Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, October 30, 2008

Post Mortem Program Ramadhan

Saya bukanlah seorang yang aktif oleh itu amatlah jarang melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Tapi utk sem ini sy telah mengambil keputusan utk melibatkan diri sebagai Rakan Exco Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah utk Unit Kediaman Luar Kampus (REXCO UKLK).



Unit Kediaman Luar Kolej

Di bawah unit inilah para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman disatukan... Ramai juga pelajar UPSI tidak tinggal di kolej kediaman dan menyewa rumah di sekitar TM dan Bernam.


Semasa diberi peluang utk menyertai Rexco, sy berfikir byk kali sebelum sy berkata ya utk menerima tanggung jawab itu. Saya takut sy tidak dapat memberi komitmen yg sy sendiri persetujui. Setelah dibuat snarai pro n kontra....akhirnya sy memutuskan utk menyertai Rexco.

Mengapa sy berfikir berkali-kali utk menyertainya??? Kerana sy pernah menjadi Rexco Kerohanian ( nama lama bagi Rexco Latihan & Pembangunan Sahsiah) sewaktu duduk di KHAR dulu... Semasa sem 1 sy masih mampu lakukan tugasnya walaupun kkdg sy ponteng utk jln kan rondaan pada setiap malam rabu jam 12 mlm. Lama2 sy rasa mcm sia2 sy ronda...Rexco lelaki semua tak turun , jadi tinggallah Rexco perempuan yg kena tgur couple2 atau student yg masih di bawah...amatlah kurang sesuai pd pdgn sy. Sem 2 terus sy tak melibatkan diri padahal Rexco ni pakej utk 2 sem... Kdg2 sy rasa bersalah...tp sy berpegang bahawa sy meletkakkan jwtn @ mengundur diri pd sem 2 walaupun sebenarnya tak boleh.

Namun begitu Rexco sekarang yg sertai agak berbeza situasi nye. Alhamdulillah ... aktiviti dlm Rexco ini dpt ngam dgn sy. Julung-julung program yg kami Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah anjurkan ialah Ukhwah Kasih Ramadhan... Dan pd 24 Oktober kami adakan post mortem utk program berkenaan.




Semasa dlm post mortem tu, sy mewakili AJK Jemputan & Protokol. Sungguh.... inilah pertama kali sy terlibat secara langsung dgn aktiviti2 besar secara penuh...kalo sblm ni main tumpang2 jer... so tak pyh dtg post mortem. Huhu... dan sy kena jadi first person yang melapor.... dihadapan 4 orang felo.

Alhamdulilah... sy bentang je.... Walaupun takot sy cube juga buat relax smpai habis sy bentang yg tak sampai lima minit pon :) Sy mmg pengecut!

Lps siap post mortem utk dua program sem ni dan membincangkan 3 program utk sem dpn. Felo pon dihidangkan makanan dan ssudah tu felo pon balik... Ktorg dok makan lg smbil bincang2 utk program sem depan. Bila jam dkt kul 11 mlm tu sy mintak diri dulu sbb dua org rakan sy sudah mahu pulang dr library.

Sy pon pada awalnya mahu pergi libry tp terpaksa dibatalkan sebab ada post mortem ni. Walaupun sy tak dpt stdy mlm tu... sy tak rasa rugi pon sbb inilah kali pertama sy ber'post mortem'. Pengalaman baru buat sy ...

Sunday, October 26, 2008

Internet ...Oh...Internet


Gambar skrin sy sedang ber'YM' dengan adik sy di Mesir


Yahoo Messenger... saya kenali sewaktu saya menetap di KHAR. Masa tu sy baru berjinak-jinak dengan dunia internet sbb dekat kolej ada connection internet. Jadi sy baru mula bertatih mempelajari dunia internet pada usia sy 19 thn .Sy mempunyai emel pd usia itu, baru pandai pandai ber'ym' , pandai ber'friendster' dan pandai segala macam lagi dgn internet...

Kalau masa di sekolah dulu, kalo kena cari bahan atau maklumat utk homework, sy msti suruh ibu atau ayah cari dekat office sebab dulu dekat rumah sy takde connection internet. Kalo ada pihak minta emel sy, sy gunakan emel ayah sy. Huhu.... Kalo sy nk sgt surf internet, sy ikut ayah sy pergi ofice utk surfing.

