Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label anak murid. Show all posts
Showing posts with label anak murid. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Mereka Anak Didik Pertamaku...

Akhirnya terupdate juga blog ini. Kali terakhir update awal bulan 5 lalu. Sungguh sibuk menghabiskan sisa-sisa terakhir praktikum dua minggu yang lalu. Sekarang sudah di rumah menikmati cuti. Bila dah free macam ini saya teringatkan anak-anak didik.

4 bulan tempoh yang panjang sebenarnya tapi tak terasa kepanjangan tempoh waktu itu bila dikenangkan kembali.

Masih segar meeting semasa ROS, untuk mengetahui kelas yang bakal diajar semasa praktikum. Bila mengetahui bahawa pihak sekolah tidak memberi kelas Fizik, sedikit sebanyak mengundang kecewa. Menambahkan rasa sedih bila mengetahui kelas yang bakal diajar bukanlah terdiri daripada kelas depan. Sepatutnya pihak sekolah memahami status kami sebagai cikgu praktikum yang baru belajar dan masih terikat dengan beberapa peraturan. Redha dengan ketentuan dan percaya setiap kejadian punya hikmah tersembunyi :)

Seawal bermulanya praktikum, tekanan demi tekanan terasa. Yang paling nyata adalah isi kandungan subjek sains tingkatan 2. Jauh berbeza dengan apa yang aku pelajari masa di universiti dulu. Mungkin orang kata " alah , subjek form 2 je pun". Memang nampak mudah. Tetapi isi kandungan sains form 2 itu saya patut sampaikan kepada pelajar melalui kaedah pembelajaran yang telah saya belajar. Yang menjadi permasalahnnya ialah kaedah yang saya belajar di u dulu banyak mengaitkan dengan cara pengajaran fizik bukan sains teras lebih lebih lagi topik biologi dalam sains tingkatan 2 ini. Lama-kelamaan masalah itu dapat diatasi dan tak saya nafikan sering juga saya menggunakan kaedah pengajran tradisional... chalk and talk (cume zaman sekarang pakai marker).

Sewaktu berhubung dengan pensyarah yang akan menilai saya, Dr. Abu Bakar. Saya menyatakan kepada Dr. untuk observe kelas 2 Rajin bukan 2 Jujur. 2 Jujur sukar itu dikawal kerana 2 Jujur merupakan kelas yang bukan di depan juga bukan di tengah. Dr. bersetuju. Namun begitu, bukan segala kemahuan kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah telah menentukan untuk kedua-dua observe saya menagajar 2 Jujur. Kelas yang membuatkan Dr. sendiri geleng kepala.

2 Rajin kelas ketiga. Pelajarnya berkebolehan. Ada potensi untuk masuk ke kelas depan. Saya seronok mengajar kelas ini. Alhamdulillah... saya boleh bezakan riak muka mereka sama ada faham atau tidak. Ada respond setiap kali di soal. Excited setiap kali buat eksperimen. Hanya saya tak tahan dengan segelintir pelajar lelaki. Dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua yang rosak. Kenakalan mereka mengganggu sesi pembelajaran. Membuatkan saya rasa kasihan kepada pelajar-pelajar yang mahu belajar. Gaangguan dalam sesi P&P. Kadang-kadang kenakalan mereka sehingga ke tahap biadab. Cuma saya malas nak terlalu marah. Mereka sudah besar dan wajar tahu menghormati guru.




2 Jujur kelas keenam. Kelas yang juga menguji kesabaran saya. Setiap kali berakhirnya sesi pembelajaran, saya sedikit kecewa kerana objektif pembelajaran selalunya tidak tercapai. Kawalan kelas amat sukar untuk kelas ini. Bermacam cara hingga ke akhirnya saya agak berputus asa. Yang mahu belajar, belajar. Yang tidak mahu belajar saya tak tahu nak buat apa. Bila ada kelapangan seperti waktu relif, saya suka bersembang dengan mereka. Saya faham mengapa mereka kebanyakannya nakal tak terkawal. Sedikit sebanyak faktor keluarga mempengaruhi.





Sekali lagi saya diuji apabila saya mengetahui bahawa saya adalah guru pembimbing untuk sukan bola tampar yang saya sendiri tidak pernah tahu menahu akan peraturan permainan ini. Tanggung jawab tetap tanggung jawab. Amanah dipikul, setiap petang Isnin saya akan terpacak di gelanggang untuk menjaga pelajar berlatih. Pelajar berlatih bersama coach mereka, saya hanya pemerhati. Pelajar bola tampar adalah pelajar yang nakal-nakal sebab dahulunya guru pembimbingnya adalah guru disiplin yang akan menrik pelajar-pelajar yang bermasalah dan berkebolehan bermain bola tampar.

