Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts
Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Pantasnya...

Owh masa terlalu pantas masa berlalu seakan tak terasa tahun ini saya  bakal memasuki usi 27 tahun. Memang terlalu pantas. Seakan tak percaya, tapi itulah realiti.

Pantasnya masa berlalu... saya sudah menjadi isteri, mama dan guru. Segar lagi dalam ingatan... saat terakhir kali meninggalkan sekolah dan universiti.

Menyepikan blog ini , bukan bermakna hidup saya sepi daripada episod kehidupan. Hidup saya masih ada naik turunnya. Baik dari sudut saya sebagai hambaNYA, anak ibu ayah, isteri suami tercinta juga mama kepada anak-anak.

Anak-anak? Saya baru lepas keguguran.Anak kedua. Keguguran pada usia bayi 10 minggu. Tapi bayi ketika di scan baru berusia 5 minggu. Mungkin tarikh itu tidak berapa tepat sebab saya masih menyusukan Ammar Razin.  Mungkin juga saiznya  dipengaruhi kerana petang sebelum saya scan sudah berlaku pendarahan (Sebab masa hospital saiz bayi semakin mengecil dan mengecil ketika di scan). Mungkin juga memang bayi tidak membesar dengan baik semasa dalam. Semua itu boleh jadi. Wallahu'alam.

Jika mahu diceritakan bagaimana dari pendarahan  sehinggalah bayi sepenuhnya gugur, ia entri yang terlalu panjang. Tiada kesempatan nak menulis panjang-panjang rasanya.

Setiap ujian yang Allah datangkan itu ada hikmahnya. Kesibukan saya apabila mula bekerja sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk beristirehat. Ada masanya nak bermain dengan Ammar pun badan sudah keletihan ataupun ada kerja di sekolah yang di bawa pulang untuk dibereskan. . Namun bertahan juga kerana faham itu hak Ammar. Tapi ada masanya perasaan marah itu muncul juga apabila Ammar meminta perhatian.

Kesan daripada keguguran saya amat-amat cuba menghargai setiap masa dengan Ammar.  Saya cuba bermain dan melayannya sepenuhnya. Cuba elakkan memegang tab atau hp. Masih dalam ingatan, masa mula saya bleeding... saya sudah redha dengan ketentuanNYA , jika belum direzekikan anak kedua. Setiap petang pulang dari sekolah sewaktu bleeding, saya memang tak sabar-sabar nak jumpa Ammar. Pulang saja di Maghrib hari, terus bagi salam dan baca ayat kursi  terus peluk Ammar. PAstu terkejar-kejar solat sebab dah nak habis maghrib... perjalan ke rumah mengambil masa lebih kurang 40 minit... sewaktu solat tu pun Ammar dah merengek-rengek nak susu. HAbis solat susukan Ammar. Lepas itu barulah mandi, solat isyak dan terus duduk dengan Ammar walaupun rasa mata dah tak boleh nak buka... Huhu... Kugagahi jua.



HARGAILAH ANAK-ANAK. SENYUM TAWA MEREKA KETIKA BERSAMA KITA MEMBERITAHU KITA BAHAWA MEREKA TERLALU GEMBIRA BERSAMA IBU DAN AYAHNYA. MENANGIS MERENGEK MEREKA KETIKA BERSAMA KITA ITU TANDA MEREKA MAHUKAN PERHATIAN.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H.... Sempena bulan syawal ini, saya memohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan, kekurangan, kekasaran dan keterlanjuran yang telah saya lakukan. Sudah tak larat nak menulis panjang-panjang, sedikit gambar sebagai penghias blog yang dah terbiar ini.




Saya bersama emak mertua. Kepulangan ayah mertua ke rahmatullah seminggu sebelum Ramadhan masih lagi dirasai. Ini di rumah mertua di Taman U.


Ini di rumah keluarga saya di Pulai Perdana. Semua ahli keluarga sudah pulang ke Terengganu. Saya dan suami bergambar sebelum menziarahi pusara ayah mertua dan terus ke kampung di Taman U.

Inilah kali pertama beraya di JB. Biasanya mesti balik kampung di Terengganu atau Negeri Sembilan. Saya sedang menunggu hari untuk melhairkan cahaya mata yang pertama. Hari Raya pertama ini, saya sudah 39 minggu.




Anak-anak buah penyeri 1 Syawal :)


Sunday, October 2, 2011

BERMULANYA KISAH KAMI...