Alhamdulillah! Seawal minggu pertama sy memulakan pengajian di UPSI, ayah sy telah memberikan sy sebuah laptop. Sy mulanya hanya mengadu pada ayah sy bahawa sy takut cara pembelajaran kat UPSI sebab banyak guna komputer dan internet, hujung minggunya ayah datang membawa sebuah laptop yang kini menjadi my love :P

Masa mula-mula tu memang blur juga nk guna... tahu guna function yg basic kat komputer je lah. Yang lebih2 tak tahu. Tapi bile dah lama guna faham jugalah beberapa bnde yg ada kat dalam laptop ni. Lebih-lebih lg masa sem 2 dulu ada amik subjek multimedia....jadi adalah belajar sikit2.

Sekarang.... kalo tak buka internet sehari macam tak sah. Baik mase duduk kat rumah sewa di TM mahupun bila balik di rumah keluarga sy di JB. Kalo balik kampung kat Terengganu pun sy mesti nak juga buke internet dalam sehari. Semua ini sy perlu berterima kasih pada ayah sy sebab beli broadband...jadi ....memeberi kemudahan kepada sy :)

Saya takut, suatu hari nnti bila kena posting kat pedalaman, adakah lagi connection internet macam skrg? Dapatkah coverage broadband? Huhu...suatu realiti yg sy perlu hadapi pd mse dpn...

Saturday, October 25, 2008

Public Speaking Thermo

Thermodynamics.... ini antara salah satu subjek sy pada sem ni membawa sbyk 3 kredit. Petang 23 Oktober 2008 adalah kelas terakhir untuk subjek ini. Sempena kelas terakhir ni setiap org diwajibkan public speaking . Keutamaan adalah dgn topik yang berkaitan dengan termodinamik, namun begitu ktorg juga dibenarkan utk bercakap tentang apa sahaja. Tak tau lah apa tujuan utama pensyarah termo (PM. Dr. Baseri Huddin Hussain) suruh buat cm tu, tapi mungkin antara tujuan Dr. utk memberanikan ktorg ke depan kot.

Seorang demi seorang keluar ke depan, kebanyakkannya tak cakap ttg termo .... huhu... ckp selain termo ..... cthnye ttg keluarga, pengalaman, dll. Tapi ada jugak yang liat tak nak keluar... Dr. pun tak buat ape2 pon... adelah dlm 2-3 org tak keluar sehingga kelas tamat. Igt kan wajib semua bercakap. Kalo sy tau, sy pon tak mau keluar! Huhu...Saya akan menjadi pengecut utk present atau apa sahaja yang memerlukan sy ke depan...meskipun didepan teman sekelas yang sudah hari2 sy jumpa. Suara sy pasti terketar, lutut sy akan jadi lemah, tangan sejuk macam ais dan yang pasti tangan sy mengigil. Sungguh! Itulah sy... sy cuba perbaiki dan masih dalam proses pembaikan... Ntah bila akan menjadi berani! Masih mencari formulanya.

Sy memberanikan diri utk keluar ke depan selepas Kak Nik keluar... sebelum tu geng2 sy (Shud, Cu & Fana) dah keluar dah. Sebenarnya sy nak bercakap tentang TYPES OF MOLECULES. Tp dek krn pengecut yang teramat point2 yg nk ckp tu hilang masa dlm perjalanan nk ke depan. Sy nak cakap tentang kaitan Molar Heat Capacity Of Gas At Constant Volume & At Constant Pressure dengan Types of Molecules.


Sampai2 je ke depan sy trus rasa nk tukar topik.. masa ngadap depan tu sy terpikir nk ckp ttg sibling ...simple je kan... sy pon bg salam dan baru je nk ckp... Dr. Baseri tgur, "Your father from UTM". Terperanjat sy, terus toleh ke arah Dr. .... pelik, cmne DR. ni tau lak... Dr. sengih... Tp sy teruskan nk bercakap.... Baru nk ckp sepatah dua nk sambung ayat sebelum tuh... Dr. ckp lg, " Taman Sri Pulai". Tertoleh balik ke arah Dr. Pelik.... Tp masa tu aku terfikir yang Dr. ni penyelia aku utk pra-praktikal(ROS) masa aku buat kat Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai (SKTSP ) . Maksudnya Dr. yg tanda laporan ROS. Mungkin sebab tu Dr. igt kot walaupun dah lebih kurang 4 bulan yg lalu dan hanya dgn menanda laporan shaja tp dlm report tu mana ade ckp pasl my family, report ttg sekolah jer! Sy pun terus ckp...bla...bla...bla. Tak sampai dua minit pon....tu pun kecut perut! Huhu... Raihah...Raihah.


