Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label kembara dunia. Show all posts
Showing posts with label kembara dunia. Show all posts

Monday, July 25, 2011

ujian....

Sebenarnya saya nak tulis tentang lain... tetapi sebab ini cerita masih lagi panas... sy tergerakk untuk mencuri sedikit masa untuk update blog :)

Sabtu yang lepas saya terlibat dalam kemalangan. :( Alhamdulilllah tiada kecedaraan yang berlaku. Hanya kereta ayah saya yang hancur... huhu. Jadi habis seharian sabtu saya dengan urusan kemalangan dan tak tertunailah harapan saya nak update blog sabtu lepas.

Sedang-sedang saya bersembang dengan ayah dan ibu di dalam kereta dalam perjalanan dari Pulai Perdana ke Plentong, kereta di highway Pasir Gudang bergerak perlahan kerana jalan raya dilimpahi ribuan kereta. Itulah kebiasaan highway Pasir Gudang. Tiba-tiba saya terperasan ayah menghampiri kereta depan lalu menjerit "kereta" dan ayah berjaya brek.... Malang tak berbau kereta belakang menghentam dengan kuat sehingga kereta ayah bergerak ke depan dan berlanngar dengan kereta depan. Saya tak berapa nak kuat semangat ni terperanjat habis dan rasa lemah. Kebetulan pula handphone ayah dari paginya simcard tak berapa baik terus mejejaskan hp. Jadi selepas itu ayah meminta hp saya. Punyalah menyelongkar handbag saya untuk cari hp untuk ambil gambar. Rupanya hp saya dah terpelanting di bawah seat driver. Sabar je la~~

Gambar sebagai kenangan.


Nampak bonet macam tak teruk... tapi satu pintu bonet kena tukar plus bahagian dalam bonet tu remuk sikit...
Alhamdulillah... ya ALLAH... KAU masih memanjangkan usiaku. Mungkin ini peringatan Allah buat saya yang selalu leka dan lalai. Mungkin Allah memberi signal kepada saya. Kesedaran yang diperolehi, mati boleh di mana-mana....

p/s: Suasana malam yang damai ini buat saya rasa nak update blog lagi dgn entry yg lain... bersekitar tentang kehidupan sy, persepsi orang ttg apa yg sdg saya lalui dan bagaimana sy berhadapannya... sekadar untuk berkongsi cerita... tapi saya perlu tidur... saya perlu segar esok untuk mengajar... Selamat Malam kawan-kawan :)

Thursday, October 28, 2010

Sehari di LTSM ...

Isnin lepas seharian berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Tujuannya untuk menghantar Che De dan Ayah De yang akan terbang ke Tanah Suci. Sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 11.30 pagi. Berehat sebentar di kedai makan Batu Buruk. Selepas itu lebih kurang jam 1.00 bergerak terus ke lapangan terbang. Jam 3.30 baru Che De check in. Che De tinggalkan 2 orang anaknya Nasyirah, 15 tahun dan Yusuf, 6 tahun.

Masa Che De nak check in...

Yusuf: Ummi nak ikut... [sambil ikut Che de nak check in dlm kesesakan]
Che De: Eh.... Dok leh...
Yusuf: Ummi nak ikut.
Che De: Yususf dop boleh ikut. Kena pakai baju macam ni baru boleh ikut. [Masa ni che de da pakai ihram]. Lain kali kita pergi sama-sama.


Syahmi.Yusuf.Yaya

Huhu... sayu jer rasa. Keesokannya pagi-pagi sebelum Yusuf pergi sekolah, dia beritahu kakaknya, "Kakak, esok kita pergi jumpa ummi ...". Tengah hari itu, lebih kurang jam 1 lebih. Tiba-tiba Yusuf menangis. :'''( Dia teringatkan umminya. Huhuhu..kesiannya T_T . Tadi Yusuf cakap, "kata Ummi pergi kejap je... Bakpe sekarang dop balik-balik lagi". Semoga ummi dan walidnya selamat pergi dan pulang juga memperoleh haji yang mabrur.

********************************

Teringat kisah kira-kira 12 tahun yang lalu, saya dan adik beradik tak turun pun sewaktu di airport Senai. Masa itu ayah Azim, Ustaz Rupai yang hantar. Kami sekeluarga menaiki kereta Wira ayah Azim. Sesampai di airport, bersalaman dengan ayah ibu di dalam kereta, ayah ibu terus turun manakala kami semua terus dihantar pulang ke rumah. Di rumah sunyi saja, sudah tiada saudara mara sebab ayah dan ibu bertolak petang Ahad. Saudara belah ayah dan ibu sudah pulang ke Terengganu dan Negeri Sembilan. Jiran-jiran juga sudah pulang ke rumah masing-masing.Seingat saya waktu ibu pergi tu, tak lah saya terasa terlalu sedih. Sedih sikit-sikt tu adalah. Masa hari raya tu. Sebab masa tu cuti sekolah agak panjang , kalau tak silap masa tu raya haji dan cuti hol kat Johor. Jadi ramai orang balik kampung. Sunyi je kawasan rumah masa tu. Kebosanan juga kami tak tahu nak buat apa dengan cuti yang agak panjang. Kami beraya di rumah dengan juadah yang diberi oleh jiran-jiran dan kawan-kawan ibu ayah.

********************************



Sewaktu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Syahmi bari tahu esok adalah birthday nya.

Syahmi: Kak Hah balik bila?
Saya: Balik esok.
Syahmi: Bakpe balik esok? Esok birthday Syahmi.
Saya: Ho la... kena balik esok. Lama doh dok umoh mok.
Syahmi: Balik pagi ke petang?
Saya: Pagi lah. Johor kan jauh.
Syahmi: Balik lah petang. Esok birthday Syahmi Ade kek. Kek ada bintang.
Saya: Mana sempat. Petang nak potong kek. Petang tu gak Kak Hah nak balik.
Syahmi: Sempatlah. Kita potonglah pagi.
Saya: Pandai nguh mung nim. Kak Ngoh kan tak dop pagi. Gi sekoloh.
Syahmi. Dak pe. Tinggal ke Kak Ngoh sket.
Saya: Hahaha... Pandai ngat.
Syahmi: Kak Hah balik petang eh?
Saya: Gi tanye Ayah We. Kak Hah dop tau sebab Kak Hah dop bawak kete.

Hahaha... sabar je la dengan Syahmi. Geram sungguh dengan dia sebab sangat comel :) Sangat! Sungguh baik bila moodnya ok. Jangan tengah bad mood. Semua orang takut. Ganas betul. Kalau buat tak layan waktu dia cakap, nanti dia akan menggunakan kuasa giginya yang rongak itu untuk menggigit tangan orang. Tak pun dia akan tarik rambut. Memang ganas. Hahaha.. tapi tetap disayangi ramai...

Selamat Hari Ulang Tahun ke-5 Syahmi! Semoga menjadi anak soleh penyejuk hati ummi abah:)


Tak sabar! Tak sabar!
15.11.10-Keputusan posting keluar. Berdoa agar tergolong dalam kumpulan posting pertama.
16.11.10 -Insya Allah pulang ke Kemaman lagi :) Dapat jumpa Syahmi lagi.
17 .11.10 -Raya haji :)
19.1.10 -Cherating :)
2211.10 - Lapor diri kalau berjaya dapat posting :)

Huhuhuhu... tak tahulah sejauh mana kebenaran berita posting ni.Wait n see je la :) Harapnya berita kali ni yang sahihlah...


Friday, October 8, 2010

Jalan-Jalan Masa Cuti


Sunyi kembali. Alhamdulillah. Anis dah selamat sampai di Mesir. :) Cepat sungguh masa berlalu, 25 Ogos 2010-6 Oktober 2010 bagai tak dirasa.