Baik ke mereka, manja ke mereka, nakal ke mereka, biadab ke mereka.... Mereka adalah anak didik saya. Insan-insan yang terus membakar semangat saya untuk terus dalam profesion pendidik. Insan-insan yang telah melukiskan warna-warni kehidupan selama 4 bulan praktikum di daerah Kuantan. Insan-insan yang kini saya rindui telatah mereka. Insan-insan yang akan saya doakan kejayaan mereka...

Tuesday, April 27, 2010

23 tahun 1 minggu

"Happy birthday to you.... happy birthday to you.... happy birthday to cikgu Raihah" suara pelajar-pelajar 2 Jujur bergema di dalam kelas mereka pada 21 April tempoh hari. Mereka menyanyikan lagu tersebut sebelum saya melangkah masuk ke kelas mereka untuk mengajar Sains. Segan saya berdiri di luar ketika itu tapi dalam masa yang sama saya terharu dengan mereka. Bersungguh dan kuat sekali nyanyian mereka.

Pada petang itu, semasa pertandingan persahabatan bola tampar di Seri Mahkota, pemain-pemain perempuan bola tampar sekolah yang terdiri daripada 4 org pelajar cina... mengucapkan birthday secara berempat dengan aksi mereka yang comel di tepi gelanggang.

Inilah pengalaman pertama... mendapat ucapan birthday dari anak murid. Tidak kiralah ia ucapan nyanyian ke, aksi comel ke, ucap secara individu ke, ucap walaupun dah terlewat ke.. Terima kasih anak-anak muridku...

Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan semua yang mengingati serta wish bithday saya... Thank you :)

Usia saya sudah memasuki 23 tahun. Semakin kurang usia di dunia. Suatu renungan yang kadang-kadang saya lupa untuk memikirkannya. Lagi-lagi bila keadaan sibuk begini.

'Bekerja umpama hidup seribu tahun lagi, beramal umpama nak mati seketika nanti'


"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi."
Maksud Surah An-Nisa ayat 57
[4:57]


Tuesday, April 20, 2010

Observation-2

Pengalaman observe kali ke 2 ini sungguh beharga. Kali ini saya tidak melakukan eksperimen seperti observation yang pertama. Tapi masih kelas yang sama iaitu 2 Jujur.

Tajuk yang saya ajar hari ini adalah subtopik 4.2 Interactions Between Living Organisms. Jadi saya sediakan aktiviti untuk dilakukan pelajar.




Sebelum sesi kelas bermula lagi saya sudah ke kelas 2 Jujur. Minta izin dengan cikgu waktu sebelumnya kebenaran untuk keluar awal lima minit. Macam-macam pelajar tanya kepada saya.

Cikgu, pakcik tu datang lagi ker?
Bukan pakcik, itu pensyarah saya, panggil Dr.

Cikgu Dr. Sheikh Muzafar ke datang?
Haish~~~ kamu ini.


Bermacam-macam lagi pertanyaan mereka. Saya abaikan sahaja. Saya terus bergerak ke makmal. Berdebar sudah waktu ini.

Sesi pengajaran saya mulakan dengan baik. Cukup sekadar gambar sebagai set induksi. Stimulate students idea by shown 2 pictures. Tanya pelajar apa yang mereka faham daripada gambar.

Baiklah pelajar... kita tengok interaksi simbiosis. Simbiosis terbahagi kepada tiga. Saya terangkan yang pertama dulu. Okay interaksi apa yang pertama?

Mutualisme...

Betul. Mutualisme is interaction between 2 organisms which both of the organism will get benefit. Dalam bahasa melayunya, mutualisma ialah interaksi antara 2 organisma di mana kedua-dua organisma yang berinteraksi itu mendapat untung.

Cikgu..... interaksi tu macam mana?

Interaksi tu macam hubungan.

Contohnya disini... sea anemone and hermit crab. Sea anemone get free transportation while hermit crab get protection.... bla... bla...bla.

Ok, jadi sea anemone dan hermit crab kita panggil dia hubungan apa?

Hubungan bersetubuh cikgu.

Ya Allah .... saya tak ajar kamu itu. Kamu ni.... Sea anemone & hermit crab interaksi mutualisme... bla...bla..bla. (panas sungguh saya masa ini).


Saya pun terus mengajar... Macam-macam perangai yang mereka lakukan. Saya bersabar... Saya bersyukur.... Masih lagi terkawal walaupun mereka melakukan pelbagai aksi.

Saya pun teruskan pengajaran ke bahagia aktiviti. Aktivitinya ialah Jigsaw Puzzle. Saya cuba memudahkan sedayanya sesuai dengan kebolehan pelajar. Tengah-tengah buat aktiviti. Saya pun bertanyakan kepada pelajar dalam satu kumpulan yang dalam masa yang sama Dr. Bakar juga sedang berada di kumpulan tersebut...

Okay , interaksi apa yang dilakukan ni? ..... hubugan ape ni?

Hubungan sulit cikgu!

Hubungan sulit ke tu? Itu kamu dah nampak.... bukan hubungan sulit lagi lah... (haish~~~ budak2 ni... memang sengaja nak wat aku marah!)