Dipagi Ahad 1 Ogos 2010 bersamaan 20 Syaaban 1431 yang tenang, saya duduk bersarapan bersama keluarga. Ayah, ibu, Along dan saya. Menu pagi tu ringkas saja. Makanan yang ibu beli dari pasar.

Ibu: Hah, tadi ibu jumpa mak Aiman.
Saya: Owh... kat pasar ke?
Ibu: Ha...ah. Kat depan kedai orang jual ikan. Mak dia tanya"Jadi tak nak berbesan?".

Saya terdiam sambil menahan malu lebih-lebih lagi perkara ini diperkatakan didepan ayah.

Terimbas kenangan beberapa bulan sebelum itu. Sewaktu saya berpraktikum di Kuantan. Sebab sewaktu praktikum tempoh hari, ibu ada menceritakan bahawa ibu dan ayah ada terserempak dengan mak dan ayah Aima di kedai makan sewaktu sarapan pagi.

Ibu: Hah, ibu jumpa mak Aiman hari tu. Mak dia tanya pasal Hah.
Saya: Owh.. Aima ngajar kat mana sekarang?
Ibu: Desa Skudai. Mak Aiman cakap nak masuk minang ni.
Saya: Hahaha :)) Ibu ni, orang cakap gurau-gurau pun ibu nak percaya.
Ibu: Kalau betul-betul macam mana.
Saya:Tak adanye lah.

Sepanjang saya belajar, ibu memang ada bertanya saya tentang kawan lelaki. Haha:)) Setiap persoalan ibu akan menjadi bahan gurauan saya. Walaupun bernada gurauan sebanrnya ada juga saya serius. Antara dailog yang masih segar dalam ingatan " Sesiapa yang masuk minang, ibu terima je lah, Hah taknak bercinta."

Persoalan ibu dan mak Aima itu berlalu begitu saja. Lebih-lebih lagi sewaktu itu sibuk memegang amanah sebagai guru praktikum. Memang tiada masa saya untuk berfikir jauh seperti itu. Lebih-lebih lagi zaman praktikum saya adalah zaman saya ber'enjoy' dengan tugas juga ber'enjoy' dengan kawan-kawan.


Sewaktu praktikum itulah ada juga kenalan yang mahu memperkenalkan saya dengan si folan dan si folan. Saya selalu cakap dengan kawan-kawan yang mahu memperkenalkan, saya tak mahu 'berkawan' dengan orang. Perkataan 'berkawan' antara lelaki n perempuan, saya sudah percaya ia membawa maksud yang lain. Saya mahu orang itu terus masuk meminang. Saya tak suka pada hubungan yang sia-sia dan melekakan. Saya ini orangnya tidak cantik, jadi saya mempunyai keyakinan diri yg sgt rendah. Saya percaya siapa saja jodoh saya, itu telah ditetapkan oleh Allah.

Saya menikmati kehidupan bujang di Kuantan sewaktu praktikum.


Seusai bersarapan, ayah beredar kerana pagi hujung minggu itu ayah ada kelas. Ibu bertanya dengan saya secara serius... saya hanya mampu mengulang, "Sesiapa yang masuk meminang, saya akan terima". Wow... haha... saya boleh jawab macam tu je.




Saturday, September 24, 2011

*PUAN*

Alhamdulillah. Kini saya sudah bertukar status. Selangkah lagi memasuki fasa baru dalam kehidupan. Tiada lagi gelaran CIK untuk saya. Segalanya bertukar pada pagi Sabtu , 17 September 2011 yang lalu.

Dinikahkan pagi, lebih kurang jam 8.30 pagi dan disebelah tengah harinya majlis perkahwinan saya disekalikan dengan majlis sambut menantu abang saya.

Saya mula bercuti pada hari Khamis 15 September 2011 dan berakhir cuti pada 19 September 2011. Perkahwinan saya antara waktu yang paling mencabar untuk saya . Mana tidaknya, pada waktu saya menyiapkan persiapan akhir perkahwinan, saya juga sibuk menyiapkan anak pelajar saya menghadapi PMR yang kira-kira 2 minggu lagi. Juga proses penyesuaian hidup dalam fasa baru dengan insan yang baru saya kenali.

Ramai rakan berkata... -Senyap-senyap je Raihah tup-tup hantar kad kahwin. Mula bercambah ke soalan lain - Macam mana kenal? Insya Allah, berkelapangan nanti saya akan mengabadikan kisah CINTA saya di sini. Blog peribadi merakamkan kisah kehidupan saya semenjak di universiti lagi :)

Pagi Selasa memasuki kelas di sekolah, pelajar-pelajar telah menukarkan ucapan meraka. Kebiasaannya mereka akan mengucapkan SELAMAT SEJAHTERA CIKGU RAIHAH telah diganti dengan SELAMAT SEJAHTERA PUAN RAIHAH. Memang sengaja.