Walaupun Anis balik sekejap, tapi pelbagai agenda terlaksana. Bila Anis balik Mesir semula rasa sunyi sikit, sebab kalau tak saya berdua dengan Anis, adalah kawan-kawan nak bercakap, bertekak, berjalan-jalan . :D Puas saya berjalan sepanjang Anis balik. Mana taknya, awal-awal balik dah ajak saya berjalan gi UTM dan destinasi terakhir ialah Singapore :) Bermula dengan Taman Tropika UTM, Nusajaya, Pantai Chendor , Teluk Mak Nik, Melaka dan Singapore . Tidak termasuk lagi kehadiran syawal dan urusan walimah Along juga ke pusat membeli-belah seperti Giant, Angsana dan Jusco. Jadi, saya sangat kuat berjalan-jalan waktu Anis balik. Sekarang berhibernasi saja di rumah ~_~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR

Taman Tropika
UTM
28 Ogos 2010
Saya, Anis dan Angah




Kota Iskandar
Nusajaya
6 September 2010
Saya, Anas dan Anis



Anas


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TERENGGANU

Pantai Chendor
8 September 2010




Teluk Mak Nik
11 September 2010


Syahmi



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA

Menara Taming Sari

Anas dan Anis
Bukit St. Paul

Kincir Air

Sungai Melaka

Melaka River Cruise



~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINGAPURA
30 September 2010
Saya dan Anis


Masjid Sultan


Marina Bay

Kg. Melayu

Sekarang duduk rumah diam-diam saja -_- Kawan nak berjalan dah tak ada. Kalau selama Anis balik ni, pantang kalau Anis ajak keluar, saya setuju saja. Tak kiralah ke mana-mana. Dari sedekat Taman U sehingga ke Singapura,walaupun tak ada pasport sanggup buat pasport :D. Ialah, tahun depan saya dah kerja, mana ada masa lagi nak teman macam sekarang.

Sekarang tunggu bila lah ayah nak ajak balik Kemaman ni. Sangat tak sabar nak balik Kemaman bila pagi tadi Kak Linda cakap dia dapat makan nasi dagang dengan Aina, juga tak sabar nak jumpa Syahmi.

Entry ini tak ada apa pun, kesian tengok blog tak di'update' walaupun tuan nya tak bekerja. Eh, tak bekera pun bz juga. Esok gi KL lagi, teman ayah ada kelas kat KL. Seminggu 2 kali ulang-alik KL, macam dekat je :D

Tuesday, July 13, 2010

Giant Kuantan?

"Eah...pcaya x...akak kt giant kuantn skg!!!tmpt kte! gle rinduu...uwaa...!
-Mesej dari kak Diha semalam. Tapi tak dapat reply sebab kredit da expired-

Apa ada pada Giant Kuantan? Dekat JB ni pun berlambak Giant. Giant U Mall, Giant Skudai, Giant Tampoi dan Giant Plentong. Lagi besar, lagi banyak barang. Tapi.... itulah... tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat praktikum. Hehehe...Align Center

Siapa sangka pada mulanya saya tercari-cari rakan serumah sebab partner saya dah berumah tangga. Haniem memang ajak duduk sama, tapi sebabkan serumah dengan orang berkeluarga membuat saya berfikir. Tambahan pula, ibu memang tak bagi.

Sewaktu berjalan dari bilik kuliah sehabisnya menjawab peperiksaan sem 7 di Taman U nak ke kampus, terserempak dengan Ateh (housemate sem 1 n 2).

" Rai, praktikum kat mana?" tanya Ateh.
"Kat Kuantan, Panglima Perang".jawabku ringkas.
"Owh... kawan Ateh ade praktikum kat sana" sambung Ateh.

Semasa nak mengakhiri sem 7 tu, saya sibuk mencari tempat-tempat yang boleh saya duduk untuk praktikum. Mula-mula ingatkan nak duduk dekat Beserah bersama kawan-kawan Fizik yang lain. Tapi jauh lah pula... Saya pun call Ateh untuk minta contact number kawannya yang akan praktikum di sekolah yang sama dengan saya itu.

Hanya bermula dengan mesej ringkas memperkenalkan diri dan dari mana saya dapat nombor serta menyatakan hajat untuk duduk serumah. Mesej saya dibalas dengan baik walaupun lewat beberapa hari oleh Kak Dila. Alhamdulillah....

Sepanjang cuti bulan 12 tu ada lah juga berhubung dengan Kak Dila melalui mesej dan panggilan. Sebab masa itu sibuk duk mencari rumah dengan bantuan Aniem. Perkenalan saya hanya melalui mesej dan panggilan telefon.

14 Januari 2010 (Khamis) saya dengan ayah dan ibu pulang ke Kemaman. Hari Jumaat pergi hantar barang di rumah sewa di Bukit Rangin. 24 Jalan 19. Ayah terpaksa hantar barang awal sebab weekend tu ayah ada kerja dekat KL. Semasa hantar barang tu, yang ada dekat rumah ialah Kak Dibah, Kak Nani dan Kak Diha. Tapi saya tak terus duduk di rumah tu, saya pulang balik ke Kemaman. Petang Ahad tu saya sampai semula ke rumah itu. Rumah sewa itu kami duduk seramai 8 orang. 3 pelajar Fizik: saya, Wana dan Mas. 5 pelajar TESL : Kak Ainul, Kak Dibah, Kak Diha, Kak Dila dan Kak Nani. Sebenarnya saya juga takut nak masuk rumah itu sebab 5 daripada mereka adalah pelajar TESL. Rasanya ramai maklum, atau dalam kata lain ramai beranggapan bahawa budak TESL ni ada style dorg dan kebiasaanya agak berlagak. Itulah juga bermain di kepala saya.

Namun, apabila sudah bersama mereka. Anggapan saya itu meleset sama sekali. Mereka cukup ramah dan boleh dikira becok juga. Meraka baik dan tak sombong. Saya senang dan rasa seolah sudah lama kenal dengan mereka.

Dari sehari demi sehari semakin akrab. Segala benda dikongsi bersama. Saya memang rapat dengan Kak Nani dan Kak Dila sebab kami satu sekolah. Banyak benda yang boleh dikongsi, terutamnya karenah anak didik. Kak Diha juga saya rapat meskipun tak satu sekolah mungkin sebab mulutnya yang ringan membuatkan saya rasa kurang segannya. Bersama merekaa ada saja cerita, babak lucu, lawak jenaka, kisah itu dan ini yang bermula seawal bangun pagi hinggalah tiba ke malam sebelum tidur. Kadang-kadang tengah tidur pun ada babaknya...hahaha. Rasanya 4 bulan terlalu pantas berlalu. Kenangan yang saya tak akan lupakan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupan saya sewaktu praktikum.

Misss you all very much!!!




Bilik kami.
Kak Dila, saya, Kak Diha, kak Nani tak nampak.
Bersepah yer. Harap maklum masa ni dah bergolek nak tidur. Tetiba terasa nak amik gambar pula.
Hehehehe...


Kenangan... kenangan.... kenangan....

Thursday, June 24, 2010

Hari Keluarga di Starhill Golf

Cuti sekolah bulan 6 selama 2 minggu itu sudah berlalu. Sepanjang 2 minggu itu banyak juga masa saya dihabiskan di depan laptop berhubung dengan anak didikku melalui FB. Kalaulah Kuantan itu dekat dengan Jb, sudah pasti saya sudah di sana.

Sepanjang cuti sekolah 2 minggu itu tak pergi ke mana-mana pun ... Lagi pun kami bukannya ada yang bersekolah lagi, buat apa nak sesakkan cuti sekolah ... hehehe..

Cuma pada 19 Jun , kelab kat tempat kerja ibu buat hari keluarga sehari di Starhill Golf & Club Country. Pergi makan-makan, sukaneka dan mandi. Tapi saya tak mandi dan main sukan pun... Pergi makan sahaja sambil tengok mereka yang mengambil acara sukanneka..

Sukaneka.

Mandi-manda.

Makan.

Sejak akhir-akhir ni malas betul nak update blog... tapi sayang nak kuburkan blog niey...