Bla...bla...bla... habislah 2 wktu mengajar.

:: Saya sangat penat. Semalam saya keluar rumah pukul 7 a.m hingga 7 p.m. sebab ada perlawanan persahabatan bola tampar perempuan selepas waktu sekolah di Sri Mahkota. Balik sudah malam bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut::

:: Hari ini juga masih penat. Lepas Dr. Bakar observe, saya bekejar-kejar solat zohor dan bergerak untuk perlawanan persahabatan bola tampar lelaki. Sampai rumah pukul 8 malam::

Sunday, April 18, 2010

Pendakian Bukit Pelindung


Hari ini saya bangun pagi dengan berkobar-kobar nak siapkan lesson plan. Selasa ini Dr. Bakar nak datang untuk observation kedua.

Semalam seharian kepenatan balik mendaki Bukit Pelindung. Saya menjadi cikgu pembimbing untuk bola tampar yang pernah saya ceritakan kenakalan mereka. Seramai 2 orang guru pembimbing dan 10 orang pelajar permainan bola tampar saja yang boleh dibawa.



Seawal 7 pagi dah keluar rumah nak ke sekolah. Sampai je sekolah berkumpul dan naik bas. Saya naik bas old skool ... hahaha.. fresh air. Ada 4 bas semua sekali.

Dalam 7.45 bas pun bergerak ke arah Tok Sera. Kami pun mula mendaki dalam kul 8 lebih kalau tak silap saya. Pendakian bermula dengan melalui jalan bertar dengan kecuraman lebih kurang 60 darjah. Mula-mula jalan dengan Kak Nani, tengah-tengah naik bukit tu saya dah tinggalkan Kak Nani dan Kak Zita di belakang dan saya mendaki dengan 2 anak murid bola tampar, Aiman dan Haziq dan seorang anak cikgu Khoo yang berusia lebih kurang 5 tahun yang sangat tembam.

Anak cikgu Khoo ini kalau bercakap dia akan berbahasa inggeris. Lawaklah bila saya mendengar Aiman atau pun Haziq menjawab soalan budak kecil itu. Berderai-derai peluh si kecil itu dan nampak dia sangat letih. Dan dia hanya nak pegang tangan Aiman jer semasa mendaki. Tangan orang lain dia tak mahu. Jadi saya tukang bawa beg dan air botolnya yang besar itu untuk mengurangkan bebannya.

Haziq dan Aiman yang memegang si kecil.
Aiman ini pelajar pendidikan khas inklusif. Slow learner student. Tapi hebat main bola tampar.

"We re climbing this mountain. How we want to go down?" Si kecik bertanya.

"We will rolling-rolling." Aiman jawab dengan slumber.

Hahahah. Kamu ni Aiman...

Kamu semua yang mendaki tersalah jalan sebab menaiki tempat pencawang telefon. Terpaksa pusing balik dan menyelusuri denai-denai kecil.

Semasa di denai ini , saya mendaki bersama Kak Nani balik. Aiman dan budak kecil itu sudah di depan bersama botol airnya yang besar. Beg masih pada saya. Kali ini saya menjadi cikgu yang menjaga di bahagian belakang. Juga bersama beberapa orang pelajar bola tampar. Dila, Hazman, Darwisy, Haziq dan Syafiq. Kena ada juga cikgu di bahagian belakang. Bukan apa... faham-faham je lah budak laki ni. Mereka kan suka mengeluarkan asap...

Tak lama lepas itu Haziq sudah menjadi pendukung anak Cikgu apa entah... saya tak ingat nama. Anaknya kecil dalam 2 tahun setengah kot. Pendaki paling muda... heheh.

Haziq yang mendukung si comel.

Dalam pukul 10.30 kami telah selesai mendaki. Kami turun di Telok Cempedak. Inilah kali pertama saya mendaki .... hahaha.

Suatu benda yang saya bangga dengan budak bola tampar ni. Walaupun pada mulanya nama-nama mereka diragui untuk turut serta sebab kenakalannya. Tapi akhirnya kamu semua banyak tolong cikgu-cikgu. Tolong bawakkan anak-anak cikgu. Bagus....

Dalam perjalanan pulang.Suatu benda yang saya terkenagkan... kalau dulu saya yang dijaga... sekarang saya yang menjadi penjaga... huhu... dah lain peranan.



Monday, April 12, 2010

Sibuk-----sibuk-----sibuk----

Haih.... dah bersawang dah blog ni... Sibuk3x. Apa boleh buat ... masih dalam praktikum. Kadang-kadang banyak cerita dalam kepala yang nak dicoretkan di dalam blog ni lebih-lebih lagi kisah anak-anak muridku. Tapi masa itu tak ada. Lenyap lah cerita itu tanpa dicoretkan.