Monday, July 25, 2011

ujian....

Sebenarnya saya nak tulis tentang lain... tetapi sebab ini cerita masih lagi panas... sy tergerakk untuk mencuri sedikit masa untuk update blog :)

Sabtu yang lepas saya terlibat dalam kemalangan. :( Alhamdulilllah tiada kecedaraan yang berlaku. Hanya kereta ayah saya yang hancur... huhu. Jadi habis seharian sabtu saya dengan urusan kemalangan dan tak tertunailah harapan saya nak update blog sabtu lepas.

Sedang-sedang saya bersembang dengan ayah dan ibu di dalam kereta dalam perjalanan dari Pulai Perdana ke Plentong, kereta di highway Pasir Gudang bergerak perlahan kerana jalan raya dilimpahi ribuan kereta. Itulah kebiasaan highway Pasir Gudang. Tiba-tiba saya terperasan ayah menghampiri kereta depan lalu menjerit "kereta" dan ayah berjaya brek.... Malang tak berbau kereta belakang menghentam dengan kuat sehingga kereta ayah bergerak ke depan dan berlanngar dengan kereta depan. Saya tak berapa nak kuat semangat ni terperanjat habis dan rasa lemah. Kebetulan pula handphone ayah dari paginya simcard tak berapa baik terus mejejaskan hp. Jadi selepas itu ayah meminta hp saya. Punyalah menyelongkar handbag saya untuk cari hp untuk ambil gambar. Rupanya hp saya dah terpelanting di bawah seat driver. Sabar je la~~

Gambar sebagai kenangan.


Nampak bonet macam tak teruk... tapi satu pintu bonet kena tukar plus bahagian dalam bonet tu remuk sikit...
Alhamdulillah... ya ALLAH... KAU masih memanjangkan usiaku. Mungkin ini peringatan Allah buat saya yang selalu leka dan lalai. Mungkin Allah memberi signal kepada saya. Kesedaran yang diperolehi, mati boleh di mana-mana....

p/s: Suasana malam yang damai ini buat saya rasa nak update blog lagi dgn entry yg lain... bersekitar tentang kehidupan sy, persepsi orang ttg apa yg sdg saya lalui dan bagaimana sy berhadapannya... sekadar untuk berkongsi cerita... tapi saya perlu tidur... saya perlu segar esok untuk mengajar... Selamat Malam kawan-kawan :)

Tuesday, December 21, 2010

18 Disember 2010


Alhamdulillah. ~_~
18 Disember 2010 bersamaan 12 Muharam 1432 H.
Terlalu pantas masa berlalu...apa yang ditakuti sudah selesai.
Semoga semua urusan yang menyusul selepas ini dipermudahkan, diredhai dan diberkati-NYA.

p/s: Minggu depan dah start kerja... huhu... habislah masa berpoyo-poyo di internet :D

Wednesday, December 8, 2010

Cuti & Mahu bercuti!

Selamat Tahun Baru 1432 H! Hari ini 2 Muharram... Pagi yang tenang (~_~) Cuaca mendung-mendung saja. Oh ye, kalau ikut tahun hijriah... umur saya sekarang 24 tahun 4 bulan. Tapi kalau ikut kalendar Masihi umur saya baru 23 tahun 7 bulan. Masih dikira remaja lagikah? Huhu...

Sekarang tengah bercuti. Tinggal 20 hari je lagi cuti ini. Selepas ini sudah mula bekerja (>_<) Bila bercuti ni terasa nak sangat pergi jalan-jalan. Huhu... Tapi macam tak je kan nak pergi bercuti. Ayah ibu kerja. Nak jalan ngan kawan, gaji pun belum ada. Setakat ini rancangan terdekat nak pergi Kelantan raya Cina tahun depan [tahun depan tau!]. Itupun tak tahu dapat kebenaran dari ibu ke tak (-__-). Hari itu masa saja-saja tanya ibu, ibu jawab acuh tak acuh je. Tapi, seriously... saya nak pergi! Berkebetulan ada hari istimewa salah seorang akak serumah masa praktikum hari tu. Inilah kesempatan nak jumpa dengan teman serumahku sewaktu praktikum hari tu. Oh, itu cerita lambat lagi, yang penting... kita merancang dan Allah tahu yang terbaik buat hamba-NYA. Mood sepanjang cuti ni adalah nak pergi bercuti, walaupun saya tahu ia tak mungkin terjadi :(


