya 3 yang boleh guna. Terlupa juga nak isi ink. Apepun, pelajaran harus diteruskan dengan kreativiti yang berlainan.
Selamat bertugas cikgu Raihah. ^_^
Infant's steps:
Insya Allah... harapnye mcm tu :)
Aima:
Betul... bila da jd ckgu ni bru tau pengorbanan tu... masa, tenaga dan duit... Skrg ni dalm proses mncari keserasian dgn pljr yg blainan bangsa. Mula2 ni agk kekok skit. huhu...
Dulu kita sebagai pelajar...kini kita pula sebagai cikgu. Alhamdulillah. Kini barulah kita fahami bagaimana kehidupan sebenar sebagai seorang cikgu. Bila difikirkan kembali, terkilan juga kerana masih belum berkesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada semua cikgu yang telah mendidik kita selama ini.
Namun begitu, setulus doa tidak lupa dipanjatkan kepada sekalian cikgu yang mendidik dengan ikhlas dan penuh kasih sayang serta pengorbanan.
Terima kasih, cikgu!.
Post a Comment