Sudah tiga kali hujung minggu saya di sekolah. Yang pertama ada hari PIBG. Minggu yang kedua ada Minggu Pengurusan Koko yang saya bertindak sebagai fasilitator. Dan yang terbaru minggu ketiga ada Kem Pengakap meskipun saya seorang guru Pamdu Puteri tapi atas nama cikgu praktikum maka ia wajib. Hujung minggu ini saya akn mendaki Bukit Pelindung bersama anak murid bola tampar saya. Dan 2 minggu lagi mungkin saya kena menyertai Perkemahan Pendidikan Khas. Sibuk.....sibuk.

Pengurusan Koko



Untuk aktiviti koko, saya diberi menjadi guru untuk Pandu Puteri, Seni Budaya dan Bola Tampar. Ketiga-tiga itu bukan bidang saya. Antara ketiga-tiga itu saya paling aktif dalam bola tampar meskipun saya manusia paling naif di gelanggang bola tampar. Pasukan bola tampar sekolah ini agak aktif. Pelajar akan menjalani latihan setiap hari dan saya ditugaskan menjaga pelajar pada hari Isnin. Pelajar-pelajar akan dilatih oleh coach khas mereka yang merupakan bapa kepada pelajar sekolah ini.

Mula-mula jaga pelajar bola tampar dulu, saya diam saja di tepi court sambil tengok mereka berlatih. Lama-kelamaan ada juga pelajar yang berani bertegur, mengusik, perli, gurau dan mengenakan saya. Majoriti pelajar bola tampar ini bermasalah kerana guru pembimbing dulu iaitu Cikgu Fatimah merupakan cikgu disiplin yang berjaya menarik minat pelajar-pelajar ini ke arah sukan. Faham-faham je lah budak nakal ni macam mana kan.

Rentetan kisah saya dan bola tampar.
~Sedih dapat tahu dapat jadi guru bola tampar.
~Redha kena jaga setiap petang Isnin.
~Datang setiap pettang Isnin dengan muka toye.
~Pelajar bola tampar dikaitkan dengan masalah semburan pemadam api ke kolam ikan.
~Pelajar bola tampar berselisih faham antara mereka atas perkara yang dikaitkan.
~Pelajar-pelajar berselisih faham menceritakan masalah. Seorang demi seorang pada waktu yang berbeza. Ada yang panas baran, ada yang selenga, ada yang nak selamatkan diri. Aku dengar saja.
~Saya yang tak da pengalaman menjadi kaunselor memberi nasihat apa yang patut dengan niat untuk mendamaikan mereka. Nasihat ala poyo-poyo.
~Sering diminta pelajar untuk datang ke sesi latihan mereka pada waktu petang sebagai guru bertugas meskipun bukan hari Isnin.
~Atas rasa ihsan, merelakan diri datang apabila diminta meskipun pada pagi Ahad.


Sekarang saya semakin rapat dengan pelajar bola tampar. Akan datang saya akn ceritakan pengalaman-pengalaman sepanjang jaga budak-budak yang agak nakal ini.




Wednesday, March 24, 2010

7 minggu

7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan berada di bumi Kuantan ini.

7 minggu lagi saya akan bergelar sebagai cikgu pelatih.

7 minggu lagi saya akan menabur bakti di sekolah praktikum saya.

7 minggu lagi saya akan berjumpa dengan anak murid yang saya sayang.

7 minggu lagi saya kena melayan pelbagai karenah anak murid yang pelbagai ragam.

7 minggu lagi saya dapat mendengar segala cerita, ketawa, lawak dan keluh dan kesah mereka.

7 minggu lagi saya dapat ajar, marah, bebel, cakap, jerit, geram, bengang dengan mereka.

7 minggu lagi saya akan menjadi pemerhati setia di gelanggang bola tampar setiap hari Isnin.



7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan duduk di rumah sewa di perumahan Bukit Rangin ini.

7 minggu lagi saya akan bersama housemate yang sentiasa menceriakan saya.

7 minggu lagi saya akan ke sekolah dengan Kak Nani.

7 minggu lagi saya dapat bersidang dengan mereka bercerita pelbagai kisah.

7 minggu lagi dapat menonton tv, makan bersama, dan berjalan-jalan bersama mereka.

7 minggu lagi saya dapat meronggeng dengan mereka.



Semuanya tinggal 7 minggu.

7 minggu yang sebenarnya tak kan kita sedari masanya berlalu.

Saya akan manfaatkannya di sekolah dan di rumah.

Saya akan menikmati setiap detik yang berlalu dalam 7 minggu ini.

Tuesday, March 23, 2010

Pengalaman Observe 1

Alhamdulillah.

Bersyukur kerana Allah berikan kemudahan ini.

Di'observe' seorang Dr. yang sangat baik.

Dr. Abu Bakar.