Bukan semua apa yang kita mahu dalam hidup ini akan kita perolehi. Memang benar, kita boleh mengusahakan apa yang kita mahu. Berusaha bersungguh-sungguh... Kerana di situ membuktikan kebersengguhannya kita dalam mendapatkan apa yang kita mahu. Selepas berusaha dengan berhempas pulas, kita diajar untuk berdoa. Berdoa dengan penuh merendah diri serta penuh pengharapan agar Allah makbulkan doa kita. Orang yang kuat ialah orang yang mengaku lemah di hadapan Allah. Dan cara mengaku lemah di hadapan Allah adalah dengan selalu berdoa kepadaNya.. Seterusnya.... akhirnya kita perlu tahu. Sebagai orang Islam kita perlu punya rasa tawakal. Rasa penyerahan kepada-Nya kerana Dia tahu yang terbaik buat hambaNya... Orang yang lemah akan mendapat kekuatan apabila mampu mendidik hati untuk tawakal.

Owh.... simpanlah dulu rasa nak bercuti ni.... Sabar ye Raihah ... Tunggu cuti sekolah akan datang. Huhu... (-_____-)


Ini gambar dua orang budak comel tengah pijak ayah masa balik kampung raya haji hari tu :) Syahmi n Yusuf. Sangat rajin.

Ayah: Syahmi, tolong gop pijak ayah we.
Syahmi: Ada upoh dok?

Haihhh~~ budak-budak zaman sekarang...

Thursday, October 28, 2010

Sehari di LTSM ...

Isnin lepas seharian berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Tujuannya untuk menghantar Che De dan Ayah De yang akan terbang ke Tanah Suci. Sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 11.30 pagi. Berehat sebentar di kedai makan Batu Buruk. Selepas itu lebih kurang jam 1.00 bergerak terus ke lapangan terbang. Jam 3.30 baru Che De check in. Che De tinggalkan 2 orang anaknya Nasyirah, 15 tahun dan Yusuf, 6 tahun.

Masa Che De nak check in...

Yusuf: Ummi nak ikut... [sambil ikut Che de nak check in dlm kesesakan]
Che De: Eh.... Dok leh...
Yusuf: Ummi nak ikut.
Che De: Yususf dop boleh ikut. Kena pakai baju macam ni baru boleh ikut. [Masa ni che de da pakai ihram]. Lain kali kita pergi sama-sama.


Syahmi.Yusuf.Yaya

Huhu... sayu jer rasa. Keesokannya pagi-pagi sebelum Yusuf pergi sekolah, dia beritahu kakaknya, "Kakak, esok kita pergi jumpa ummi ...". Tengah hari itu, lebih kurang jam 1 lebih. Tiba-tiba Yusuf menangis. :'''( Dia teringatkan umminya. Huhuhu..kesiannya T_T . Tadi Yusuf cakap, "kata Ummi pergi kejap je... Bakpe sekarang dop balik-balik lagi". Semoga ummi dan walidnya selamat pergi dan pulang juga memperoleh haji yang mabrur.

********************************

Teringat kisah kira-kira 12 tahun yang lalu, saya dan adik beradik tak turun pun sewaktu di airport Senai. Masa itu ayah Azim, Ustaz Rupai yang hantar. Kami sekeluarga menaiki kereta Wira ayah Azim. Sesampai di airport, bersalaman dengan ayah ibu di dalam kereta, ayah ibu terus turun manakala kami semua terus dihantar pulang ke rumah. Di rumah sunyi saja, sudah tiada saudara mara sebab ayah dan ibu bertolak petang Ahad. Saudara belah ayah dan ibu sudah pulang ke Terengganu dan Negeri Sembilan. Jiran-jiran juga sudah pulang ke rumah masing-masing.Seingat saya waktu ibu pergi tu, tak lah saya terasa terlalu sedih. Sedih sikit-sikt tu adalah. Masa hari raya tu. Sebab masa tu cuti sekolah agak panjang , kalau tak silap masa tu raya haji dan cuti hol kat Johor. Jadi ramai orang balik kampung. Sunyi je kawasan rumah masa tu. Kebosanan juga kami tak tahu nak buat apa dengan cuti yang agak panjang. Kami beraya di rumah dengan juadah yang diberi oleh jiran-jiran dan kawan-kawan ibu ayah.

********************************



Sewaktu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Syahmi bari tahu esok adalah birthday nya.