Tuesday, June 1, 2010

Jalan-Jalan Sekitar Kuantan

Semalam saya tengok saluran 707. Tajuk program tu: 1000 Places Must Be See Before You Die. Memang best lah kan. Tapi tengah-tengah tonton cerita tu teringat cerita Aalia dekat saluran 105. Terus tukar saluran :)

Saya suka berjalan. Sangat suka. Huhu... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sebabnya saya tengok album ayah masa tenga belajar dulu. Memang banyak tempat yang ayah pergi. Eiffel Tower, Monte Carlo dan lebih 10 negara kot. Tapi saya akui, saya tak mampu sampai ke situ.. Hahahaha.. dalam angan-angan boleh la :P

Walaubagaimanapun, saya tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sewaktu bergelar alam pelajar dahulu. Boleh kata setiap sem ada satu destinasi yang saya pergi meskipun di sekitar tempat belajar sahaja.

Imbau kembali... bermula daripada di matrikulasi lagi. Sem 1 saya ke Gunung Ledang. Sem 2 ke Bandar Melaka. Apabila memasuki UPSI, sem 1: KL saja, sem 2: Cameron, sem 3: UPM, sem 4: Zoo Negara, sem 5: Genting, sem 6: Ice skating Sunway, sem 7: tak ke mana-mana & sem 8: gambar dibawah tempat-tempatnya (~_*)


Minggu pertama saya, Mas dan Wana telah ke Tanjong Lumpur berjumpa rakan yang praktikum di sana, Shud dan Cu.
24 Januari 2010

Teluk Cempedak. Tempat biasa lepak bila tension dengan bebanan di tempat kerja. Dekat dengan bandar.

Pantai Sepat. Hari Keluarga Sekolah. Ingatkan mula-mula tak nak pergi. Tapi akhirnya pergi juga. Menang tempat ke-2 Explorace.
20 Februari 2010



Taman Esplanade. Kuantan River Cruise. Setelah penat pusing-pusing di ECM lepak kat sini. Best juga
7Mac 2010


28 Mac 2010
3 lokasi yang dilawati:

Air Terjun Hutan Lipur Sungai Pandan a.k.a Panching
Picnic kat situ. Masak-mask kat rumah bawa makanan ke situ . Sampai je air terjun breakfast sikit untuk alas perut. Mandi-manda. Makan tengah hari pula untuk habiskan bekalan.\


Perut kenyang terus ke Muzium Sungai Lembing. Muzium yang tunjukkan aktiviti perlombongan. Baca info tentang perlombongan tu mula-mula je. Lepas itu gila posing..hahaha.


Petang setelah melawat muzium berhajat ke Gua Charas yang terletak lebih kurang 20 minit dari Muzium Sungai Lembing. Sampai-sampai di sana rasa terasing sangat. semua yang di situ adalah mereka berbangsa India. Sebab di salah satu tingkat di situ tempat ibadah mereka. Memabdangkan hari pun sudah petang dan agak rasa asing di situ . Kami pun pulang..




Bukit Pelindung. Saya jadi guru pengiring untuk bola tampar. First time daki bukit. Seronok. Ditambah pula dengan keletah nakal budak bola tampar. Memang riuh rendah.
17 April 2010


Balok Beach. Dekat De Rhu Balok.Pergi sini sebenarnya jadi fasilitator untuk English Camp. Tempatnya menarik.
24 April 2010



Pantai Cherating. Pantai ni dah pernah pergi dengan keluarga sebab dekat je dengan kampung ayah. Tapi sebab nak jalan-jalan ngan kawan-kawan, saya on je. Planning sehari sebelum berangkat. Sebenarnya memang idea nak pergi dengan housemate ni muncul selepas kitorg balik Panching. Lepas tu masing-masing susah nak bagi komitmen atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. At last, kami berempat, saya, Kak Diha, Kak Nani da Kak Dila pergi jua :)
6 Mei 2010


Kami berjalan-jalan sampai ke Kemaman. Siap ke Zoo Kemaman lagi tu.
7 Mei 2010



Pekan Bandar Di Raja. Selalu sebenarnya singgah Pekan untuk solat di Masjid Pekan bila peralanan balik ke Kemaman dari JB. Tapi masa praktikum di Kuantan adalah beberapa kal ke Pekan. Sebab pergi rumah Kak Dibah. Pertama sekali pergi rumah Kak Dibah sebab mak dia jemput makan. Yang ke-2 melawat anak saudaranya yang baru lahir. Yang Ketiga- membeli belah di pasar pagi. Yang ke-4 pergi pulangkan mesin basuh.
8 Mei 2010.


Berjalan-jalan di sekitar di padang MPK 1. Singgah solat maghrib di Masjid Negeri Pahang.Selepas itu berposing di depan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah. Huhu...gila posing betul kami masa saat-saat akhir meninnggalkan Kuantan.
9 Mei 2010



Taman Gelora. Makan malam dengan pelajar yang rapat dengan Kak Nani. Kak Nani dengan budak-budak i dah macam member dah. Ko aku je dorg tuh. Cipoh, Haziq dan Syafiq. Cipoh dan Haziq tu adik beradik. Kami kenal ayah dorg sebab ayah dorg coach bola tampar sekolah.



Itulah tempat-tempat yang saya dapat lawati semasa berpraktikum di Kuantan. Dala m4 bulan yang sibuk tu, sempat juga saya berjalan. Bila belek-belek gambar ni macam tak sangka pun ada juga. Mungkin sebab saya dapat housemate yang juga kaki jalan terutamanya Kak Diha. Pantang sebut mesti pergi. Cuma tak sampai ke Tasik Chini je lagi.... Tak sempat.. Kebetulan dapat kawan sekepala... Tu yang menjadi tu.

Sunday, April 18, 2010

Pendakian Bukit Pelindung


Hari ini saya bangun pagi dengan berkobar-kobar nak siapkan lesson plan. Selasa ini Dr. Bakar nak datang untuk observation kedua.

Semalam seharian kepenatan balik mendaki Bukit Pelindung. Saya menjadi cikgu pembimbing untuk bola tampar yang pernah saya ceritakan kenakalan mereka. Seramai 2 orang guru pembimbing dan 10 orang pelajar permainan bola tampar saja yang boleh dibawa.



Seawal 7 pagi dah keluar rumah nak ke sekolah. Sampai je sekolah berkumpul dan naik bas. Saya naik bas old skool ... hahaha.. fresh air. Ada 4 bas semua sekali.

Dalam 7.45 bas pun bergerak ke arah Tok Sera. Kami pun mula mendaki dalam kul 8 lebih kalau tak silap saya. Pendakian bermula dengan melalui jalan bertar dengan kecuraman lebih kurang 60 darjah. Mula-mula jalan dengan Kak Nani, tengah-tengah naik bukit tu saya dah tinggalkan Kak Nani dan Kak Zita di belakang dan saya mendaki dengan 2 anak murid bola tampar, Aiman dan Haziq dan seorang anak cikgu Khoo yang berusia lebih kurang 5 tahun yang sangat tembam.

Anak cikgu Khoo ini kalau bercakap dia akan berbahasa inggeris. Lawaklah bila saya mendengar Aiman atau pun Haziq menjawab soalan budak kecil itu. Berderai-derai peluh si kecil itu dan nampak dia sangat letih. Dan dia hanya nak pegang tangan Aiman jer semasa mendaki. Tangan orang lain dia tak mahu. Jadi saya tukang bawa beg dan air botolnya yang besar itu untuk mengurangkan bebannya.

Haziq dan Aiman yang memegang si kecil.
Aiman ini pelajar pendidikan khas inklusif. Slow learner student. Tapi hebat main bola tampar.

"We re climbing this mountain. How we want to go down?" Si kecik bertanya.

"We will rolling-rolling." Aiman jawab dengan slumber.

Hahahah. Kamu ni Aiman...

Kamu semua yang mendaki tersalah jalan sebab menaiki tempat pencawang telefon. Terpaksa pusing balik dan menyelusuri denai-denai kecil.