Sepatutnya saya kena observe semalam (Isnin) seperti yang telah di beritahu oleh Dr. pada hari Ahad. Manusia merancang, Allah menentukan. Dr. terpaksa batalkan untuk observe saya pada hari Isnin sebab ada pertukaran jadual di sekolah sebelumnya menyebabkan Dr. tak dapat datang pada tengah harinya ke sekolah kami. Berita itu kami tahu kira-kira jam 11.00 pagi. Waaa.. tensen juga sebenarnya sebab persediaan telah dibuat. Tapi, saya percaya Allah telah menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jadi saya telah di observe hari ini. Kelas yang di'observe' kelas 2 Jujur, kelas yang selalu cerita pelajarnya nakal-nakal itu. Kelas belakang. Saya memang takut pelajar tak terkawal, sebab itu masa kan Nani ngajar kelas mereka saya minta tolong kak Nani pesan pelajar-pelajar itu.

Agak kelam kabut juga sebab masa nak mula slide show Absorption of Digested Food, laptop tiba-tiba terpadam. Gelabah! Pulak tu powerpoint itu saya sava dalam window 2007 sedangkan laptop yang saya guna adalah window 2003. Jadi saya terpaksa guna slide Window 2003 yang belum di edit. Bertmabah gelabh, tapi cuba control. Nasib baik tiba-tiba Dr. minta izin nak pergi toilet. Lega saya rasa.

Alhamdulillah... pelajar-pelajar terkawal. Sangat berbeza dengan perangai mereka sebelumnya. Tapi masih ada yang main-main. Contohnya campur segala bagai solution atas meja. Saya tegur sahaja. Ada sampai penunu Bunsen terbakar. Gelabah lagi saya. Penunu Bunsen tu terbakar sehingga pelaras api dekat penunu bunsen pun hangit. Saya capai penunu Bunsen bawa lari ke tepi tingkap dan saya goyangkan dengan laju, dan alhamdulillah api terpadam.

Biasalah pelajar nakal. Kita kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Semua kumpulan berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki. Eksperimen habis pada waktunya. Sempat untuk masuk bahagian observation, discussion dan conclusion. Saya juga sempat untuk simpulkan pengajaran hari itu. Cuma masalahnya pelajar sukar untuk menjawab soalan. Kebanyakkan solan saya jawab sendiri. Ada juga solan yang student jawab sipi2, jadi saya kena promp hingga student dapat jawapannya. Tapi bila student dapat jawab dengan betul bila saya bertanya, suara saya akan terkuat berkata BAGUS sehingga Dr. Bakar dekat belakang pun tertoleh. Cikgu excited pelajar dapat jawab dengan betul.

Habis kelas, saya jumpa Dr. Alhamdulillah, comment yang membuatkan saya tersenyum. Terima Kasih Dr.

Alhamdulillah. Harapnya dapat buat yang lebih baik bila kena observe akan datang.

Monday, March 22, 2010

*observe 1*

Lagi 12 jam saya kena observe.

Akan di'observe' ole Dr. Bakar.

Tadi pukul 9 malam Dr. call bagi tahu esok dia akan sampai sekolah dalam pukul 11.

Kelas saya pukul 12.45 petang.

Kelas 2 Rajin.

Semoga semua okay!

Tak sabar nak habis observe!

Sebab nak rehat!

Eh... tapi petang ada latihan bola tampar!

Alamak... markah exam student tak kira lagi!

Pastuh nak key in markah lagi!!!

Uwaaaaa!!!!


Saturday, February 27, 2010

Ustazah?

KISAH 1: Cikgu Raihah tu usatazah ker?

Situasi 1 di dalam kelas. Sewaktu saya relief di kelas 5 Tekun:
Cikgu, cikgu ustazah ker?
Eh... tak lah. Saya cikgu biasa.
Cikgu apa?
Sains.
Ooooowwwhhh... ingat cikgu ajar agama. Kenapa cikgu pakai tudung labuh?
Ehhh... tak boleh ker?

Situasi 2. Kak Nani bersama student 5 Jujur.
Cikgu ajar ape?
English.
Cikgu yang lagi seorang tu ustazah ke?
Dia cikgu Fizik.


KISAH 2: Usatazah Siti Zaharah.

Sekarang saya dalam proses menyiapkan mural di dinding pagar surau sekolah. Membantu ustazah Siti Zaharah.

Sungguh saya tak sangka rupanya Kak Siti Zaharah pernah mengajar di SMK Taman Universiti yang saya cintai. Tapi saya tak sempat jumpa dulu sebab Kak Siti pindah masa tahun 1999 dan saya pula menjejakkan kaki ke sekolah itu pada tahun 2000. Cuma kami boleh berkongsi kisah yang sama. Tentang sekolah, tentang cikgu-cikgunya... ustazah Habibah, cikgu Zainal. ustazah Siti Maimunah dan beberapa orang lagi.

Pada saat dan ketika ini... saya amat merindui SMKTUN. Rasa nak sangat pergi sekolah itu...

Thursday, February 18, 2010

Kisah Cuti CNY



Hari ini baru ada kesempatan. Sibuk. Sabtu lepas balik JB dan sampai semula ke Kuantan hari Selasa. Dekat rumah memang tak surf internet langsung. Sibuk. Ada majlis.





