Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label hasil karya. Show all posts
Showing posts with label hasil karya. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Dipersia


Saya Tuhan cipta,
Menjadi hamba-Nya,
Punya cukup pancaindera,
Dikurnia akal yang sempurna.

Malangnya saya,
Hamba-Nya yang murka,
Pancaindera yang cukup dipersia,
Akal yang sempurna diambil lewa.

Maka,
Salah siapa?
Sayalah si durjana,
Durjana pada dirinya,
Mempersia kurniaan Dia.

Friday, October 9, 2009

Labuhkan Pada Tempatnya


Labuhkan ia pada yang hak,
Jatuhkan ia pada yang halal,
Membajainya aku dapat pahala,
Menikmatinya mengalir ketenangan dalam diri.

Jangan labuhkan pada yang batil,
Padanya ia jadi haram,
Padanya bertambah dosa,
Menambah noda hitam penggelap hati.

Berikan kekuatan,
Dalam mentadbir,
Sekeping yang suci lahirnya.

Ya Allah...
Berikan kekuatan kepada wanita akhir zaman ini.


Sunday, July 19, 2009

Diam Itu Indah

Pemandangan malam di Pulau Perhentian Kecil ketika bercuti pada bulan Jun yang lalu.






Di simpan.

Di susun rapi.

Dibiarkan segalanya diminda.

Dilipatkan segalanya di dalam hati.







Bicara tapi pada siapa.

Aku manusia tak percaya manusia.

Aku juga tak mahu aib berterbangan.

Tapi aku bukan manusia sempurna.





Aku lapar dan dahaga.

Sekeping hati yang memahami.

Meleraikan selirat yang merata.

Sepasang telinga setia.

Menadah deria segala adu domba.






Alam dewasa ini mengajar aku.

Betapa perlunya menjaga.

Sebuah tutur bisa merobek hati.

Seungkap kata mampu menyiat jiwa.

Sekilas pandangan mampu mengundang benci.





Akhirnya aku akur.

Diam itu cantik.

Simpan itu indah.

Maka diam dan simpan itu solusinya.

Biar ia perit meratah ketenangan diri.





Kerana percaya DIA yang Maha Kuasa.

Aku adu. Aku cerita. Aku menangis.

Aku sujud penuh pengharapan kepada DIA.

Kerana DIA memahami segalanya.....

Sunday, February 1, 2009

Kehidupan Sebuah Pinjaman

Saya sudah mula sibuk. Sibuk sungguh. Sangat sibuk. Kerana sekarang sudah bulan Febuari. Ada tugas yang menuntut untuk disiapkan. Program di sekolah. Kem Fizik. Projek bawah subjek. Subjek Perancangan & Perlaksanaan Kurikulum Fizik. Insya-Allah di sekolah teknik di Perak. Sungguh banyak yang perlu dibereskan sebelum 13 Febuari 2009. Bukan segi teknikalnya sahaja perlu diambil kira. Pengisian kami juga tentang ilmu fizik untuk mengajar pelajar sekolah. Banyak sungguh tanggungjawab. Semua itu perlu dilangsaikan.

Untuk tidak membiarkan blog ini sepi tak bersuara. Saya rakamkan sebuah suara tak berbunyi. Suara hati terhadap kehidupan ini...



Kehidupan sebuah pinjaman,
Keindahannya hanya sementara,

Keperitannya juga hanya seketika.


Kehidupan sebuah pinjaman,

Namun aku leka,

Alpa dengan nikmat.


Kehidupan sebuah pinjaman,

Namun aku lupa,
Asyik merintih atas dugaan.


Kehidupan sebuah pinjaman,
Kehidupan ada mula akhirnya,
Kehidupan sebentar cuma,

Kehidupan yang fana.



Sunday, September 7, 2008

Daerah Ramadhan


Ramadhan,
Kau tetamu yang kunantikan,
Kau tetamu yang kusambut datangmu,
Kau tetamu yang menghilangkan resahku.

Ramadhan,
Dalam daerahmu kutenang,
Daerahmu menyusur diriku,
Ke mustaqim kehidupan ini.

Ramadhan,
Dalam kelana dunia ini,
Hitam selalu mengubah laluanku,
Putihmu lantas memanggilku,
Mengalurkan ke laluan mustaqim.