Syahmi: Kak Hah balik bila?
Saya: Balik esok.
Syahmi: Bakpe balik esok? Esok birthday Syahmi.
Saya: Ho la... kena balik esok. Lama doh dok umoh mok.
Syahmi: Balik pagi ke petang?
Saya: Pagi lah. Johor kan jauh.
Syahmi: Balik lah petang. Esok birthday Syahmi Ade kek. Kek ada bintang.
Saya: Mana sempat. Petang nak potong kek. Petang tu gak Kak Hah nak balik.
Syahmi: Sempatlah. Kita potonglah pagi.
Saya: Pandai nguh mung nim. Kak Ngoh kan tak dop pagi. Gi sekoloh.
Syahmi. Dak pe. Tinggal ke Kak Ngoh sket.
Saya: Hahaha... Pandai ngat.
Syahmi: Kak Hah balik petang eh?
Saya: Gi tanye Ayah We. Kak Hah dop tau sebab Kak Hah dop bawak kete.

Hahaha... sabar je la dengan Syahmi. Geram sungguh dengan dia sebab sangat comel :) Sangat! Sungguh baik bila moodnya ok. Jangan tengah bad mood. Semua orang takut. Ganas betul. Kalau buat tak layan waktu dia cakap, nanti dia akan menggunakan kuasa giginya yang rongak itu untuk menggigit tangan orang. Tak pun dia akan tarik rambut. Memang ganas. Hahaha.. tapi tetap disayangi ramai...

Selamat Hari Ulang Tahun ke-5 Syahmi! Semoga menjadi anak soleh penyejuk hati ummi abah:)


Tak sabar! Tak sabar!
15.11.10-Keputusan posting keluar. Berdoa agar tergolong dalam kumpulan posting pertama.
16.11.10 -Insya Allah pulang ke Kemaman lagi :) Dapat jumpa Syahmi lagi.
17 .11.10 -Raya haji :)
19.1.10 -Cherating :)
2211.10 - Lapor diri kalau berjaya dapat posting :)

Huhuhuhu... tak tahulah sejauh mana kebenaran berita posting ni.Wait n see je la :) Harapnya berita kali ni yang sahihlah...


Friday, October 8, 2010

Jalan-Jalan Masa Cuti


Sunyi kembali. Alhamdulillah. Anis dah selamat sampai di Mesir. :) Cepat sungguh masa berlalu, 25 Ogos 2010-6 Oktober 2010 bagai tak dirasa.

Walaupun Anis balik sekejap, tapi pelbagai agenda terlaksana. Bila Anis balik Mesir semula rasa sunyi sikit, sebab kalau tak saya berdua dengan Anis, adalah kawan-kawan nak bercakap, bertekak, berjalan-jalan . :D Puas saya berjalan sepanjang Anis balik. Mana taknya, awal-awal balik dah ajak saya berjalan gi UTM dan destinasi terakhir ialah Singapore :) Bermula dengan Taman Tropika UTM, Nusajaya, Pantai Chendor , Teluk Mak Nik, Melaka dan Singapore . Tidak termasuk lagi kehadiran syawal dan urusan walimah Along juga ke pusat membeli-belah seperti Giant, Angsana dan Jusco. Jadi, saya sangat kuat berjalan-jalan waktu Anis balik. Sekarang berhibernasi saja di rumah ~_~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR

Taman Tropika
UTM
28 Ogos 2010
Saya, Anis dan Angah




Kota Iskandar
Nusajaya
6 September 2010
Saya, Anas dan Anis



Anas


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TERENGGANU

Pantai Chendor
8 September 2010




Teluk Mak Nik
11 September 2010


Syahmi



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA

Menara Taming Sari

Anas dan Anis
Bukit St. Paul

Kincir Air

Sungai Melaka

Melaka River Cruise



~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINGAPURA
30 September 2010
Saya dan Anis


Masjid Sultan


Marina Bay

Kg. Melayu

Sekarang duduk rumah diam-diam saja -_- Kawan nak berjalan dah tak ada. Kalau selama Anis balik ni, pantang kalau Anis ajak keluar, saya setuju saja. Tak kiralah ke mana-mana. Dari sedekat Taman U sehingga ke Singapura,walaupun tak ada pasport sanggup buat pasport :D. Ialah, tahun depan saya dah kerja, mana ada masa lagi nak teman macam sekarang.

Sekarang tunggu bila lah ayah nak ajak balik Kemaman ni. Sangat tak sabar nak balik Kemaman bila pagi tadi Kak Linda cakap dia dapat makan nasi dagang dengan Aina, juga tak sabar nak jumpa Syahmi.