Sejak semalam tidur dekat rumah Haniem. Teman Haniem sebab Zubir kena pergi Temerloh. Petang tadi Kak Dila dah naik bas pergi Tanjung Malim. Rabu depan Kak Dila fly pergi Korea untuk 6 minggu. Sunyi nanti. Berkuranglah kemeriahan suasana nak pergi dan balik sekolah. Dah lah semula jadinya saya memang malas dan sangat rasa tak seronok untuk pergi sekolah. Biasanya saya akan rasa gembira bila dalam kereta saja, bila sampai sekolah saya rasa amat tertekan. Keadaan sekolah, perangai anak murid dan banyak lagi karenah yang saya rasa sangat bosan! Tapi itulah kerjaya seorang guru...

Apa yang saya perasan, saya dah jarang online sejak praktikum. Kalau dulu balik kelas saya akan on laptop sampailah ke malam sambil membuat assignment. Tapi masa praktikum ini semuanya tak sempat saya buat!

Ada perkara yang lebih penting yang saya perlu dahulukan. Lesson plan dan bahan-bahan untuk mengajar. Sebab itu saya sangat kecewa bila student saya main-main, tak dengar cakap, biadab, tak buat kerja dan macam-macam lagi yang menyakitkan hati saya. Sedangkan saya dekat rumah lagi dah berfikir dan buat persediaan. Sampai nak tidur pun saya fikir lagi...

Saya percaya itu ujian dunia. Itulah yang selalu merasionalkan saya bila saya amat tertekan...



Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
[Maksud Surah Al-An'am-6:32]

Tuesday, February 9, 2010

Kisah 2 Yang Jujur

Sepatutnya hari ini saya kena observe oleh cikgu pembimbing (GP) saya iaitu Kak Ainiah. Tapi Kak Ainiah ada kerja di koperasi. Jadi GP saya masuk masa awal kelas saja. Saya kena observe esok.

Tadi kelas 2 Jujur. Kelas yang selalu buat saya pening dan geram dengan telatah mereka. Tapi tadi buat pertama kalinya saya keluar kelas mereka dengan perasaan lega dan mencuit hati. Saya percaya sedegil, senakal mahupun sepelik mana perangai mereka... mereka adalah anak kecil yang masih boleh dilentur.

Sebenarnya saya masih nak marah dengan pelajar tentang buku yang tak lengkap, kerja sekolah yang tak siap dan nota yang tak disalin. Tapi saya tak nak mood yang tak baik itu datang. Maka saya pesan dekat pelajar, saya akan bincang tentang buku yang dihantar itu hari Khamis ini. Semalam saya tanda buku mereka. Sangat mengecewakan! Lompong sana-sini. Penat tangan saya menulis " Please complete your work!" , " Where is tropism notes?", dan banyak lagi!

Hari ini kelas saya pada pukul 10.40-12. Sepanjang kelas masing-masing memberikan kerjasama yang baik. Semua sibuk nak menjawab sebab mereka nak coklat yang saya bawa untuk set induksi bab Nutrisi ini.

Dalam masa lebih kurang 20 minit, kebanyakkan kumpulan sudah siap buat eksperimen Iodine test, Benedict's test dan Millon's test. Kumpulan 2 ambil masa kurang dari itu. Semua kumpulan berjaya mendapatkan result yang sepatutnya. Jadi coklat itu saya bagi kepada kumpulan 2. Masa nak keluar lab, pelajar perempuan salam saya manakala pelajar pelajar lelaki sibuk nak makanan yang saya bawa. Roti kosong gardenia pun mereka nak, akhirnya saya bagi juga walaupun sebenarnya saya dah bajet roti itu untuk sampai sabtu ini sebeleum balik JB. Buah epal pun nak, tapi saya tak bagi sebab buah epal itu saya pinjam. Hahahah... kanak-kanak sungguh anak murid saya.

Keputusan untuk ujian Iodin, Benedict's dan Millon's

Balik dari kelas saya ke library (tampat duduk saya sekarang-saya akan ceritakan cerita tentang tempat duduk next entry). Shahrul tanya nak tak masuk 2 Jujur untuk relief. Memang pagi tadi saya ada pesan dekat kawan-kawan praktikum , siapa ada dapat 2 Jujur, bagi tahu saya sebab saya nak tegur mereka tentang kerja rumah dan buku. Tapi saya tak jadi nak tegur hari ini sebab kalau boleh saya nak teguran saya bermakna. Bukan bebeblan kosong, maka saya perlu rangka kan apa yang perlu saya cakapkan.