Ramadhan,
Aku damai dalam barakahmu,
Aku bahagia dalam daerahmu,
Aku dambakan kekuatan iman,
Aku dambakan kekuatan taqwa,
Moga hadirku ke daerahmu,
Bukan hadir tanpa makna,
Moga hadirku ke daerahmu,
Hadir yang pulang penuh bermakna.


Wednesday, August 13, 2008

Rasa Itu Ada


Rasa itu ada,
Dirasai untuk dinikmati,
Rasa pada jiwa,

Nikmat pada hati.

Rasa itu ada,
Dirasai dengan pedih,
Rasa pada jiwa.
Pedih pada hati.

Rasa itu ada,
Dirasai dalam bahagia,

Rasa pada jiwa,
Bahagia dalam diri.

Saturday, July 19, 2008

Warna - Warni Kehidupan


Putih itu suci,
Hitam itu tekad,
Biru itu haru,
Hijau itu damai,
Kuning itu kuasa,
Merah itu waja.

Semuanya warna,
Indah bukan?
Ekspresi melalui warna,
Ungkap sahaja,
Apa yang indah,
Apa yang gundah,
Apa sahaja!

Warna itu keindahan,
Hidup tanpa warna,
Umpama hidup tanpa keindahan!


Tuesday, July 8, 2008

Sajakku dulu2!


Persahabatan itu indah. Semalam aku mempunyai kesempatan melawat blog2 kwn2 aku, stlh hampir seminggu alam internet ini disebabkan bz menyiapkan repot ros dan berkemas utk pulang ke UPSI semula.

Dalam lwtn aku di blog2 rakan dan beberapa blog yg aku selalu singgah. Tetiba smlm ak dikejutkan dgn satu n3 di blog shabatku SAJIDAH. Mula2 masa aku baca :

Sebuah puisi daripada seorang sahabat, sewaktu saya di kelas darjah 6 Pintar. Sajak ini hadir sebagai pemujuk hati ketika saya dilanda konflik dgn seorang teman.


Hati aku da berdebar da mse tu. Ish.... ntah2 sjk aku.... scroll ke bwh lg....... tup.... yang simpati ,RAIHAH..... glup... terdiam.... malu sbnrnye....tulisan tu hasil tulisan mse berumur 12 thun....jd ayt2nye ntah ape2...dan mse tu aku tulis utk sorg sahabat yg tgh diuji oleh NYA dlm melewati erti persahabatn...aku tulis ats dsr rasa simpati pada seorg sahabat...ape yg tertulis itu sebenarnya sebuah luahan rasa daripada seorang sahabat kpd seorang sahabat.

Mula2 baca tu rasa malu dan terjerit seorg diri. Malu yg teramat sgt... Lbih2 lg blog Sajidah ni boleh dikira mempunyai ramai pengunjung setia... Malu, kalo2 ada kwn2 lme yg bace.... Uuuwaaaaaaaaaa..... mmg malu. Bila fikir2 balik.... lantaklah... tu mse aku kecik dlu....ade jugak kenangan yg masih tersimpan.

Aku syg sbnrnye.... syg pd zmn pnulisan ak. Kalo mse kat skolah rdh dlu, aku agak aktif menulis. Antaranya sempena hari merdeka, persaraan guru besar dan beberapa aktiviti lain. Tp satu pun aku x simpan.

Ak copy paste dr blog Sajidah.


KHAS BUAT SAJIDAH

Teman
Hidup ini bagai bahtera di lautan
Perlu melawan gelora yg datang
Tanpa ketabahan hati
Impian ‘kan binasa

Teman
Sabarlah menempuhi dugaan
Sesungguhnya ia mengajar insan
Erti kehidupan hakiki

Walaupun kita sedih kerana seorang insan
Namun
Ia kerana satu persahabatan
Ingatlah
Hidup ini pasti ada cabaran
Lebih-lebih lagi dalam persahabatan
Ia akan bertemu dan berpisah
Pada akhirnya.....

Yang Simpati
-----
(RAIHAH)

Inilah satu2nya hasil tulisan aku masa dulu... Ini sahaja yg masih tersimpan.