Semasa di denai ini , saya mendaki bersama Kak Nani balik. Aiman dan budak kecil itu sudah di depan bersama botol airnya yang besar. Beg masih pada saya. Kali ini saya menjadi cikgu yang menjaga di bahagian belakang. Juga bersama beberapa orang pelajar bola tampar. Dila, Hazman, Darwisy, Haziq dan Syafiq. Kena ada juga cikgu di bahagian belakang. Bukan apa... faham-faham je lah budak laki ni. Mereka kan suka mengeluarkan asap...

Tak lama lepas itu Haziq sudah menjadi pendukung anak Cikgu apa entah... saya tak ingat nama. Anaknya kecil dalam 2 tahun setengah kot. Pendaki paling muda... heheh.

Haziq yang mendukung si comel.

Dalam pukul 10.30 kami telah selesai mendaki. Kami turun di Telok Cempedak. Inilah kali pertama saya mendaki .... hahaha.

Suatu benda yang saya bangga dengan budak bola tampar ni. Walaupun pada mulanya nama-nama mereka diragui untuk turut serta sebab kenakalannya. Tapi akhirnya kamu semua banyak tolong cikgu-cikgu. Tolong bawakkan anak-anak cikgu. Bagus....

Dalam perjalanan pulang.Suatu benda yang saya terkenagkan... kalau dulu saya yang dijaga... sekarang saya yang menjadi penjaga... huhu... dah lain peranan.



Wednesday, March 31, 2010

*Panching*Sungai Lembing* Gua Charas*

Minggu lepas, hari sabtu ada hari PIBG dekat sekolah. Balik sekolah, petang itu saya tidur senyenyak-nyenyaknya selama 3 jam...hahah. Penatlah sangat kononya walaupun tugas saya hari itu adalah menyusun semula atau mengemas kerusi.

Malamnya adalah plan nak pergi Panching. Tapi macam plan sure tak sure gitu. Mula-mula buka topik, dalam duduk plan-plan kami melencong topik lain. Jadi tak ada kesimpulan untuk program itu jadi ke tidak...

Esokkannya, pagi-pagi masak nasi goreng. Masa itu tak sure lagi nak pergi ke tak...

Kak Dibah: Kite ni jadi tak nak pergi Panching ni?
Kak Diha: Jom, packing makanan. Kita pergi makan kat sana.



Panching. 28 Mac 2010.


Makanan-makanan yang dimasak dan dibawa. Nyum-nyum!



Setelah selesai mandi yang lebih kurang sejam kami berendam. Kami pun naik dan makan-makan. Cuaca mendung masa itu. Renyai-renyai. Tapi sekejap saja. Lepas itu mula panas balik. Packing barang dan kami menuju ke Sungai Lembing.


Melawat Muzium Sungai Lembing yang suatu ketika dulu terkenal dengan aktiviti melombong.






Antara bahan pameran.

Berehat sebentar di laman muzium sebelum ke destinasi seterusnya.


Destinasi seterusnya ialah Gua Charas. Sesampai saja di kawasan ini kami rasa maam kami makhluk asing. Sebabnya di situ kawasan India. Tempat ibadah mereka. Disebabkan nak naik ke gua itu memerlukan kami mendaki dengan tinggi mengikut anak tangga. Kami batalkan, lebih-lebih lagi tempat di situ agak kurang sesuai untuk kami semuanya perempuan dan muslim. Selai daripada badan yang dah letih bermandi manda dan penat posing.


Kamipun pulang dan singgah solat di masjid IM sebab berhajat nak pergi makan. Pergi ke ECM dan bersantap di Black Canyon. Balik.... lepak... lentok ...terus zzzzzzzzzzzzzzzz....

Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih Haniem & Dr. Zubir

Alkisahnya perjalanan saya tiga hari di Kuantan. Bertolak tengah hari Isnin. Bas ke Kuanntan. Sampai pukul 8 malam di Kuantan. Haniem bersama suaminya, Zubir dah tunggu kat stesen bas. Rasa bersalah juga sebab sepatutnya Dr. Zubir nak pergi hospital , nak finding case Haniem kata. Huhu... tapi ssebab kami dan sampai lewat, mereka ubah plan kot. Terus pergi ke Tok Sera tengok kawasan sekolah Fana sebab nak tunjuk jalan kat kami yang akan ke sana esok memandangkan kami semua ini sangat tak biasa dengan bandar Kuantan. Kawasan sekolah Fana ni dekat sangat dengan Teluk Cempedak (TC), kami pun singgah di TC. Bersantai sambil makan aiskrim.Selepas pada itu terus pergi makan dekat Indera Mahkota 1 (IM1) kalau tak silap. Malamnya kami bermalam di rumah Haniem.


Hari kedua pagi-pagi lagi telah dijamu dengan mee goreng dan keropok lekor. Selepas makan terus pergi sekolah. Fana yang drive kereta Haniem. estinasi pertama SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Masa ini perut saya dah kecut. Takut nak jumpa pengetuanya. Lama juga menunggu giliran, biasalah pengetua sibuk.Setelah lama menanti dengan kecut perut saya dan Haniem masuk. Lama juga berurusan, terangkan itu ini. Jumpa sekali cikgu fizik sekolah. Kemudian ke sekolah Fana, SMK Tok Sera. mengambil masa dalam 15 minit dari sekolah saya. Selesai semua urusan sudah jam 1. Sampai rumah dala 1.15. Solat dan berehat sebentar. Lepas itu sama-sama memasak dengan Haniem. Kami di jamu sotong masak merah , ayam goreng dan sayur lemak serta budu. Akhirnya, Fana suka budu. Dulu kalau makan nasi kerabu, Fana selalu cakap dia tak suka budu.


Sekolah praktikum saya dekat dengan UIA

Sepetang mencari rumah di IM1, IM2, IM3,IM6 dan IM8. Tapi tak jump, akhirnya dekat-dekat pukul 7 kami pulang. Malamnya kami dibawa makan di Tanjung Lumpur. Terima Kasih Haniem & Zubir atas belanja makan besar di Restoran Mail itu! Naik segan saya dan Fana.

Rabu itu kami pulang. Sempat sarapan dan makan tengah hari. Tengah hari itu kami di jamu udang masak lemak, ikan goreng, ulam tomato dan budu. Tengah hari itu Haniem dan suaminya hantar kami ke stesen bas dan membekalkan kami satar sebab Fana teringin sangat nak makan. Sekali lagi rasa bmenyusahkan ...huhu..


Terima Kasih Haniem dan Zubir! Semoga Allah memurahkan rezeki kalian!

Wednesday, June 24, 2009

Percutian Pulau Perhentian

Percutian ke Pulau Perhentian pada 9-11 Jun 2009. Sebenarnya percutian ke Pulau Perhentian ini adalah ganti kepada Family Day Office ibu di Pulau Tioman yang kami terpaksa batalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Jadi, sebagai ganti kami ke Pulau Perhentian dengan saudara-mara yang dirancang saat-saat akhir yang berkebetulan menyebabkan kami boleh pergi ke majlis perkahwinan Kak Ya di pihak perempuan dan pihak lelaki di Kelantan. Keluarga saya, keluarga Che Ngah, keluarga Che Ma, Ayah Su, Tok Wan, Che Mah & Aina.

Disebabkan peristiwa ni dah lama berlaku, jadi dah tak berapa nak ingat. Jadi layan je lah gambar....

8 Jun 2009
Bermalam di Kuala Besut supaya pergerakan ke Pulau pada 9.6.2009 dapat dilaksanakan seawal mungkin. Chalet pilihan=Taman Azimos Chalet.



9 Jun 2009
Bergerak ke Pulau Perhentian di awal pagi. Menaiki bot laju di jeti Kuala Besut. Pengalaman menaiki bot laju yang menyeronokkan. Sebabnya first time naik speed boat. Sebelum ini ke Pualau Tioman dan Langkawi menaiki feri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Petang itu setelah puas bermandi-manda dan berendam, saya berkayak bersama Aina, sepupu terakrabku. Inilah pengalaman pertama berkayak. Sebelum ini ada peluang nak berkayak tapi tak terasa nak berkayak. Sejak jadi orang yang aktif ni suka sangat nak cuba benda baru! Huhu.