Orang yang terakhir bercakap sebelum sesi kelas terakhir tu tamat ialah Dr. Dia ckp tentang anak2 die. Sy sgt kagum dengan kejayaan anak2nya. Anak2nya semua belajar over c. Seorang da jd tutor kat UKM dgn menamatkan 1st degree kat University Adelaide, sorg da jd R&D engineer kat Perodua, sorg sambung master kat Jepun dan yang sorg lg sebaya ktorg kat Russia amik medic. Huh! Hebatlah anak2nya. Kagum sy! Psti terasa puas dan bangga Dr. mempunyai anak2 sehebat itu.


Sebelum keluar kelas, sy pun cakap lah Thank You Dr. Huhuh... Dr. tanya, "Are your father , Prof Rosli?" ... Sy blur.... "No...He is my father's friend" . Masa tu sy terpikir Prof Rosli kat UPSI . Dan-dan je ngaku kwn ayh sy ntah2 Prof Rosli lain yg dimaksudkan Dr. ... Sy tak selesa dan terus berlalu pergi....

Thursday, October 23, 2008

Green Day ....



This is our product of mini project for subject Environmental Science. COMPOST. We have done the compost for the past 10 weeks. A lot of time, energy and money we used to make this compost. This project contribute 20 % in this course marks. How a big percent!

Many activities have done to complete this mini project such as prepared all the materials did we used to make compost. Such as finding worms, collecting all the rumput kering, taking perut ikan from pasar and ask permission from Naz Restaurant to collect their waste vegetable. We have to take temperature, humidity and pH for this compost for every week. All the development of the compost was analyzed. Many....many.... and many thingssssss happened. Such as our compost berlalat n berulat. Thus , we need to make the compost clean from lalat and ulat. Need a lot of sacrifice...

Alhamdulillah.... this mini project success... And we get full mark for this mini project! YAAHHHHHOOOOO! Thanks to person who has help us... especially to Dr. Nur Tjahjadi. Thankz...thankz ...thankz .... for everyone that contribute for our succes!


We enjoyed during the Environmental Science Exhibition on 13th October 2008.


p/s: My 3rd n3 in english...huhu.... of course lah msti byk slh grammar kan....so mohon ampun maap ler :)

Tuesday, October 21, 2008

Masuk Panggung

Sy percaya di kalangan remaja seusia saya menjejakkan kaki ke panggung wayang adalah perkara biasa. Namun pengalaman memasuki panggung baru saya alami 11 Oktober 2008 pada usia 21 tahun. Cerita yg sy tonton ialah ' Eagle Eye' & 'Fury'. Dua-dua cerita tu best pada pendapat sy.
Credit to Flickr.

Dibesarkan dalam keluarga yang biasa di JB, kemudahan untuk menonton wayang bukanlah sukar. Jadi bukan sy tak da peluang untuk menonton wayang sebelum ini, tapi disebabkan keraguan atas hukum memasuki panggung wayang. Menyebabkan sy menangguhkan dahulu, sehingga menemui jawapannya.

Setelah sy meng'google' dan membaca artikel tentang hukum memasuki panggung. Barulah sy memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke panggung wayang. Antara artikel yg sy baca.. klik sini. Namun begitu baru-baru ini, semasa sy search dkt laman web, sy terjumpa artikel ini...sila klik di sini...artikel nya sama shaja dgn artikel yg sebelum ini ....hanya... bahagian comment nye menggentarkan perasaan sy.

Sewaktu pergi menonton wayang tempoh hari, sy pergi bersama rakan2 perempuan saya. Menonton juga filem yang biasa2 sahaja. Namun tak dinafikan, suasana di dalam panggung tak menyelesakan sy disebabkan kewujudan couple2 yang 'terlalu mesra' terutamanya dalam keadaan gelap.

Keinginan sy untuk memasuki panggung wayang adalah untuk merasai apakah kesoronokkan yg didapati utk menonton filem di panggung, sehingga ramai remaja hari ini begitu gemar ke panggung. Selain itu, kerjaya sy sbg pendidik turut menyebabkan sy ingin lebih dekat memahami jiwa remaja. Sy percaya, bakal2 anak murid sy nanti lebih advance dlm bab itu drpd sy. Mengajar sambil mengaitkan dlam perkara yang menyeronokkan mereka lebih mudah utk difahami. Begitu juga dalam konteks menegur dalam keadaan kite lebih memahami jiwa ank didik adalah lbih efekitif, drpd membabi buta memarahi mereka tanpa memahami.