Entry ini tak ada apa pun, kesian tengok blog tak di'update' walaupun tuan nya tak bekerja. Eh, tak bekera pun bz juga. Esok gi KL lagi, teman ayah ada kelas kat KL. Seminggu 2 kali ulang-alik KL, macam dekat je :D

Thursday, September 30, 2010

Walimatul Urus Along








Alhamdulillah... kenduri Along dah selesai. Rasa rehat sedikit. Sekarang ini sibuk tolong Anis siapkan barang-barang untuk bawa pulang ke Mesir. Keringkan serai, lengkuas dan cili. Anis kata orang Mesir punya sos cili tak pedas.

Walimatul urus along diadakan pada hari Sabtu. Khamis sebelumnya baru terasa agak sibuk. Rebus telur dan packing. Orang pelamin mula pasang pelamin, itupun pelamin yang ringkas saja untuk bergambar. Masa tu badan dah rasa lesu. Saudara-mara datang bermula pada hari Jumaat. Adik beradik ayah yang kesemuanya duduk kat Terengganu, dah bertolak seawal pagi lagi. Kereta yang paling awal sampai kereta Che Ngah yang turut bawa Tok Wan. Masa tu saya tengah gubah sireh, ibu sedang tidur akibat kepenatan, ayah pergi beli barang-barang, along n angah pergi ambil kek dan Anis dah keluar dengan kawan-kawan yang datang dari Kedah, Anas pula dalam perjalanan dari Bangi.

Menjelang maghrib, semua adik beradik ayah dah sampai. (~_~) Seronok walaupun penat. Malamnya memang sibuk. Gubah bunga, kemaskan bilik pengantin, hantar saudara mara kat rumah tamu. Adik beradik lelaki saya dah menghilangkan diri pergi main futsal. Bertuah betul! Abang hingga adik + Amin + Syahmi. Huhu... sabar-sabar.

Pagi-paginya sibuk. Sedar-sedar dah nak pukul 9. Naik atas salin apa yang patut dan turun semula bawah. 9.30 along nikah.


Dalam sibuk-sibuk kenduri, ada pula orang yang tak diingini masuk rumah dan berpura-pura nak solat dan tidurkan anak. Kesemua bilik dalam rumah mereka sempat masuk. Mujur yang hilang tak terlalu banyak. RM 400 kepunyaan Amin dan hp Along. Alhamdulillah, tp simpati juga dekat Amin dan Along. Mereka memang pandai sebab masuk masa orang sibuk nak terima pengantin lelaki. Dan keluar masa pengantin masuk rumah. Masa dalam bilik ayah, Anis terseremapak masa nak keluar bilik air dan seorang daripada mereka pula bergerak ke almari ayah. Dua-dua terkejut. Tapi Anis slumber terus keluar dan turun bawah pegang bunga manggar. Entah macam mana dia keluar bilik ayah. Mungkin sebab tok wan tegur kot. Panjanglahceritanya, diringkaskan semua bilik mereka masuk...

Oklah... malas nak tulis panjang-panjang. Penat baru balik Singapore, tapi best! Gara-gara Anis yang sibuk ajak temankan dia nak berjalan kat Singapore. Kesian pula dia nak berjalan tak ada kawan... K, next entry... cerita jalan-jalan pula....



Hantaran.


Keluarga Tok Long dari Kerteh +KL.


Mak Sepupu Ayah dari BBU.


Sepupu perempuan belah ibu. Sepupu perempuan belah ayah.


Adik beradik perempuan Ibu.


Adik beradik perempuan Ayah + Tok Wan + Che Ngah Lan + Pak Long+ Pijo+Danial + Isyia.

Keluarga Saya (~_~)

Saturday, September 18, 2010

16 September 2010


Alhamdulillah...
16September2010 @ 7Syawal1431. Hari Malaysia tu =)
Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan selain alhamdulillah.
Terlalu cepat sesuatu perkara berlaku, kadang-kala diluar jangkaan kita.
Di luar jangkaan kita, sebenarnya ia adalah aturan Allah Yang Maha Mengetahui.
Semoga semua urusan yang menyusul selepas ini dipermudahkan, diredhai dan diberkati-NYA.

p/s: Minggu depan ini sibuk. Sibuk dengan kenduri Along. Keluarga saya dapat ahli baru (*_*)

Wednesday, September 15, 2010

Syawal 1431

Syawal tahun ini seperti selalu. Tidak terlalu banyak berbeza. Alhamdulillah, saya masih dapat duit raya..hahaha :P

Penghujung Ramadhan kali ini rehat saja. Tiada aktiviti masak-memasak. Aktiviti kacau kanak-kanak je..huhu. Kacau Syahmi yang paling best. Buat dia marah.