10 Jun 2009

Bergambar kenang-kenangan sebelum snorkeling. Berkobar-kobar ni nak snorkeling. Jam 8.30 am dah keluar dari chalet ke tempat ini untuk bergerak ke kawasan snorkeling.

Bot ini membawa kami ke 5 tempat snorkeling. Tempat ikan, coral, penyu dan ikan yu. Tapi kan... saya turun kat tempat pertama je...tempat coral dan ikan...ngeh2. Saya takut! Dengan kedalaman air lebih kurang 15 kaki. Dan saya yang tak pandai berenang. Kebetulan masa saya terjun yang pertama tu rasa nak tenggelam, menyebabkan saya takut dah nak turun ke tempat yang kedua ,ketiga dan seterusnya. Walaupun saya turun tempat pertama je, saya dapat juga tengok batu karang dan ikan yang bewarna-warni. Masya-Allah.. cantiknya hidupan dalam lautan.


11 Jun 2009


Perjalanan pulang yang sangat mendebarkan kerana sewaktu perjalanan kami pada jam 2, hujan lebat baru sahaja berhenti. Jadi, laut sangat bergelora. Dua kali driver terlepas tangan dari stereng botnya. Bot asyik terangkat dan air sentiasa terpercik sehinggakan basah kami di atas bot. Berbeza dengan waktu pergi.

Demikianlah percutian yang menyeronokkan walaupun terseksa sikitlah time tidur sebab kami ni ramai...

Insya-Allah next entry gambar-gambar pemandangan di Pulau Perhentian...Internet slow. Tak boleh upload banyak-banyak.

Wednesday, January 21, 2009

Mandi Manda Kalumpang 2

Ahad lepas saya berisitirehat di Kalumpang. Ini kali ke-2 ke Kalumpang. Kali ini bersama classmate. Seramai 9 orang. Fana, Shud, Cu, Haniem, Syikin, Mas, Wana, Yana & Eah.


E. N. J. O.Y. Walaupun assignment dah berderet menunggu giliran untuk disiapkan.

Idea datang daripada Wana & Mas. Pakat-pakat rancang. Bagi-bagi tugasan. Miss Wana & Miss Mas tukang buat air sebab mereka tingggal di kolej. Miss Yana tukang goreng sardin. Miss Haniem chief chef untuk masak nasi goreng. Miss Eah co chef. Miss Fana, Mis Cu, Miss Shud & Miss Yana jadi pembuat sandwich. Miss Shikin pembawa kek pisang. Kami yang tinggal di luar ni berkumpul di rumah Haniem dan masak di situ. Shikin yang tinggal di Kolej Zaaba pun berkumpul di rumah Haniem. Maka berangkatlah kami ke Kalumpang menaiki Avanza Pak Tam seramai 9 orang....

Sampai lebih kurang jam 9. Best sebab tak ada orang. Jadi pilih tempat yang paling best dan letak barang.
Dan bersiap-sedialah kami untuk berendam. Semua kecuali Cu terus terjun ke dalam air. Masuk air kejap je lepas itu naik atas balik sebab perut lapar. Makan-makan. Lapar. Semua jadi sedap. Masuk air balik. Masa ni Shud & Cu tak mandi. Kami berendam puas-puas. Sedap air sejuk. Tenang dan nyaman. Bersembang sakanlah kami dalam air sehingga melupakan assignment . (*_~)


Pukul 12 naik duduk lepak-lepak sambil makan. Lepas itu salin baju. Masa ini orang dah ramai sebab dah lepas zuhur. Pukul 2 dah tunggu PakTam. Tapi Pak Tam lupa so dekat pukul 3 juga baru sampai rumah.

Balik letih...tidur~~~~~~ zzzzzzzzzz!

Terima kasih kekawanku :)

Saturday, January 10, 2009

Ice Skating

Ice Skating??? Huhuhu.... Malaysia sekarang tengah musim hujan bukan winter tau! Hehehe... Walaupun tak pergi study ke negara 4 musim, saya berkesempatan juga untuk meluncur di atas ais. Tapi kena bayarlah. Meluncur ais di Sunway Pyramid Ice.

Khamis baru ni (8/1/09) saya, Cu, Fana dan Shud bergumbira berjalan-jalan makan angin. Kami berempat tak ponteng kelas pun sebabnya hari khamis hanya terdapat slot makmal dalam jadual kami. Dan amali di makmal akan bermula pada minggu kedua.

Perancangan sepenuhnya dibuat pada hari Rabu sebelumnya. Shud telah meng'google' cara-cara untuk pergi ke Sunway Pyramid. Manakala Fana & Cu bersemangat menelaah kedai-kedai yang terdapat disitu serta kedudukannya. Saya??? Saya natural jer, tidak se'excited' mana dan kebetulan malam tu tak sihat sebab selsema. Jadi saya biarkanlah mereka meng'google' segala macam maklumat. Bermula daripada cara-cara nak ke Sunway Pyramid dari TM, harga tiket untuk Sunway Pyramid Ice, kedai-kedai baju, alat digital dan makan.

Perjalanan kami bermula jam 7.15 pagi ke pekan TM untuk sarapan dan kami menaiki Bas Ekspres Transnasional tepat jam 8 pagi.

Bas Ekspres : TM - KL (Masjid Jamek) - RM 7.30
LRT Putra : Masjid Jamek - Kelana Jaya -2.30
Bas Rapid : Stesen LRT Kelana Jaya- Sunway Pyramid - RM1.00

Sampai di Sunway Pyramid lebih kurang jam 10.30 pagi. Masuk sahaja di pintu utama kami terus ke map nak tengok kat mana Sunway Pyramid Ice tu. Tak sempat kami teliti map tu lagi, kami terus disapa oleh petugas kaunter pertanyaan. Petugas tersebut memberi tahu arah lokasi yang kami tuju.

Sampai di Sunway Pyramid Ice, saya dah beritahu awal kat Cu, Fana & Shud; saya nak tengok dorg sahaja , saya tak nak main. Saya tak berhajat nak masuk sebab tu saya tak se'excited' mana malam sebelum pergi tu. Saya rela tunggu dorg kat luar. Tapi, Cu, Fana & Shud suruh saya masuk juga. Masa di kaunter pembayaran Shud terus bayar untuk 4 orang. Jadi, saya pun masuk. Harga seorang untuk masuk pada weekdays ialah RM 13. Tapi pada weekend menjadi RM18 dan RM21 pada school holiday.

Tangan dah menggigil, bukan sebab sejuk, tapi takut. Saya takut!!! Berkali-kali saya cakap tak nak main!!! Shud pula berkali-kali cakap jom main. Cu & Fana sungguh bersemangat nak main sebab dorg kata masa tengah study ni lah ada masa nak mencuba. Memang betul pun, nanti bila dah jadi cikgu, rasanya dah tak ada masa dengan kawan-kawan macam ni. Masa dah jadi cikgu nanti pun mesti dah tak da masa nak pergi melainkan school holiday, yang mana segala macam pakej percutian menjadi mahal apabila tiba musim cuti.

Setelah dipakaikan tag di tangan, kami scan dan masuk. Terus pergi ukur saiz kaki untuk pakai kasut. Simpan barang. Pakai kasut. Pakai glove & stokin. Ready!!!



Orang tak ramai sebab pagi lagi dan hari Khamis. Jadi, kami perlahan-lahan masuk. Fuuuh! Memang licin. Hehehe... Seorang demi seorang daripada kami masuk dan merasakan kelicinan ais tu! Kami berpegang pada cermin dinding. Seorang demi seorang kami keluar. Hahaha! Tak sanggup! Takut woo! Sungguh licin.