Tetiba saya teringat yang mereka tak siap salin prosedur eksperimen tadi di makmal. Saya suruh salin dirumah, mereka bagi alasan tak reti nak pasif kan ayat yang aktif. Maka saya rasa ini peluang baik walaupun saya ada kerja untuk tanda buku pelajar di library. Saya pun minta untuk ambil 1 waktu. Tapi, bila saya masuk kelas, nak ajar mereka pasifkan ayat akktif. Mereka tak nak sebab mereka cakap dah penat. Jadi, sebagai alternatif saya salin saja di papan putih dan mereka salin ke buku. Itu pun loghat lagi.... Haishh geram sungguh saya!!!

Doa yang tak putus-putus dari saya untuk mereka....


Saturday, February 6, 2010

Seminggu Berpraktikum

Ini ringkasan hari-hari saya berpraktikum. Saya mengajar kelas 2 Rajin dan 2 Jujur. Kelas yang ketiga dan keenam.

Hari pertama.
-2 Jujur-
Saya memulakan dengan sesi perkenalan ringkas. Saya perkenalkan nama serta beberapa peraturan saya dan denda sekiranya mereka melanggarnya. Terus saya mulakan sesi pembelajaran. Kelas ini di makmal. Kelas pertama ini saya sudah menghafal beberapa pelajar lelaki yang nakal. Terutamanya Aggil. Duduk di belakang dan asyik buat lawak bodoh. Dengan kuasa sebagai seorang guru saya suruh pelajar itu duduk di meja depan. Tapi setiap kali saya sibuk menulis di papan putih, dia akan pindah balik ke belakang. Kelas agak sukar dikawal. Saya terpaksa menjerit kalau tidak pelajar akan beritahu mereka tak dengar apa yang saya cakap. Satu teguran pelajar pada saya, " Cikgu kenapa muka cikgu ada warna hitam?". Rupanya kesan marker yang saya padam guna tangan telah saya sapukan di muka.

-2 Rajin-
Sesi perkenalan sama seperti 2 Jujur. Kelas ini lebih terkawal. Ada jugalah beberapa pelajar yang nakal. Itu normal. Kelas ini terdapat pasangan kembar. Kamal Hilmi dan Najib Hilmi. Dalam ini juga terdapat tiga pelajar pendidikan khas-2 pelajar slow learner dan seorang rabun yang teruk.


Hari Kedua.
-2 Jujur-
Hari ini buat eksperimen. Sepatutnya eksperimen ini pelajar buat minggu lepas. Tapi sebab ada sesuatu yang membuatkan cikgu yang mengajar mereka marah sehingga eksperimen ini tertunda. Tengok, dengan cikgu sebenar mereka pun macam itu. Apatah lagi dengan saya yang hanya cikgu praktikum yang tua tak lebih sepuluh tahun dari umur mereka. Eksperimen pantulan dan pembiasan. Saya jadi bengang bila mereka tak tahu kira sudut gunakan protaktor. Tapi akal saya menegur hati saya, " Raihah, mereka budak lemah, kena sabar, jangan expect semua benda mereka tahu, mereka pelajar, jangan marah, AJAR!". Dengan protaktor ang sebesar tapak tangan itu saya tunjukkan di depan. Sah-sah mereka tak namapak. Jadi mengajarlah saya dari satu meja ke meja. Saya perasan ada seorang pelajar lelaki yang ala-ala nerd. Muhammad namanya. Kesian juga, sebab dia baik tapi terpaksa bergabung dengan pelajar-pelajar yang agak boleh tahan lasaknya. Soalan pelajar pada saya ketika saya megedarkan kertas " Cikgu, kenapa tangan cikgu menggigil." Huhuhu kantoi dengan pelajar yang saya tengah cuak masa itu. Padahal bukan ada orang observe pun.

Hari Ketiga.
-2 Rajin-
Lepas perhimpunan pagi itu, guru pembimbing (GP) saya cakap dia nak observe. Menggelabahlah saya. Sebelum mula kelas saya cakap, saya tak nak diambil markah. Saya memulakan sesi pengajaran. Bolehlah, walaupun masa itu saya dalam keadaan yang agak takut juga. Huhu. Lepas kelas itu, saya jumpa GP. Banyak jugalah kena komen kan. Biasalah nama pun praktikum. First week pulak tu. Buat lesson plan pun blur-blur. Nak buat alat bantu mengajar (ABM) pun terkial-kial.

Hari Keempat.
-2Jujur-
Hari ini saya bagi latihan saja sebab kelas 1 masa. Saya nak buat dalam kelas sebab nak bincang semula subtopik yang saya ajar hari isnin hari itu. Budak bagi salam macam nak tak nak. Boleh ada yang tengah duduk atas palang tingkap. Saya hangit. Suruh ulang balik bagi salam. Suruh mereka salin soalan. Masa saya tulis itu, bising. Saya toleh belakang, bebel. Yang saya geram waktu saya bebel kelas sunyi sepi. Bila saya nak mengajar kelas hingar bingar. Budak-udak ini suka apa saya bebel? Huahaha. Tapi saya tak suka lah kaedah bebel dan marah sebab saya dapat rasakan mereka pun dah muak kena marah dan bebel. Siapa ada formula berkesan untuk rawat mereka? Aggil tidur, saya suruh dia bangun dan salin. Salinlah kejap. Bila saya sibuk tulis kat depan dia tidur balik. Waaah, bikin panas betullah budak-bidak ini. Malas dah nak marah. Kalau belajarr dalam psikologi, kita kena selidik lata belakang pelajar sebenarnya. Bukan sewenang-wenangnya marah, tapisaya tak ada masa. Saya hanya 14 minggu di sini.