Syahmi tidur di petang hujung Ramadhan. Kepenatan bermain.


1 Syawal, paginya seperti biasa. Makan, sembahyang dan bergambar. Makan nasi dagang.. tapi sedihnya balik kali ni makan sikit je. Sebab masa makan tu ambil kuah gulai tu kat bahagian permukaan minyak tu. Terus tak berselera dah lepas tu nak makan. Haha... bila dah malam, baru rasa teringin sangat nak makan nasi dagang. Yang penting satay tetap ada. Saya bakar satay hanya pagi raya sebelum mandi. Lepas tu dah tak ambil tau tentang bakar , tau makan je..haha... sebab bila membakar mesti baju bau asap lagi. Tu yang malas...huhu. Raya tahun ni pergi rumah Mok Wan je, jiran Tok Wan.



Raya kedua menunya nasi minyak, itupun tempah. Petangnya, saya dan sepupu bersantai di Teluk Mok Nik @ Monica Bay sambil membakar satay. Tak pergi pun Kerteh (rumah Tok Long dan Tok Su) buat pertama kalinya. Seingat saya, itulah rumah wajib setiap raya. Tak tahu kenapa tahun ni tak terasa nak ikut ayah dan ibu pergi sana. Tapi, Syawal kali ini saya rasa macam semakin akrab dengan sepupu-sepupu. :)


Teluk Mok Nik @ Monica Bay




Raya ketiga dah dalam perjalanan balik Negeri Sembilan.



Di Negeri Sembilan bermalam di rumah Mak Ngah. Ziarah juga rumah Mak Lang dan Busu. Semua orang tanya bila nak kerja. Hahaha... malasnya nak jawab... (Teringat iklan ketupat Faiza lakonan Adibah Nor). Sempat ziarah kubur atuk dan nenek.

Keesokannya bergerak ke Melaka...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir Ramadhan, dengan penuh pengharapan, semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik serta segala amalan diterima-NYA.Juga dengan pengharapan berdoa agar dapat lagi bertemu Ramadhan pada tahun hadapan.

Maka esok adalah hari raya.Dikesempatan ini....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
AMPUN DAN MAAF DIPINTA ATAS SETIAP KESILAPAN DAN KESALAHAN
SEMOGA SYAWAL INI MEMBERI SERIBU PENGERTIAN


Berehat sungguh hari ini, walaupun esok raya. Apa taknya... kalau dulu masa ni dah sibuk mencucuk satay dan menyiapkan barang-barang untuk buat nasi dagang. Sekarang, semuanya tempah. Memang berbeza... Tapi seronoklah sebab duduk berehat-rehat je kan.

Kalau dulu kat Negeri Sembilan , zaman dulu-dululah, zaman masih kecil-kecil lagi. Suasana nak beraya tu memang terasa. Anyam ketupat, masak rendang, perah santan, kacau dodol, bakar lemang dan macam-macam lagi. Malam-malam main bunga api. Lepas itu, bila dah besar sikit, dah tak ada dah suasana macam tu, ketupat ganti nasi impit, lemang tempah, dodol dah tak buat, tinggal masak rendang je.

Lenggeng,Negeri Sembilan.

Sekarang dah tak balik beraya pertama di Negeri Sembilan sebab dah arwah atuk dah tak ada. Jadi, tiap-tiap tahun raya pertama balik Terengganu, lagilah saya suka :) Raya ketiga baru balik Negeri Sembilan menziarah makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Suasana dah berbeza... tapi raya tetap rayakan. Selamat hari raya. Eh, tahun ni layak lagi ke dapat duit raya? Hahaha... Sepupu sebaya semua dah kerja... Saya je lah yang bekerja di rumah :P


Monday, August 23, 2010

Kepulangan Yang Dinanti.

MINGGU LEPAS....

Anis: Ateh masak kuih apa buka nanti?
Saya: Tak masak kuih. Hari ini buka masak mee hoon goreng je.
Anis: Oooo... ye ke? Nanti Anis balik buatkan kuih cara.
Saya:Hahaha... haih...tengah buat umrah pun fikir nak makan macam-macam.
Anis: Hahaha...
Saya: Nak cara manis ke cara berlauk?
Anis: Dua-dua..
Saya: Beres bos! Seringgit dua biji! Hahaha...

MINGGU INI....