Fana & saya pun masuk ke dalam semula. Cu pun ikut sekali. Shud tunggu di luar sahaja, masih takut. Percubaan kali kedua saya. Saya pun memberanikan diri ber'skate' di atas ais. Segala ilmu masa main roller blade dulu digunakan semula. Alhamdulillah! Saya dapat akhirnya ber'ice skating'. Saya pun memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh Cu & Fana supaya dapat stable dan bergerak. Cu & Fana pun mencuba, dapat buat sikit-sikit. Setelah satu pusingan bersama Cu & Fana, saya mengajak Shud pula. Shud juga dapat bergerak sikit demi sikit seterusnya menghabiskan satu pusingan.

Akhirnya... saya yang penakut pada mulanya tak nak main berasa sangat seronok! Best!!! (*_*). Berkali-kali saya pusing. Cu hanya sekali sahaja, dia menunggu kami sahaja selepas itu. Shud juga Fana beberapa kali juga mengelilingi 'padang ais' itu! Seronok... Pengalaman baru yang saya dapat. Meluncur di atas ais!


Tiba-tiba rasa teringin sangat nak main roller blade macam dulu-dulu. Dulu pun saya pinjam roller blade abang saya, Din. Masih saya ingat, saya mula-mula main roller blade Din. Saya pakai roller blade tu dan berpegang kuat pada tiang dan bergerak di sekelilng tiang. Bila dah rasa yakin sikit saya mula bergerak dari satu tiang ke tiang lain. Bila dah pandai bergerak dan brek saya main dengan bebasnya seorang diri di corridor rumah. Banyak kali terjatuh dan tersungkur. Tapi tak luka hanya lebam-lebam sahaja. Masa tu main pakai padding kat siku dan lutut. Helmet je tak pakai ;p

Main roller blade ada sikit-sikit persamaan dengan ice skate. Ada sikit perbezaan juga.Bezanya: Main roller blade dulu atas lantai jubin. Ice skating atas ais. Roller blade ada 4 roda tersusun panjag selari dan di hujung atas belakang roda ke-4 ade getah untuk brek. Ice skate tu tak beroda, hanya besi panjang macam pembaris@ pisau panjangnya. Masa main roller blade dulu kecik lagi, sekarang dah besar lagi lebar ;p

Sesiap rasa nak tahu lanjut tentang Sunway Pyramid Ice. Boleh layari laman web Sunway Pyramid.

Thursday, November 27, 2008

Habis Perjalanan

Pagi 22 November, seawal 7.30 pg sy n Along dah bergerak menuju ke Kemaman. Sejam kemudian sudah sampai di depan rumah tok wan di Kemaman. Perjalanan ini merupakan perjalanan terjauh yang pernah Along drive.

Pagi tu jer dah makan nasi dagang. Sebenarnya dah breakfast kat Kuantan. Tapi biasalah, tok wan ku yang sangat mengambil berat, belikan juga nasi dagang. Huh...lepas rindu nak makan nasi dagang. Masa kat kampung ni lah, puas makan. Makan gulai kawah,sambal belacan, ikan bakar, mee rebus Mek Ani, dan kuih-muih sarapan pagi. Kesian perut.... seolah-olah diseksa. Hahaha...

Hari Ahad lebih kurang jam 10.30 pagi bergerak semula ke Kuantan. Sy & Along jalan2 Kuantan. Pergi meronda East Coast Mall jer :) Macam shopping complex biasa je. Malam tu kitorg g East Coast Mall lagi, nak makan pizza. Dan ingatkan nak beli Big Apple Donut utk breakfast pg Isnin tape terlupa pula selapas perut kenyag dgn pizza n spaghetti. Huhuhu....




Keesokannya seawal jam 7.30 pagi da keluar rumah menuju ke Stesen Bas Kuantan. Along hantar otw die nak g kerja. Bas nak ke JB jam 10 am. 2 jam di stesen bas diisi dengan menghabiskan bacaan Majalah i.


Teman sepanjang perjalanan.

Bas Mara Liner. Bas ni berhenti ambil penumpang di Stesen Bas Muadzam Shah & Segamat. Lebih kurang jam 4 petang sy tiba di Skudai. Ayah jemput lebih kurang jam 4.30 dan terus ke UTM utk jemput ibu pulang. Alhamdulillah.... berakhir perjalanan saya.

Kalaulah saya lelaki, saya rasa mungkin saya akan kuat merayap. Seronok.... sy sukan berjalan dan melancong. Kalau tengok blog kawan2 yg study over c ... seronok sungguh tengok dorg berjalan-jalan time cuti.

Wednesday, November 26, 2008

Kisah Ke Kuantan

Paper instrumen agak mengecewakan. Namun hati sy melonjak gembira kerana berakhirnya tempoh tekanan utk semester 5. Sungguh... sy tak suka pada tekanan yang berat. Walaupun sebenarnya tekanan itu baik utk memajukan diri. Bacalah entry ustaz Hasrizal tentang tekanan : klik sini. Setiap kali sy ditimpa tekanan yang menstresskan kepala, pasti badan jadi panas seterusnya selesema datang dengan dahsyatnya. Sampai tak boleh nak buat kerja... harapkan kuatkan hati tak melayan sgt selesema tuh. Kawan2 sudah sedia maklum sy akan selesema setiap kali sebelum test ataupun exam dan akan sembuh setelah habis test atau exam. (selesema mengada2 namanye (*_*) )

Lepas salam2 kawan sekelas (sikit jer gurlz dlm klas ni ... 11 org jer) sebelum bercuti pjg. Trus memecut balik dan kemas barang yang sebenarnya sudah dikemas.

Call Pak Cik Kamarul, tanya boleh tak ambil pukul 1.50 pm, malangnya tak boleh sebab blum habis solat Jumaat. So tukar plan, keluar rumah kul 12.45 pm. Smpai stesen bas, trus bli tket ke KL jam 1 pm. Tanya kat kaunter Transnasional n Mara Liner ade tak tiket KL- Kuantan, dua-dua kaunter da abis. Fuh! Ramai gak org nak g Kuantan rupenye. Tiket nye pula tak sebyk tiket KL-JB. Sy ke Kuantan nak g rumah kakak sy yang sudah bekerja sbg dentist di Kuantan. Kenapa sy beria sungguh nak pergi? Sebabnya, Along ajak datang, Along berada di Kuantan utk tempoh setahun shaja dan sem depan saya akan busy sebab sem preparation sebelum praktikal. Plus... sy teringin nak balik Kemaman nak makan nasi dagang...hahaha... makanan dan saya tak dapat dipisahkan :P

Tukar plan lg, kena g Pekeliling. Sebelum ni memang pernah tanya Shud cara2 nak ke Pekeliling dr Pudu dan benda yg sama Along mesej. Naik STAR LRT turun kat Titiwangsa.

Sampai Pudu pun dah agak lewat. Lbih kurang pukul 2.45 pm.... Sepatutnya sejam sahaja, tapi jam pulak KL tgh ari Jumaat tu. Naik atas solat zuhur dan jamak dgn asar. Pastu trus g kat kaunter tiket LRT, beli tiket dan naik tren menghala ke Sentul Timur. Tiket nak ke Titiwangsa RM 1.20 jer :)

Sampai Pekeliling terus turun ke hub bus Pahang. Aim nak beli tiket Bulan Restu, sebab Along ckp bas tu laju n best.... tapi tak de rezki....penjual tiket syarikat tu ckp tiket ke Kuantan hari tu punya da abis. :( Berjalan-jalan sambil mencari tiket, tanya kat kaunter2. Terjumpalah tiket paling awal ke Kuantan jam 6 ptg.


Call Along nak tanya boleh tak, tp Along x dpt agkt lak sebab Along dalam confrence kat UIA Kuantan. Along mesej suruh tanya ayah. Takut ayah risau. Hahaha...dengan keyakinan padu yang ayah bg, sy pun beli je tiket tu. Plusliner; KL-Kuantan: 6pm, 21 Novemeber 2008, Seat no :7 E. Lagipun masa tu dah nak dekat pukul 4pm. Sy dah lenguh berjalan dengan beg laptop digalas belakang n beg besar dijinjing di tgn. Nak ke Pudu balik pun rasa tak larat. Lebih-lebih lagi kalau bertembung org keluar office ptg tu kat dalam tren. Alang-alang dah sampai Pekeliling tu, baik sy teruskan niat nak g Kuantan.


