Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, May 28, 2009

Thanks IKA & WANIE SK & HELWA

-------------------------------------------------------------------------------------------
BEAUTIFUL GIRL AWARD


********************************************************************

Who gave this award to you? And who is she for you?

Oppss! But there are a few condition for this award.

  • Make sure you are a girl
  • Copy this badge as ur award
  • State 5 reasons why you think you are special and why do you proud to be a girl?
  • Are you beautiful? Why?
  • Pass this award to your girlfriends.
************************************************************************

Award ini daripada IKA.... Seoarang yang pemurah dan selalu memberi award! Thanks IKA(*_*). Ika ni kawan sesekolah rendah dan sesekolah menengah juga rakan sematrikulasi. Sekarang Ika belajar di UTHM.


5 reasons why im special
  1. Sebab nama saya Raihah Rosli... special tu...
  2. Sebab saya adalah Raihah :P
  3. Sebab saya adalah saya
  4. Sebab saya...... (shhhhhhhhh! tak boleh bagi tahu...huhu)
  5. Sebab saya....... ( rahsia...rahsia!)

why do you proud to be a girl?

....emmm....nanti saya fikirkan....huhuuu~~~~


Are you beautiful? Why?
Tidak.... tapi orang kata beauty lies in the eyes of beholder...

Seterusnya saya tag...

1. Itaza
2. Cik Haniem
3. Sesiapa lah girlfriend saya.... kan sekarang cuti sem...bila2 free tu buat lah ek!

------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------
VOGUE BLOG AWARD




Thanksssssssss Wanie.... cute lah gambar award ni!


--------------------------------------------------------------------------------------------


AWARD FOR GIRLFRIENDS



Thanks Helwa!

**************************************************************
Nyatakan 5 giRl friends korang yang paling best and tag diorg kalo ada blog or pas to other girlfriends.
***************************************************************

Secara jujurnya saya tak ada best friend secara spesifik. Biasa nya hubungan rapat dengan rakan-rakan akan berakhir bile habis sekolah.

Contohnya masa sekolah rendah dulu, masa darjah 1 saya sangat rapat dengan Aisyah Safiyah Yob Saed sehinggalah dia ikut ayahnya menyambung pelajaran ke UK. Kemudian saya rapat dengan Nurul Farhana Nadia kemudian semasa dah lepas UPSR sangat rapat dengan Nur Aisyah Omar, Siti Khairani Hasliza Mohd. Khairudin dan Nor Akmal Mohd. Pauzi.

Masa di sekolah menengah pula rapat lagi dengan Nur Aisyah Omar juga beberapa rakan lain seperti Siti Latifah Abd. Kadir, Sakinah Ab. Rahim, Shazni dan Azaty Hamzah. Tetapi hubungan dengan Azaty lebih rapat semasa Azaty telah berpindah ke MRSM sehingga sekarang agak kerap berhubung.

Bila di matrik saya memang teramat rapat dengan Ezla Najwa Ahyat dan Inawati Othman.

Bila di UPSI, rapat dengan Nurul Farhana Zahuri (Fana), Nor Shuhada Mohmad (Shud) , Suhada Abdullah (Cu) juga Nurrul Haniem Mustaphy (yang sentiasa menjadi rakan yang memahami) serta Siti Nor Syuhada Zakaria (housemate sejak sem 1 dan rakan ke library saya juga yang arif bidang agama).

Since masing sibuk bila dah besar ni... jadi jarang-jrang sangat berhubung dengan rakan-rakan sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Bila cuti sem sahaja sempat hang out sekali dua dengan kawan-kawan sekolah menengah. Kawan-kawan sekolah rendah jumpa masa reunion lepas SPM. Kawan-kawan matrik, berhubung dlm YM saja.

Semua kawan-kawan saya adalah best bagi saya! (*_~)

Monday, May 25, 2009

Baktisiswa Kerian @ RMWD Kerian

Setelah sekian lama tak mengemaskini blog... sekarang ni baru ada masa (*_*).... Alhamdulillah.... baju nikah haniem telah disiapkan jahitan maniknya... Jadi baru rasa boleh buat benda lain...

Nak cerita pengalaman saya mengikuti program baktisiswa @ Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD). Pengalaman pertama setelah sudah 3 tahun menjadi mahasiswi. Mungkin juga pengalaman terakhir. Mana tidaknya, saya tinggal 1 sem sahaja lagi di UPSI kemudian 1 sem lagi akan berpraktikum. Saya nikmati dan hargai setiap detik semasa menyertai baktisiswa ini. Peluang ini pun datang bukan senang. Berkebetulan kali ini, salah seorang rakan saya yang agak berjawatan tinggi dalam Rakan Muda telah menawarkan untuk menyertai program ini.

Rakan Muda Wawasan Desa ini berlangsung bermula 9.5.2009 hingga 12.5.2009 dan kumpulan saya berada di lokasi Bagan Ting,Kerian, Perak. Bertolak dari UPSI lebih kurang jam 9 am dan saya duduk bersama Siti Zubaidah @Dah, ketua saya sewakt dalam Rexco Biro Sahsiah. Sebuah kampung yang sungguh damai dan indah dengan bendangnya. Sungguh menenangkan.



Meskipun pengisian program ini agak longgar kerana persediaan yang agak suntuk kerana program ini betul-betul dilaksanakan sesudah habis peperiksaan akhir sem, saya seronok dengan suasana dan layanan mesra dari keluarga angkat.

Begitu padat dengan aktiviti yang diadakan sehinggakan jangka waktu berada di rumah keluarga angkat sungguh singkat.Boleh kata setiap masa ada sahaj program... kami akan pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk lunch dan pulang petang untuk mandi dan beserta makana malam seterusnya bersiap ke program malam. Malam pula pulang ke rumah sudah agak lewat. Antara aktiviti yang seronok ialah menaiki bot dan melawat sangkar ikan dan tempat pencarian kerang.


Banyak pengalaman yang saya dapat. Alhamdulillah... insyaAllah semuanya bermanfaat dalam kehidupan. Saya belajar bersosial. Saya belajar hidup di desa. Saya belajar duduk di rumah kampung. Saya belajar bergaul dengan keluarga lain( Kawan saya, Dah kata anggaplah ni belajar nak masuk keluarga mertua...huhu). Saya belajar makan benda yang saya tak makan seperti ikan sembilang. Saya belajar minum kopi walaupun saya sememangnya tak suka. Banyak lagi yang saya belajar....
Kali ini saya pergi aktiviti tanpa kawan-kawan sekelas @ kawan-kawan rapat. Hanya bersama kawan semasa dalam biro sahsiah. Saya, Nurul dan Izah telah di tempatkan dalam sebuah keluarga angkat. Alhamdulillah... saya mendapat sebuah keluarga angkat yang baik dan sangat mesra. Ayah dan mak angkat saya, saya panggil tok wan dan tok kerana usia meraka yang sudah lanjut. Tok wan dan tok sangat baik melayan kami. Di rumah mereka terdapat dua buah keluarga anak-anak tokwan. Seorang dalam pantang dan seorang lagi memang duduk dengan tokwan. Kak Izan menantu tok wan yang sangat baik dan sungguh ramah :) Dialah yang sentiasa rajin menghidang makanan untuk kami dan makanannya sangat sedap. Hari-hari ada masakan ikan sembilang dan ketam. Macam-macam masakan sembilang, sembilang goreng, sembilang masak merah dan sembilang bakar cicah dengan air asam orang perak....sedap tu :) Ketam lemak dan ketam goreng ....sedapnya... Kak izan sangat baik dan rajin sehinggakan kami nak tolongnya pun tak dibenarkan...

Baiklah... sampai sini sahaja update setelah sekian lama terbiar blog ini.

Wednesday, May 13, 2009

Masih lagi di sini...


Alhamdulillah.... dapat kembali semula berblog. Lamanya meninggalkan blog... Ketiadaan laptop di sisi puncanya. Laptop sudah dihantar pulang awal disebabkan kekangan tertentu. Jadinya seusai menduduki peperiksaan pada 5 Mei 2009, saya tak dapat melayan laptop dan hanya dapat kembali berblog pada hari ini, hari sekembalinya saya ke rumah di Skudai. Kelewatan pulang ke rumah di Skudai adalah disebabkan mengikuti program Rakan Muda Wawasan Desa @ Baktisiswa di BaganTiang, Kerian, Perak. Insya-Allah... jika berkelapangan esok akan memasukkan entry terbaru tentang Baktisiswa di Kerian. Banyak sungguh kerja yang pelru dibereskan....