Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label misi diet. Show all posts
Showing posts with label misi diet. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Misi Disambung & JJCM

Dah lama rasanya tak tulis tentang misi diet. Misi ni dah tergendala sejak 15/9/2009, sejak balik raya tempoh hari. Dan misi ini musnah terus pada raya pertama hingga raya kesembilan. Apabila datang semula ke TM, pengambilan makanan dikawal. Tapi banyak juga terbabas. Hehehe... Sepanjang saya melanggar misi, berat bertambah sebanyak 2 kilo dan kembali menurun pada minggu lepas sekembalinya ke TM semula.

Gembira... rasa berbaloi juga apabila mengawal pemakanan ni. Sejak mula berdiet saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kg. Alhamdulillah (~_*)...

Gembira... sebab balik kampung hari tu, saudara-mara saya kata saya dah kurus. Walaupun tak lah sekurus mana... kecil sikit je berbanding sebelum ini.

Gembira.. sebab selepas balik semula dari cuti raya, ramai kawan-kawan kata saya dah kurus. Pelik juga saya.... raya hari tu saya melantak makan... Balik-balik TM, kawan-kawan kata kurus.

Gembira... sebab kain baju kurung yang kecil sebanyak 4 inci telah muat dipakai! Tak perasan pula dah kecil sikit, tapi bila pakai baju yang muat-muat dulu sekarang dah longgar.

Hoooorey! Hoooooooorey!

Tapikan... orang kata pujian itu membunuh! Jadi, saya perlu lebih beringat. Jadikan pujian sebagai penaik semangat!

Habis tentang diet. Sekarang tentang Jalan-Jalan Cari Makan pula...

Jumaat lepas pergi makan KFC kat pekan TM. Inilah kali pertama masuk KFC yang baru lepas diubahsuai. Makin luas.


Snack Plate & Milo Ice

KFC kat TM yang baru diluaskan dan dicantikkan!

Petang tadi, balik dari perpustakaan pergi makan kat Dusun Bay dengan Fana. Mula-mula ingatkan nak makan kat restoran depan Dusun Bay sebab ramai orang kata Dusun Bay tak sedap. Tapi restoran depan Dusun Bay tutup. Jadi terus je pergi Dusun Bay. Siapa kata Dusun Bay tak sedap,? Sedap je saya rasa! Mungkin atas menu kot...berbeza kesedapan.

Dusun Bay, TM.

Air Horlick Ais. Cerau sikit. Kalau peka lagi sedap!


Sebelum dimakan oleh dua mangsa kebuluran:
Nasi Putih + Tom Yam Campur + Ayam 3 Rasa + Sotong Masam Manis.
Tom Yam Campur 8/10.
Ayam 3 Rasa: 9/10.
Sotong Masam Manis: 6/10.


Setelah dimakan oleh dua mangsa kebuluran:
Licin...Alhamdulillah.

Insya-Allah, esok misi diet akan disambung semula. Saya dan Che Mas dah bersedia menyambung kembali misi kami!


Tuesday, September 1, 2009

A&W + Pulang + Makan

Dalam asyik bergembira sibuk dalam pulang ke JB ini.... Ramadhan sudah masuk ke Fasa ke 2 iaitu Keampunan... Mari sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat... Mempertingkat momentum.... Meraih kesempatan di bulan Ramahan ini... Memanfaatkan sepenuhnya.... Sungguh ! 10 hari yang berlalu bagai tak terasa.

Jumaat lepas balik JB. Pukul 3 pagi sampai JB. Anis yang jemput di Sri Putri. Jumaat sampai Isnin. Jadi ada beberapa cerita yang keciciran untuk dicatatkan di sini.

Lepas saja habis ujian Fizik Tenaga, saya dan Fana bergerak ke Stesen Bas TM. Ke KL bas jam 4.30 pm. Sampai Pudu dalam jam 6.30 pm. Sesak sangat daripada keluar highway ke Puduraya.