Credit to flickr.


Lebih 2 jam sy kat Pekeliling. Nasib baik ada bawa Majalah i . Jarang beli majalah sebenarnya. Tapi kadang-kadang beli juga bila dah hujung2 sem. Persiapan utk baca masa transit kat KL sementara tggu bs JB :)

Menyampah betul orang smoking kat dlm pondok2 berteduh tu. Dah lah kite kat dalam tu nak berehat dr keletihan. Bau pula asap rokok yg busuk lagi berbahaya. Pening kepala bau asap rokok + cuaca panas + keletihan berjalan. Memang rasa berat kepala dah masa tu. Rasa tak sabar sangat nak naik bas. Boleh rehat sikit duduk dan berhawa dingin.

Tengah2 baca majalah dengan khusyuknya... Angkatlah muka pandang sekeliling. Rehatkan mata yang terlalu lama memandang objek dekat. Tiba2 terpandang seorang mak cik sedang berdiri dengan beg besar. Mak cik yang dah tua yang mungkin seusia tok wan. Huhuhu... dalam hati sebenarnya berat juga nak bangun dari kerusi yang sy tgh duduk tu sebab kepala sy pun pening + berat. Sy pun toleh org sebelah2 , takut2 ada yg sudi nak bg tempat duduk. Terfikir juga... entah2 makcik tu dah lama diri kat situ sebab orang sekeliling wat slumber je time sy tgok dorg. Sy pun bangun dan senyum kat mak cik tu. Panggil mak cik tu duduk. Mak cik tu pun duduklah sambil mengucapkan terima kasih. Mak cik tu mcm nk bersembang. Tapi sy seperti biasa... tak de kemahiran nak komunikasi dgn org tua. Mak cik tu tanya, sy jawab sepatah jer :) Huhu... communication skill ngan org tua tak de! Sy pandai seyum je :)

Dalam pukul 5, miscall ayah. Then, ayah call balik. Cakap yg saya naik bas pukul 6pm. Ayah okay jer. Sebelum naik bas aku g beli sebotol air mineral dan asam. Kesemuanya berharga RM 2.50. Pukul 6pm da kat dalam bas.

Rupanya ada lagi bas utk perjalan jauh yg masih guna seat 2+2. Biasanya balik JB 2+1. Duduk sebelah seorang akak yang sedang amik KPLI kat Institut Bahasa. Akak tu peramah sembang gak lah sikit2. Biasalah bakal guru jumpa bakal guru. Adalah topik yang boleh disembangkan.

Pukul 9.30 baru sampai kat stesen bas Kuantan. Bas tu berhenti berehat kat RnR Maran 10 minit jer. Tapi bas tu slow. Letih rasa duduk dalam bas yg slow ni. Apa yang dapat sy rasakan surface jalan LPT tak sesmooth PLUS. Biasanya kalau naik bas balik JB, tak terasa pun terlambung2 mcm nk ke Kuantan. Kalau naik kereta memang tak rasa, baik LPT atau PLUS.



Sampai je Along dah tunggu dgn MYVI die. Dalam kereta tu ada Kak Nani & Kak Pah. Lepas tu sy pergi mengisi perut dgn Along kat restoran yg dekat je ngan rumah die. Jalan kaki je. Plan keesokkannya nak balik kampung ayah kat Kemaman. Along nak drive setelah ayah bagi permision. Ayah kata kalau confident dan cuaca okay, bawak lah.

Bersambung.... pjg sgt da n3 ni.

p/s : hp sy tak canggih lah. So saya tak amik gambar pun. Tunggulah sy berkemampuan nanti, boleh la sy beli p yg canggih manggih :) tangkap gambar banyak2. Hehehe... masa jln tu sy tak bw digi cam sy. Huhu!

Wednesday, November 12, 2008

* GS* (*_*)

Tinggal lagi satu paper lagi utk final exam sem 5 ni! Paper Basic Instrumentation. 8 hari lagi...jadi rehat2 dululah yer (*_*).

Kali ni nak cerita tentang makan, makanan, saya dan kekawan.

Sy suka berjalan ke blog2, membaca n3 yg ditulis drpd yg ilmiah sampailah ke blog diari kehidupan seharian. Dalam perjalanan sy, sy singgah di blog adik Kak Neeza. Terbaca tentang satu n3 restoran yg best kat TM. Haish .. teruja sangat nak pergi! Restoran Garden Seafood atau nama ringkasnya kitorg panggil :GS.

Sy pun apa lagi , p la btau Fana & Shud (roomate+classmate) ttg keterliuran sy tgok mknn tu dlm blog. So, dgn sepakatnya sy, Shud, Fana & Cu plan nak gi. Geng2 sy ni giler2 skit bab makanan ni.... Tp, dorg tak pe badan maintain, sy jugalah yg terlebih sihat. Huhuhu.

Maka dengan menelefon teksi, kitorg pon sampailah di sini pada 13 Oktober 2008. Tengoklah betapa dahsyatnya kitorg, walaupun tak de kereta, sanggup called teksi semata-mata utk g makan! Taktaulah kalo ade kereta, mmg lagi pjg lah langkah kami!

Layan gambar jelah....
Inilah Restoran Garden Seafood....Ada tanda Halal Jakim.
Dekat kaunter pun ada show Sijil Halal JAKIM.


Menu yang ditempah:
TOM YAM, HONEY SOTONG, SWEET N SPICY PRAWN & DUMPLING MAN TOA. Sweet n spicy prawn tu mmg best. Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan dicicah Dumpling Man Toa .
Memang Lazat!






Tak sampai sejam, makanan yang terhidang sudah licin! Alhamdulillah .... kenyang perut :)
Bila perut penuh, hati pun gumbira!





Yang bertambah sedapnya sebab masa pergi makan hari tu Miss Fana yang belanja. Thankz Fana... Maceh bbyk! Moga kau murah rezki lg, boleh belanja kitorg lg :P

First time g pd 13.10.2008. Masa tgh tulis n3 ni baru pulang dari Garden Seafood. Hari ini 12.11.2008. Sebulan sekali tuh!



Sunday, July 27, 2008

Mandi Manda Kalumpang




Kesempatan dan ruang masa yg ade pd awal sem ni telah aku manfaatkan ke Kalumpang. Sebenarnya bukan banyak sgt masa yg ada memandangkan asgmt da semakin byk, tapi kerana rasa hati untuk meliburkan diri pd weekend. Aku, Anis, Fana, Shud & Cu telah bermandi-manda di Sg. @ Air Terjun Kalumpang.

Idea nk ke Kalumpang dtg hari Isnin sebelum tu. Dan akhirnya kami merancang utk membawa bekalan makanan dan mandi-manda di sana. Memandang nak g hari Sabtu pagi, so ktorg kenalah beli brg2 nk msk utk g picnic kan. So pg jumaat tu ktorg g Pasar TM utk beli2 brg.

Sabtu tu seawl 7 pg da turun dapur utk msk bekalan. Menunya : nasi goreng & sosej. Disebabkan Cu x duk serumah.... Cu ditugaskan wat sandwich & bancuh air oren.

Lbih kurg kul 845am (awalkan ?... semangat nk picnic...huh) , taxi sapu(prebet ~~dunno how to spell) dtg amik ktorg. Ktorg naik kete Abg Edi. Pjlnn tu mkn masa lbih kurg 20 minit. Kalumpang ni terletak kat daerah Hulu Selangor.

Ktorg gi kat tempat yg free punye. Bukan kat Kalumpang Resort o Pasir Putih Resort. Sampai je kat cni terkezut tgok coz ramai sgt guyz... dorg camping. Takut gak... n Abg Edi teman ktorg hntr smpai kat air terjun tu... memandangkan nk ke c2 kena lalu kwsn camping tue. Tp lps tu Abg Edi balik la... tggl la ktorg ber5. Ktorg pun bergerak la ke atas lg... nk cari port baik punye. Jauh dr grup yg camping tu.