Setelah menonton dua buah filem di panggung wayang , sy konklusikan bahawa menonton wayang bukanlah minat sy. Tabiat sy yg suka menonton seorang diri tanpa sebarang gangguan dan aktiviti lain menyebabkan menonton di panggung bukan pilihan sy. Selain drp itu, mata sy juga tidak sedap berada di dlm panggung, apabila melihat pasangan2 lelaki dan perempuan berlentok2kan kepala dan berpegangan tangan tanpa rasa segan dan malu. Tapi tidak dinafikan bahawa menonton wayang mempunyai keseronokkannya tersendiri apabila dapat melihat di skrin yg bsr dan sound effect yg amat baik.

Monday, October 20, 2008

Open House Cu & Keinsafan

Ahad yg lepas ...rumah Cu wat open house. Ktorg g la...menunya best ....mee hoon goreng, nasi goreng & ayam bakar. Itu menu utamanya... byk lg menu sampingannya.

Kenapa gambar tu ada tulis mata2 keinsafan... hanya kami berempat tahu sebabnya. Biasalah kan...dalam menjalani sebuah perhubungan bernama sahabat....pasti banyak onak dan durinya. Itu sudah norma....lbih2 lg bersama sahabat yg kita rapat. Bgun tido sampai lah nk tdo blik bersama sahabt kite tu.

Setiap manusia tu dilahirkan dengan keunikkan masing2 ....utk mereka saling kenal mengenali dan mempelajari erti kehidupan dalam menitinya. Kita tidak dilahirkan dengan cantik serba serbi... pasti ada yg cacat sedikit sbyk.... baik cara pertuturan kita, cara pandangan mata kita, cara mendengar kita, cara reaksi muka kita... kita adalah manusia biasa yg tak dpt elak dr kelemahan diri. Sebab itulah kita sering diperingatkan utk belajar utk menerima kelemahan org lain supaya org lain juga boleh menerima kelemahan kita. Kita juga diperingatkan untuk mudah memohon dan memberi maaf.

Itulah dalam persahabtan.... belajar menerima dan memberi... memahami dan menghargai...

Thursday, October 16, 2008

Ikhlas Dari Kami...

First video dlm blog sy. :) Video ni dirakamkan masa open house kat rumah sewa sy di Taman Nusa, Tanjung Malim. Kami ni belajar di 'UP' C sahaja bukan di 'OVER' C. So, video kitorg tak layak masuk tv...hahaha... Tapi nk juga bg ucapan.Jadi masukkan kat dlm blog sendiri sahaja.



Penghuni rumah ni ada 18 orang...tapi masa tu Fana tak de ...balik rumah abang die...so dlm video ni ada 17 org sahaja.... Kami terdiri drpd 7 chemists, 7 bilogists, 3 physicsists & 1 mathematician.


Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin!

Wednesday, October 15, 2008

Open Houseku Di TM



Jumaat malam Sabtu yg lepas, rumah sewa sy di TM buat open house. Idea nak wat open house ni dtg drpd Hajar n d gang, so sy juz ikut sahaja. Best dpt mkn2...ngeheehee. Sbb sy ni pengikut, so menu dan aktiviti masakan diketuai oleh geng2 Hajar la. Sy n Shud juz tolong kupas bawang n kentang aje...sebab petang Jumaat tu ktorg ada klas. Blik klas ptg tu tgok menu da siap da...


Open house bermula jam 8 mlm. Setiap orang dibenarkan mejemput 2 orang rakan. Jemput Cu jer...sbb org len rumh jauh2...nnti nyusahkan pulak. Disebabkan open house raya, malam tu wajib pakai baju kurung la... Sy, Anis n Shud sempoi sahaja...pakai bju kuliah jer....tak de manik lip lap lip lap pon mcm org lain.



Menu utamanya Soto; ada nasi impit soto & mee hoon soto. & kuah kacang pun ada jugak Ada jugak mee sup n kuey teuw sup. Appetizernye kek choc moist kukus laila & dessertnye puding cocktail hajar. Makanan sampingan pun banyak jugak... sosej, nugget & biskut raye. Kire ok la menu cam tu ... bese r umah student kan. Kire grand r tuh! Semuanye marvellous... TQ la kkwn yg menjadi tunggak pada masakan tuh!

Dimulai dengan doa pembuka majlis maka berlangsunglah acara open house...makan2 dan bergambar. Best! Yang meriahnya bile time bergambarlah...sebab masing2 gler bergambar. Rumah jadi close house bile jam 11 mlm diakhiri dgn doa penutup. Lps tu same2 bersihkan rumah.

Alhamdulillah berjaya jugalah open house yg dirancang tak sampai 24 jam.