-2 Rajin-
Saya masuk dua rajin, masa itu tekak saya dah perit. Alhamdulillah, 2 Rajin lebih mudah dikawal. Perkara yang diajarkan sama seperti 2 Jujur. Saya salin di depan. Tba-tiba ada seorang lelaki ketuk pintu sambil pegang buku. Saya ingatkan juru jual. Rupanya guru ganti. "Cikgu, boleh tak saya nak masuk. Nak tengok cikgu mengajar?" . Saya dengan gelabahnya menjawab, "Untuk apa?". Cikgu tersebut menerangkan bahawa dia cikgu kepada pelajar rabun teruk dikelas saya ini. Cikgu baru, cikgu ganti di pendidikan khas. Saya sebenarnya tak nak bagi sebab saya segan, GP saya nak observe pun saya segan, inikan pulak orang lain. " Maaflah saya cikgu praktikal," saya menjawab. "Tak apa cikgu, saya nak tengok pelajar saya belajar saja," terang cikgu itu lagi. Akhirnya saya bersetuju. Saya di'observe' secara tak rasmi untuk kali kedua. Habs saja kelas, pelajar saya tanya, "Cikgu, pensayarah cikgu ka tadi?" Hahaha .... Patutlah pelajar saya diam, rupanya dia ingatkan pensyarah saya.

Hari Jumaat.
Hari ini saya tak ada kelas. Kelas relief pun tak ada. Alhamdulillah. Sempatlah saya nak siapkan lesson plan untuk hari Isnin depan sekali. Buku rancangan mengajar ini saya kena hantar hari ini. Bersungguh lah kami cikgu-cikgu praktikum seramai 7 orang (2 orang lagi di bili pendidikan khas) di bilik bahan bantu mengajar (BBM) ini menyiapkan kerja. Kami ditempatkan di bilik BBM sebab bilik guu penuh. Salah seorang cikgu praktikal yang juga menagajar 2 Jujur, Shahrul balik ke bilik BBM dari kela 2 Jujur mengajar subjek KH bagi tahu saya, " Okay je kelas 2 Jujur. Diam je." Waaa... apakah pelajar- pelajar itu tak takutkan saya? Korang tengoklah Isnin ini!

Tuesday, January 26, 2010

Minggu 1 Ros 2

Sudah masuk minggu ke-2 di sekolah... Sudah banyak kelas saya masuk untuk menjadi guru ganti. Kelas depan, kelas tengah, kelas belakang. Selain itu banyak tolong cikgu kat PSS. PSS sekolah ini bertanding peringkat kebangsaan.

Kelas pertama yang saya ganti memberikan kesan mendalam. Sungguh! Bayangkan, saya tiada pengalaman masuk ke kelas. Inilah kali pertama. Masuk pula ke kelas yang budak memang lasak.

Saya masuk-masuk je kelas, hampir separuh daripada pelajar keluar. Saya mula-mula tak kata apa sebab saya ingatkan pelajar yang keluar itu mahu pulang ke kelas mereka setelah tamat matapelajaran yang memerlukan mereka bergabung kelas. Selepas saya tanya, rupanya saya relief untuk waktu kedua dan ketiga untuk matapelajaran KH. Jadinya pelajar yang berlari keluar itu adalah pelajar di bawah kawalan saya.

Apalagi saya pun suruhlah panggil kawan-kawan yang keluar. Apalagi semua yang ada dalam kelas tu keluar ke pintu dan menjerit...

" Hoi, ,masuk lah.... Cikgu suruh masuk!"

Bayangkanlah betapa kuat mereka memekik. Saya yang dalam kelas ini sudah malu dengan cikgu-cikgu kelas sekeliling. Apalagi, saya suruh semua masuk dan suruh ketua saja yang panggil.

Selepas itu cukuplah pelajar saya seramai 22 orang pelajar lelaki kesemuanya.

Macam-macm kisah lagi.... Biasalah sekolah harian biasa.

Kalau dapat kelas depan, sejuk je hati tengok. Semua baik-baiklah. Tekun je buat kerja.

Kalau dapat kelas sebaliknya... Mereka agak nakal. Tapi gelagat mereka ada yang mencuit hati. Taapi control. Mana boleh ketawa... Tak nak bagi muka dulu awal-awal ni, takut nanti waktu praktikum tak dapat control kelas. Jadi muka sentiasa serius kecuali bila ganti kelas tingkatan 3 dan 5 sebab memang tak akan mengajar kelas peperiksaan.