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru utk guru2 di Malaysia terutamanya cikgu2 yg prnh mendidik aku. Hari ini 16 Mei... sambutan hari guru seluruh Malaysia. Dedikasi khas utk guru-guruku...

Terima kasih cikgu,
Cahaya yang kau suluhkan,
Kukuh menerangi kehidupan aku,
Membuatkan aku menjadi manusia,
Cahaya itu masih menerangi kehidupan ini.

Terima kasih cikgu,
Atas segala marahmu yang penuh azimat,
Atas teguran yang tak pernah lekang di bibir,
Atas amanat yang terus-terusan kau beri.

Terima kasih cikgu.
Pada rotan yang setia di tanganmu,
Pada tangan yang sering mencubit,
Pada mata yang memberi isyarat.

Terima kasih cikgu,
Atas ketabahanmu mendidikku,
Terima kasih cikgu,
Atas lelahmu mengajarku,
Terima kasih cikgu,
Atas keprihatinanmu utk membentukku,
Terima kasih cikgu,
Atas segala bakti yang kau curahkan.

Terima kasih cikgu,
Jasamu tak terbalas,
Hanya ucapan terima kasih,
Mampu ku ucapkan.

TERIMA KASIH CIKGU!


Raihah Rosli
Johor Bahru.

Tak sempat aku nk mengayat lebih2...adik aku nk gune tenet lak. So sikit ayat2 cincai kulakarkan sebagai mengenang jasa2 guru yg prnh mndidikku.

Wednesday, March 26, 2008

Bahagia


Desir ombak menghempas,
Suara bayu menyapa,
Aroma masin laut melewati,
Suasana sisir pantai,
Nian tenang,
Menggamit rasa hati,
Membawa ke bahagia.

Deadaunan gugur,
Bertebangan menari,
Bersama nikmat bahagia,
Lalu,
Hanya sisa yang berbaki,
Sisa kepahitan yang harus diharungi,
Sisa hitam yang harus ditelan,
Sisa bisa yang harus dihidu.

Kembalilah mekar wahai bunga,
Bunga semerbak harum,
Bunga seindah rupa,
Bunga yang mekar mewarnai alam,
Baktimu amat kudambakan.

Raihah Rosli : 9.30 PM


Tuesday, March 25, 2008

Mata


Hati meronta berbicara,
Lidah kelu untuk berkata,
Raut wajah menyimpan seribu makna.

Tapi...

Mata tak pernah menyembunyi,
Mata tak pernah meyelindungi,
Mata senantiasa jujur melahirkan rasa,

Mata sentiasa tulus dalam berbicara.

Namun...
Rasa mata tak mampu dibaca,

Bicara mata takkan difahami,
Oleh makhluk yang buta hati dan rasa.

Raihah Rosli : 25.03.08

Friday, March 21, 2008

Tegar




Ya ALLAH ya tuhanku,
Aku bukan insan kuat menghadapi dugaan,
Aku bukan insan yang lemah tersadai dengan cabaran,
Aku insan biasa yang KAU ciptakan,
Aku insan yang KAU uji.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Kurniakan aku ketabahan,
Sebesar Gunung Uhud,
Berikan aku kekuatan,
Sekeras butiran mutiara.
Limpahkan aku dengan rahmat MU,
Moga aku tegar meniti ranjau.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Aku redha dengan ujian yang kuterima.
Namun,
Kurniakan aku,
Nikmat sabar kala menampuhinya.


Raihah Rosli : 5.50 pm : 21 Mac 2008






Tuesday, March 18, 2008

Ketenangan



Aku mahukan ketenangan itu,
Yang telah lama hilang,
Aku mahukan kedamaian itu,
Yang telah lama pergi.

Aku rindukan masa itu,
Aku sayangkan masa itu,
Aku cintakan masa itu.

Rindu pada masa hati damai kerana NYA,
Sayang pada setiap detik kulalui hanya untuk NYA,
Cinta pada masa hatiku setulus cinta untuk NYA.

Ya!
Aku rindu,sayang dan cinta saat itu,
Saat hatiku bersih dan suci,
Saat hatiku hanya untuk Yang Maha Kuasa.

Ya ALLAH...
Bimbinglah hambamu yang lemah,
Sering alpa dan leka,
Kembali pada MU.


Raihah Rosli : 4.17 pm: 18 Mac 2008