Ntah cam mne ... mmg dugaan. Betapa sukarnya pencarian kami... Sukarnya sebab kami nk ke batu2 yg kat tgh air terjun tu. Fana da kat port tu... dah terlanjur sebab seliper die hanyut ke c2. Tp nk ke sana tu ktorg kena basah pulak. Memandangkan ktorg bwk brg n ade certain brg tu bharga cam hp n dgcam n bakul mknn. So kitorg x ley la redah air terjun.

Ttbe grup guyz yg camping tu dtg... Uwaa... cuak tau! Sbb dorg ni kbykknnya berantai n bergelang... Shud kate kat aku ala2 mat rempit. Tp, lps tu nmpk gak mcm ade yg baik. Coz ade yg cam nk tlg. =)

Aku n Cu patah balik g naik jmbtn gantung utk smpai ke tmpt Fana...tp jauh ckit kne pusing, while Anis n Shud stay kat tmpt ktorg tsgkut coz tkut guyz tu wat pape kat Fana kalo ktorg tggl kan die sorg kat tgh batu yg die terkandas tu. Alhamdulillah... evrything is okay.

Mls nk cter pjg2... akhirnye dgn kesukaran tu ... ktorg bjaya gak dpt port yg best =)

Ape lg.... bermandi manda la kami di sini sambil mkn mknn yg best...hahaha! Bayangkan berendam dr kul 10 lbih till hampir kul 1. Air die mmg sedap... sejuk dan bersih. Suasana aman n fresh.


Kul 2 lps da siap slin bju, called Abg Edi amik. Smpai umah lbih kurg 2.30. Anis, Fana n Shud trus tumbang tdo lps tu. Letih sgt! Ak lak da kul 5.30 tu bru terasa nk tdo... Mlm tu hujan...lg syiok tdo!

Hari ini bgun tdo...sumer rase skit urat2 dan sendi2... Uwaaaaa! Hari ini gak bru sedar byk sgt asgmt kne setelkan. 3 lab repot, 2 pnulisan ilmiah n projek bja kompos yg msih d tgh jln.

p/s:lmbt update ttg Kalumpang ni sebab igtkan nk edit dlu pic, tp letih mencari free dwld utk adobe photoshop n x jmpe... so pos je la n3 ni tanpa byk pic... insya Allah... ade ksmptn pic akn di masukkan kmdn.

Wednesday, July 16, 2008

Suka Suki Genting




Emmm...rasanya da lama juga tak update blog aku ni...tak tau nape...akhir2 ni lbih mint membaca drpd menulis.... blog hopping dr 1 blog ke blog yg len... sampai letih n malas nk update blog sendiri!

Lagipun sem baru je bermula....maka byk lah dapat asgnmnt...kbykannya kena submit dlm tgh blan 8 nanti...fasa pertama asgnmnt besenya kena hantr dlm minggu ke 5-7.... dan fasa kedua asgnmnt kebiasaannya kne hntr dr mggu 10-14. Jadi skrg baru warm up nk wat asgnmnt! WARM UP je tau!



Disebabkan baru nak warm up...weekend yg lps aku n 3 org kwn (Cu, Fana & Shud) aku telah sampai ke Genting Highland. Sabtu lepas-12.7. Bertolak dr TM seawal jam 6.30 pg. Dan sampai kat Pudu sejam kemudian. Terus ke Pasar Rakyat utk amik pakej. Kalo kat Pudu , tak ditawarkan pakej, hanya jual tiket shj. Nk amik pakej kat Kl Sentral..tkut da abis...sbb ramai naik dr sana. Utk menjimatkan duit kami , kami amik la pakej...RM 42 utk all parks + bas g n balik + skyway!

Bas ke genting bertolak 8.30 am dan smpai kat Genting Skyway tu kul 9.30 am. Genting Skyway ni merupakan kete kabel yang terlaju n dan melalui jrk 3.4 m yg juga merupakan kete kabel terpanjang di Asia Tenggara. Yg menggelikan hati, masa mula2 cable car tu bergerak , Shud menjerit dgn kuat yang teramat sgt sbb ketakutan n tgn die Shud sejuk sgt. Aku pun mula2 tu rse gak kecuakkan tp kejap je...lps tu OK. Lebih kurg setgh jam dlm cble car tu smpailah kat atas. Mmg syiok la kete kabel tu! Adventure btol kalo tgok kabel tu punye kecerunan! Hehehe!

Pusing2 ... jumpalah kaunter nk masuk outdoor! 1st sekali kitorg naik spinner! Fuuuh!... memang best...rasa melayang ! Mula2 tu kecut gak perut...tp pastu rse best ...dpt main buai terbang tinggi...hahaha!

Lepas turun drpd tu...Cu n Fana dah tak mau main bnde lain ....da takut...huhu! Aku n Shud ok lg... lg pun bukannya selalu dpt rse cm ni! Pastu kitorg naik cyclone..beratur pjg jugak...sbb hari Ahad! Ktorg naik ber4 stu kete tu! Shud jd org pling kuat menjerit...hahaha! Turun2 je drpd tu Shud ckp "malunye aku....jerit pling kuat...aku rse org len x jerit cam aku!" Fana n Cu da tobat tak mo naik yg thrill nye mainan!



Dlm taknak2 naik tu...kitorg ber4 main lak pirate ship! Kitorg duduk asing2 mse ni...sbb tmpt ber4 da pnuh... Muka Cu mse tu sttg dgn muka Shud... Shud ckp die nmpk muka Cu cuak gler! hahaha!

Lps drpd tu...mmg btul2 Cu n Fana tobat tak mo main yg thrill lg! Jd tggl aku n Shud je la. Bnde2 ni tak bley dipaksa2...karang ape2 hl jd sape mau tanggung! Jadi kitorg berpisah! Aku n shud nak g main flying coaster... tp flying coaster kena byr RM 10 lg... so cancel main...sbb yg free pnye pon x abis main. Aku tgok flying coaster mmg syok la! Aku n Shud decide naik space shot! Punyalah pjg beratur...mau dkt sejam. Masa beratur tu aku da rase takut da...sejuk gler tgn! Da la kat sne mmg sjukn ktorg x bw bju sjuk! Nak patah balik rase rugi sbb da beratur pjg. Naik space shot ni lah yg aku rse kecut perut sgt. Memang rasa melayang! Mula2 mase naik tu steady lg ... mse die turun tu... YA ALLAH... aku kate dlm hati kalo la aku mati kat sni ...mati katak aku jwb nye! Tapi b4 ak naik tu aku da mengucap da...takut mati! Huhuhu!



Itulah antara yg ktorg naik....ade lg ...tp karang berjela2 pulak n3 aku!

Lepas pd tu kitorg g solat n masuk Indoor Theme Park kat First World Plaza. Kbtulan kat c2 ada wat sale. Beselah pmpuan ni...pantang nmpk S. A. L. E... mesti teruja... tp ak juz bli t shirt lengan pjg je-RM 15 utk pkai g psr n libry kat TM ni... Kwn2 ak yg len bli t shirt n sluar jean...so dorg overbudget la kan!Hahaha! Naik kete kabel balik kul 5 n smpai kat Bangunan Skyway bwh tu jam 5.30 pm. Ade sejam lg utk naik bas. Jadi , kitorg ronda2 kat c2... ada byk gak la kedai...

Kul 7.30 smpai Pasar Rakyat balik. Jalan kaki g stesen LRT kat Jln Hang Tuah naik LRT ke Plaza Rakyat... Smpai Pudu solat n minum2. Kul 9 naik bas. 1st time aku naik bas 2 tgkt...slama ni kalo ak blik JB ak slalu naik bas Mara Liner je...x de 2 tgkt! Kali ni aku duk atas n dpn skali. Best sbb dpt tgok pmndgn luas n wktu mlm ni cuaca redup. Smpai TM kul 10.

Sampai je rumah Shud ckp: Rasenye nk g lg la!... Ko nk x ?