Bajet mula-mula nak buka puasa dengan roti krim Gardenia yang RM0.60 tu saja sebab masih dalam misi diet dan temankan Fana beli makanannya di Mc D dan berbuka saja di Puduraya sebab bas Fana jam 8pm. Tapi Mc D penuh jadi bergeraklah kami ke A&W. Alhamdulillah A&W tak ramai lagi orang masa itu. Di A&W saya ubah perancangan saya untuk berbuka di situ saja sebab dapat bayangkan betapa penuhnya Pudu pada masa itu.

Jadi untuk sesi jalan-jalan cari makan kali ini kami makan di A&W. Menu saya Delight Burger dan Milo Ais. Disebabkan masih dalam misi, saya ambil burger paling ringan rasanya (~_*) dan milo pula sebagai alternatif kepada root beer A&W yang popular itu sebab saya kurang menggemari air bergas. Menu Fana pula ialah Set Double Mozza (Burger + Root Beer) dan curly fries.

Juadah sahur pagi 8 Ramadhan sangatlah menggugat misi diet saya. Nasi + ikan goreng + paceri nanas + sotong goreng kunyit. Huhuhu... saya yang dah lama tak menjamah nasi putih ini sangatlah teruja. Pencuci mulutnya kek lapis sarawak. Inilah kali pertamanya dalam Ramadhan kali ini saya bersahur sehingga betul-betul kenyang. Di TM hari-hari saya bangun sahur, tapi makan kurma dan minum susu sahaja.

Manakala juadah berbuka juga amat menyelerakan saya. Mee hoon soto yang merupakan makanan kegemaran saya dan muffin blueberry chocolate. Aduh~~~ memang ranaplah misi saya.

Sahur untuk 9 Ramadhan pula singgang pedas dan pencuci mulutnya kuih lompat tikam. Berbuka dengan Kuey Tiow Kerang dan kuihnya Popiah Crispy & Crunchy dan kuih Vaday. Masa buka ini saya makan je. Malas dah nak fikir diet tak diet! Hahaha...memang tak kuat semangat saya ni.

Sahur terakhir sebelum pulang dari percutian kali ini dengan nasi berlaukkan daging masak hitam berempah dan sambal goreng berlada tempe. Pencuci mulutnye sira kuah pisang nangka. Masa ini memang dah tak fikir misi. Fikir makan je la.... hahahha. Nasib baik balik kejap saja.

Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan Khamis ini mahu pulang lagi!


"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." -Maksud surah al-A'raf:31 [7:31]


Sunday, August 23, 2009

Rebutlah Peluang Ini


Alhamdulillah.... masih diberi ruang kehidupan dalam Ramadhan kali ini. Hari ini sudah 3 Ramadhan. Sekejap saja, 3 hari sudah berlalu.... Percayalah 30 hari @ sebulan itu sangat pantas berlalu. Maka, rebutlah peluang ini.

Kalau terasa begitu sukar untuk membuat yang besar-besar, lakukanlah yang kecil-kecil. Insya-Allah, ganjarannya tetap ada daripada kita biar ia berlalu begitu saja. Kalau terasa liat sangat hendak bangun malam, jangan pula meninggalkan terawih di kala waktu kita masih segar bugar seusai berbuka. Kalau terasa hendak membaca al-Quran itu terlalu sukar dengan kekangan tertentu, jangan pula mulut keberatan berzikir. Kalau sementelah rasa terlalu berat juga, tak tahu nak buat apa sangat, niat lah sesuatu yang baik itu dilakukan hanya kerana Allah. Namun, mahukah kita termasuk dalam golongan orang yang rugi? Mempersiakan sebulan yang penuh berkat ini dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Merasai senang hati dengan hanya tika berbuka puasa tidak pula senang hati untuk melakukan amal ibadah.

Kalau kita terasa sedih apabila membaca blog Allahyarham Ustaz Asri yang mengajak kita bertadarus Ramadhan kali ini,namun Ustaz Asri pergi menghadap Ilahi di saat-saat Ramadhan kian hampir. Renungilah kembali diri ini kerana mana tahu ini Ramadhan terakhir kita. Jadi rebutlah peluang. Ramadhan bulan mendidik jiwa. Bulan yang mendekatkan hamba dengan Penciptanya.



Saya sangat suka lagu ini....


1 Ramadhan:

Pagi 1 Ramadhan agak dingin. Petangnya saya dan Fana ke pasar malam. Tak pergi bazar pun sebab pergi pasar untuk beli barang basah. Saya beli ayam dan sayur-sayuran, stok untuk seminggu saya dan Che Mas, teman semisi. Juadah berbuka hari ini mee hoon sup. Dan pencuci mulut ihsan daripada Fana, Yong Tau Fu. Ish... tergugat juga misiku.

Mee hoon sup resipi 1.

Yong Tau Fu.


2 Ramadhan:

Hari ini semasa sahur hujan turun agak lebat. Petangnya memang bercadang nak makan mee hoon sup lagi. Tapi modified sikit yang semalam punya. Petangnya Ida ajak ke Bazar KUO. Berfikir-fikir nak pergi tak, tapi bila teringat rojak asma, terus je setuju pergi. Rupa-rupanya ramai budak rumah ni yang pergi. 8 orang. Jadi naik dua kereta. Kereta Ida dan kereta Laila. Belilah rojak asma yang memang saya kempunankan Rabu lepas masa pasar malam KUO sebab masa pasar malam itu dah habis. Teringin sangat nak makan rojak asma ni. Sebab kalau kat JB selalu beli kat Angsana. Rojak Asma yang kat Bazar KUO ini pun sedap juga. Tergugat jugalah misiku hari ini....huhu. Asyik tergugat je nih! Macam mana ni...

Mee hoon sup resipi 2.

Rojak Asma.

Sekarang ini tetiba termengidam air kathira lah. Maslahnya air tu ada jual kat Johor saja! Huhu. Tadi sambil-sambil masak tonton TV3 Shamsul @ Bazar Ramadhan, terliur tengok murtabak. Wakakaka... Teruknya ko ni Raihah! Sesiapa yang baca masa tengah siang hari, minta ampunlah. Tak sengaja. Sebab entry ini ditaip pada waktu malam.

Hehehehe..... misiku masih diteruskan lagi dalam bulan Ramadhan ini (*_*)

Thursday, August 20, 2009

Kopitiam & Harga Topeng


Destinasi makan kali ini ialah Kopitiam yang terletak di Taman Bahtera, Ulu Bernam (Tanjong Malim). Alamat Taman Bahtera ini unik sikit. Sebab kedudukannya di negeri Selangor, tetapi betul-betul bersebelahan dengan Tanjong Malim. Jadi ia kadang kala lebih mudah dikenali sebagai Tanjong Malim walaupun terletak di Selangor.

Jom kita tengok menu kami (saya dan Fana).

Menu saya:Jus Carrot Susu + Kuey Teow Theng.
Jus Carrot Susu nya biasa. Sedap macam kat restoran lain juga.
Kuey Teow Theng ini ala-ala sup lah. Ada rasa rempah sikit. Dan sambal kicap. Kalau macam saya penggemar sup ini memang suka sangatlah. Lagi-lagi masih dalam misi diet. Hehehe...


Menu Fana:
Chocolate Volcano + Combo Plater A.
Chocolate Volcano nya sedap. Mungkin menu istimewa Kopitiam kot.
Chicken wing itu pon sodap! Ngecek Fana punya. Tu yang tau sedap tu... Huhuhu....

Selesai:

Dekorasi Kopitiam cantik jugalah. Kelebihannya ada WiFi. Yang lain itu biasa saja. Mudah untuk ke sana sebab dekat dengan KHAR dan KUO. Jalan kaki pun boleh dari kolej.




Ini pula kisah topeng muka. Ia sudah dijadikan bahan kawalan. Berikut adalah jenis dan harga topeng -topeng muka. Gambar diambil dari Kosmo Online.


Sekian saja..... Entry untuk malam ini. Malam terakhir bulan Sya'aban. Insya-Allah. Malam esok malam 1 Ramadhan...

Wednesday, August 19, 2009

Garden Seafood

Memandangkan rezeki bulan ini lebih sebab saya bajet duit rumah (sewa rumah + bil elektrik + bil air + bil streamyx) RM 150, tapi bila nak bayar ketua rumah cakap bulan ini RM 100 saja sebab bil bulan ini rendah. Jadi duit yaang telah diasingkan untuk bayar duit rumah itu berbaki RM 50. Oleh sebab itulah otak ini ligat fikir nak makan yang istimewa... hihi :) Restoran yang menjadi sasaran kali ini ialah Garden Seafood.

Garden Seafood
7-8 Jalan Wangsa Utama,
Taman Wangsa,
35900 Tanjong Malim,
Perak.


Ini kunjungan ketiga saya. Ini entry yang lepas,klik sini. Rasanya sebab menunya yang sedap. Ada satu menu yang sangat menambat hati.


Sweet & Spicy Prawn. Dimakan dengan Dumpling Man Toa.


Sebelum :
Milo ais, teh ais, sotong madu, sweet & spicy prawn dan tom yam.


Sesudah:



Disebabkan masih dalam misi diet. Pagi saja minum susu. Tengah hari itu dah kebuluran dan kelaparan. Melepek saja atas katil. Petangnya pergi Garden Seafood dengan Fana. Melantak di Garden Seafood. Tergugat jugalah misi diet ni!

Monday, August 10, 2009

Terima Kasih Puan Haniem & Makan Lagi...

Kisah 1: Terima Kasih Puan


Terima kasih Puan Haniem. Terima kasih atas pemberian buku yang amat bermakna. Buku bermakna bagi orang yang baru-baru berjinak dalam dunia manik. Segan sebenarnya nak terima buku ini daripada Puan Aniem. Aniem kate pemberian sempena jahitkan baju dia. Segan sebab saya jahitkan baju Aniem simpel je tempoh hari. Simple sebab kekangan masa. Sebab itu sekarang bila ada kawan tanya untuk tempah jahitkan manik untuk baju raya atau grand dinner, saya tak berani nak terima. Takut tak ada masa. Lagi-lagi tengah dalam sem.

Balik tadi duduk belek-belek. Haish... terujanya. Kena cari baju kosong sepasang ini kalau nak ikut pattern contoh yang diajar. Tunggu~~~~



Kisah 2: Makan Lagi...
Wahai Cik Raihah... apa suda terjadi pada misi kamu??? Huhuhu...

Petang tadi pergi Pizza Hut. Rasmikan Pizza Hut yang baru saja dibuka di TM ini. Dekat pula tu Pizza Hut ini dengan rumah... Huuuh... habis lah. Tapi tadi makan set murah punya. Set yang 3-6pm punya. Yang harganya RM7.80. Jimat dan diet :P

Balik terus cari kalori sekeping Pizza. Dekat info yang dijumpai. Sekeping Pizzza mengandungi 240 kalori. Tapi rasa tak puas hati sebab sekeping yang dimaksudkan besar mana.... google lagi dan jumpa satu artikel Indonesia.Pizza hut yang saiznya paling kecil mengandungi 550 kalori hingga 800 kalori dan segelas air berkarbonat mengandungi lebih kurang 200 kalori. Setelah dijumlahkan kalori yang dimakan hari ini masih tak melebihi apa yang ditetapkan. Alhamdulillah (~_*).


Mula...


Tengah...
Akhir...

Satu yang saya puji. Pizza Hut kat TM ini sedap. Topping dia banyak dan dipenuhi keju. Roti juga fresh. Mungkin sebab cawangan baru kot, nak tarik pelanggan kot.... Tak tahulah. Tapi sedaplah.. bukan saya saja cakap... Fana turut memperakuinya. Cuma padat sungguhlah dengan kerusi dan meja.... Kedai kecil kot.

Saturday, August 8, 2009

Misi Yang Tergendala

Pagi tadi sampai TM puku 8.30 am. Gerak dari JB pukul 1 am dengan Anis. Anis ada program di Bangi. Sampai Puduraya jam 4.30 pagi,terus berjalan dan duduk kat KFC untuk sarapan pagi. Lepas itu dalam 5.45 am pergi 7E. Kemudiannya terus ke surau untuk solat subuh. Jam 7 am naik bas ke TM dan Anis terus gerak ke KL Sentral. Terpaksa balik awal sebab tak ada orang di rumah hujung minggu ini kerana ibu berkursus di Selai dan ayah outstation di Penang.

Seminggu di rumah. Bila balik rumah.... biasalah mesti makan, makan dan makan. Mana tidaknya makanan di rumah sememangnya lazat,sedap dan penuh lemak berkrim. Biasanya bermula dengan istilah ' nak rasa sikit '. Tapi akhirnya melantak. Mana tidaknya apabila merasa sikit makanan yang sedap-sedap... mana boleh tahan... terus menmbah-nambah. Jadi, tergendalalah misiku itu. Bukan setakat tergendala, boleh dikira musnah. (*~*) Ish...ish...ish... memang teruk betul. Insya-Allah, misi akan disambung semula esok.


Makanan yang penuh lemak berkrim ini membuatkan dietku musnah....Huhu.

Nasi bila dimakan bersama budu,cili api dan limau... sungguh membuka selera...bertambah-tambah.


Suatu petang saya ber'ym' dengan Ezla Najwa Ahya a.k.a Ezla. Teman rapat semasa di KMJ. Ezla minta tolong promosikan blog niaganya. Jadi, sesiapa yang minat dengan dress yang comel-comel, silalah klik twenties-girls blog. Pakaian-pakainnya sesuailah dengan usia kita yang dah berusia dua puluhan ini. Mungkin kalau dulu-dulu ada di antara kita suka ber't-shirt'. Rasanya sekarang sudah tiba usia sesuai untuk memakai dress-dress dalam blog tersebut yang lebih bersifat lebih feminin. Waaa~~~ ayat promosi ni. Pakaian-pakaian dalam blog tersebut boleh digayakan dengan cardigan atau pun inner T-shirt untuk menjadikan ia menutup aurat. Okay stop promosi....

Dalam tengah ber 'ym' tersebut. Ezla sebut tentang kek coklat. Kek coklat yang selalu saya bawa dari rumah bila balik KMJ. Ezla cakap 'craving that type of choc cake'. Terharu juga saya. Hampir 4 tahun sudah... tentang kek itu juga yang disebut. Ezla minta saya buatkan kek itu. Huhuh... Beria seungguh Ezla. Siap minta saya buatkan dan dia akan bayar untuk beli. Sebenarnya ibu saya yang selalu buatkan kek itu setiap kali saya pulang ke rumah. Saya akan bawa kek itu pulang ke KMJ. Menjamu roomate, budak bilik depan juga Ezla dan Ina (classmate terapat). Saya pernah sekali sahaja buat kek coklat... Hehehe.

Kek dan biskut raya ibu yang selalu menjadi pujian rakan-rakan. Setiap tahun memang saya akan bawa sebalang biskut raya untuk setiap jenis. Memang akan langsai. Sekejap sahaja. Ada yang sampai minta resipi. Ada yang memuji. Saya akan cakap saya tak buatkan pun. Saya cuma tolong bawa sahaja. (~_*)

Hari ini 17 Syaaban. Tak lama lagi nak Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan...

Thursday, July 23, 2009

Misi Yang Bukan Rahsia Lagi

Rasanya misi rahsia ku dah tak jadi misi rahsia sudah. Dengan ini diumumkan bahawa misi rahsia itu ialah 'Misi Diet'. Huhu.... malu sebenarnya nak bagi tahu tapi rasanya lama-kelamaan orang baca blog ini akan dapat agak apakah misi rahsia itu. Jadi, daripada orang main teka-teki , baik saya tulis je terang-terang.

Semoga apa yang saya tulis tentang usaha untuk menurunkan berat badan ini dapat mendatangkan manfaat sama ada kepada diri saya mahupun kepada yang membaca.


Baru bermula berdiet sebetulnya pada 19.7.2009 . Dan teman seperjuangan yang membakar semangat saya ialah Che Mas. Jadi, kami sama-sama memasak untuk mengawal jumlah kalori yang diambil. Walaupun berdiet saya masih lagi makan pagi, tengah hari dan malam. Cuma melakukan beberapa perubahan.


Insya-Allah jika saya hilang segan dan berani saya akan poskan di entry mendatang langkah-langkah ke arah menurunkan berat badan. Sekarang ini tak boleh cakap banyak, sebab tak nampak hasilnya lagi. Dalam usaha lagi... Meskipun saya tak akan mengkisahkan misi ini buat masa ini , setiap perkembangan misi ini akan diambil gambar supaya dapat diceritakan ke dalam blog ini bila misi saya terlaksana penuh.

Jadi, doakanlah saya berjaya... Misi ini memang memerlukan pengorbanan yang tinggi.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Buka puasa hari ini saya berbuka dengan Nasi Goreng Pattani yang dikirim kepada Che Mas dari Restoran Cupak. Haish.... banyak kalori nasi goreng ini lebih kurang dalam 650 kalori ni. Nampaknya misi kali ini goyah kembali...


Dan malam ini, Fana bawa balik Big Apple Donuts.... nyummy....nyummy... Memang sedap sangat... Memang hancuslah misiku hari ini......... Tak apa, esok masih ada (~_*)


Monday, July 20, 2009

Che Mas + Misi

Semalam Che Mas masak mee hoon goreng. Sodap (~thumbs up~)! Simple saja... tanpa sebarang daging dan ayam. Ramuannya bawang merah, bawang putih, carrot, lada jarum, telur , kicap, sos dan garam. Licin saya makan.... kuikuikui.
Hari ini saya masak tomyam. Main campak segala bagai sayur ~ carrot, putik jagung, tomato, bawang dan lada jarum. Main taruk je perasa tom yam dan perah je limau dan campak saja garam. Tak rasa langsung sebab puasa. Masa buka puasa, mak aih... masamnya la tomyam campak saya. Huhuhu.... tak pas ni ... memang tak pas.
Menu esok dah bincang dah dengan Che Mas. Esok kelas Che Mas penuh, so saya kena masak. Haih.... harap pas la. Kalau tak pas lagi ... memang sah lah tak pandai masak.
Siapa Che Mas ini tetiba muncul namanya dalam blog KUASADUAR ini? Che Mas ini, housemate saya sejak sem 1 di UPSI sampailah sekarang. Kiranya housemate dari duduk kolej dulu lagi. Bila kami kena tendang kolej, sama-sama menyewa di Taman Nusa ni. Pelajar Kimia. Orang Kelantan. Baru je buat blog Sabtu lepas. Ini blognya ---Semanis Kurma
Sekarang ini saya dengan Che Mas ada satu misi. Che Mas pembakar semangat saya dalam misi ini. Misi itu rahsia. Tak boleh diterangkan di sini buat masa ini. Insya-Allah bila tiba hari raya nanti, kalau misi ni dah hampir berjaya, saya akan ceritakan di sini...
Doakan saya berjaya dalam misi ini :)