Tak sabar rasanya. Insya Allah, rabu ni jemput Anis. Anis balik cuti. Mungkin sekarang dalam perjalanan dari Madinah ke Mesir. Esok Anis akan bertolak pulang ke Malaysia. Dijangkakan sampai KLIA pukul 7 pm.

Untungnya Anis dalam usia muda dah dapat buat umrah. Semuanya rezeki Allah berikan. Bermula dari peluang menyambungkan pelajaran di Mesir, sedikit demi sedikt Anis jadi lebih soleh. Agak jauh berbeza dengan dulu. Walaupun bukannya di Mesir untuk sambung ilmu agama tapi ilmu perubatan. Namun, persekitaran sekeliling mungkin membantu membentuk sahsiah seseorang.


Lepas ini adalah kawan duduk kat rumah. Boleh ajak gi jalan-jalan. Ada driver tak berbayar :p Ada tempat nak membebel. Hahaha.. :D Bersahur dan berbuka pun ramailah sikit. :) Yeay!!!




Bila tengok Anas dan Anis, memang agak kontra. Huhu...
Seorang nampak macam budak-budak ... seorang lagi nampak sudah matang.
Seorang nampak nakal ... seorang lagi nampak skema.




Thursday, June 24, 2010

Hari Keluarga di Starhill Golf

Cuti sekolah bulan 6 selama 2 minggu itu sudah berlalu. Sepanjang 2 minggu itu banyak juga masa saya dihabiskan di depan laptop berhubung dengan anak didikku melalui FB. Kalaulah Kuantan itu dekat dengan Jb, sudah pasti saya sudah di sana.

Sepanjang cuti sekolah 2 minggu itu tak pergi ke mana-mana pun ... Lagi pun kami bukannya ada yang bersekolah lagi, buat apa nak sesakkan cuti sekolah ... hehehe..

Cuma pada 19 Jun , kelab kat tempat kerja ibu buat hari keluarga sehari di Starhill Golf & Club Country. Pergi makan-makan, sukaneka dan mandi. Tapi saya tak mandi dan main sukan pun... Pergi makan sahaja sambil tengok mereka yang mengambil acara sukanneka..

Sukaneka.

Mandi-manda.

Makan.

Sejak akhir-akhir ni malas betul nak update blog... tapi sayang nak kuburkan blog niey...

Wednesday, June 16, 2010

Rombongan ke Melaka

Alhamdulillah... result semester akhirku sudah keluar... Tiada apa yang mampu saya katakan kecuali ungkapan ALHAMDULILLAH. Saya panjatkan syukur kepada Allah, terima kasih untuk keluarga saya, Dr. Bakar, anak didik saya, rakan-rakan juga rakan serumah.

Nak cerita tentang pertunangan abang. Apa yang saya tahu sebenarnya tunang lebih baik tidak dihebah-hebahkan. Tapi bila dunia FB dah wujud ni, benda-benda ni dah tak jadi secret dah, tag sana-sini. Jadi saya cerita je la kat blog ni.


Pertunangan berlangsung pada 6 Jun 2010. Rumah tunang abang saya ituu di Melaka. Jadi mengambil masa dalam 2 jam suku dari JB.

Jom layan gambar.... hehehe.. Malas nak cerita sebenarnya...


Sireh Junjung. Hantaran saya yang buat. Huhu.. Saya buat saja. Bajet untuk dekorasi 7 dulang ini adalah RM120 termasuk lah beli bunga hidup, sireh, polistrin, riben, kartas crepe, bunga, daun dan bery-bery. Murah je kan. Ibu kata buat simpe je sebab tunang. Kalau ikut ibu 3 balas 5 je. Tapi atas permintaan pihak perempuan jadilah 7 balas 9.


Bagaimana barang-barang hantaran disusun dalam kereta. Disebabkan hanya dua kereta dari JB, kereta ayah dan kereta abang dan hanya kami berenam sekeluarga saja dari JB, jadi barang-barang hendaklah disusun dengan baik.

Bawah polistrin putih tu kek.... Huhu... memang kena hati-hati bawa hantaran ni.


Sesampai je di tol Simpang Ampat, kami berjumpa dengan makcik-makcik (adik beradik ibu) yang datang dari KL dan Negeri Sembilan. Seremban ke sini lebih kurang setengah jam saja. Tiada saudara dari Kemaman. Jauh.

Yang pegang dulang ni semua sepupuku sebelah ibu.


Pelamin pertunangan.

Hantaran belah perempuan. Comel-comel. I like ...




Sekian....