Tuesday, October 7, 2008

Amalan & Kesilapan Di Hari Raya

Isu salam menjadi kegusaran saya pada hari raya. Kerana masyarakat kita sama ada tahu tentang hukum atau mahu meneruskan tradisi bersalam-salaman dengan saudara mara meskipun sesama bukan muhrim seperti antara ipar duai. Banyak lagi kadang kala saya lihat perkara itu tak boleh tapi dilakukan tapi menjadi seolah kebiasaan utk dilakukan. Sering sy uar-uarkan bahawa sy bukan ahli dalam bidang agama. Oleh itu sy mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi drpd www.zaharuddin.net.


RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Monday, October 6, 2008

Syawal Yang Bererti



Suasana lebaran di bulan mulia ini masih berbaki meskipun1 Syawal sudah lama meninggalkan kita. Alhamdulillah, raya kali ini masih terasa raya meskipun usia sy sudah meningkat memanjat ke usia yang lebih matang. Mana boleh merasai raya semasa di usia kanak-kanak, sudah tidak layak rasanya utk merasai meriah yang caranya sebegitu. Kerana di usia ini, Aidilfitri di sambut dengan rasa perlunya sambutannya selari dgn tuntutan supaya diri ini kembali kepada fitrah seorang manusia setelah sebulan mentarbiyahkan diri di bulan Ramadhan. Moga barakah Ramadhan mengiringi 11 bulan berikutnya. Dan doa sy moga diri ini masih lagi berkesempatan menemui Ramadahan 1430. Amen...

Syawal kali ini merupakan kali pertama, ahli keluarga sy tidak cukup kerana adik saya telah berangkat ke Mesir. 1 Syawal 1429 sy beraya di Kemaman, Terengganu (kampung sebelah ayah sy) dan hari raya ke-4 sy bersama keluarga bergerak ke Seremban,Negeri Sembilan (kampung ibu sy).

Alhamdulillah diberi ruang dan peluang bertemu seluruh adik-beradik ayah( maklong, che mah, mak anjang, che ngah, che ma, che de, achik & ayah su) dan begitu juga di sebelah ibu ( paklong, mak ngah, mak lang, uda & busu kecuali Pakcik). Bermakna bertemu dgn anak2 mereka juga yg merupakan sepupu2 sy. Bagi sy ini peluang yg baik, kerana sy dpat memohon maaf dgn mereka. Meskipun perkataan maaf itu tak keluar dr mulut, tp kesempatan utk bersalaman bersama mereka bg sy adalah kesempatan utk memohon maaf atas segala salah silap yg sy telah lakukan pada mereka. Bagi sy inilah istimewanya Syawal kerana setelah sebulan Ramadhan mendekatkan diri manusia dgn Penciptanya dan memohon keampunan daripada-Nya, maka kesempatan Syawal adalah untuk memohon keampunan atas silap dan salah antara kita sesama manusia. Bukan bermakna bulan lain tidak memohon maaf, tapi kesempatan Syawal memberi lebih ruang untuk bertemu dgn saudara mara serta sudah menjadi adat kita di Malaysia untuk kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan.

Dari Negeri Sembilan saya terus pulang ke TM. Sy tak berkesempatan beraya di Johor bersama kawan-kawan. Tak mengapa...cuti sem nanti masih ade ruang untuk berjumpa :)

Meskipun sy dibesarkan di Johor, sy tak pernah beraya Aidilfitri di Johor kerana kami sekeluarga akan pulang ke kampung ayah dan ibu bergilir-gilir mengikut tahun. Namun selepas ini kemungkinan setiap tahun akan beraya di Terengganu bersama Tok Wan memandangkan kedua-dua Atuk dan Nenek sy di Negeri Sembilan telah pulang ke rahmatullah. Jadi, jika orang bertanya tentang juadah istimewa raya di Johor, sy bukan orang yg layak utk menjawab :P

::Saya bersama saudara mara di Terengganu pada Syawal 1429::


::Gambar ini diambil pada 17 Ramadahan 1429 sblm Anis berangkat ke Egypt:: ::Sudah menjadi tradisi sy sekeluarga utk bergambar keluarga di pagi Raya:: ::Disebabkan Anis tiada di Malaysia pd 1 Syawal, jadi gambar keluarga ini diambil lebih awal::



Kesempatan ini sy memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan diri. Drpd sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar perkara. Maaf ikhlas drpd hati yg mendambakan keampunan dan kemaafan drpd sahabat-sahabat.

Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya 1429


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN