Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, April 5, 2008

Taman Nusa

1 Jalan Nusa 5, Taman Nusa, 35900 Tanjung Malim, Perak

Sudah hampir setahun aku menetap kat Taman Nusa ni (rumah sewa kat Tanjung Malim). Banyak asam garam yang aku dah telan kat dalam rumah ni ( mana taknya hari-hari aku makan, mestilah ada garam dan asam jawa...ekekeke). Lagi 3 sem lagi aku akan menetap kat rumah ni... Insya ALLAH. Kami menghuni seramai 17 orang dan kesemuanya adalah student yang sama sem daripada Fakulti Sains & Teknologi (7 orang chem, 7 orang bio, 2 orang physics & 1 orang math, sem depan 1 org physics lagi masuk). Alhamdulillah mendapat housemate yang baik. Masalah sikit-sikit itu normal, mana ada manusia yang sentiasa dapat memuaskan hati manusia lain. Lagi-lagi pabila dah sentiasa bersama, mesti sentiasa teruji dan diuji. Tetapi terpulang kepada kematangan kita menghadapi masalah. Walaupun kekadang terdetik di hati " I can't stand to this problem" ataupun " Huh! Tensennye keadaan macam ni" dalam kehidupan bersama kawan-kawan, aku akan merasionalkan balik minda dan hati. Minda akan berkata terimalah keadaan dan hati akan bersuara : bersabarlah kerana aku juga bukannya manusia yang perfect, jadi jangan mengharapkan yang terbaik daripada orang lain. Maka aku akan berusaha... menerima dan menelan. Aku selalu merasionalkan balik apabila aku ada sesuatu masalah... Aku akan selalu fikir balik hikmah di sebalik musibah...supaya aku lebih kuat dan tabah. Mungkin sebab tu aku jarang sangat menangis....sampai kawan-kawan aku kata aku manusia keras dan blur .... seolah-olah tak de perasaan. Hahahhaa !


Kunci rumah 1-7-15 KHAR

Masa mula-mula kat UPSI dulu,aku menetap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Sempat duduk setahun sahaja. Lepas tu dah tak layak....senang citer... aku kena tendang lah! Waarghh! Bukannya aku tak aktif , cuma tak de rezeki nak duk kat kolej lagi. Tapi banyak hikmahnya kena tendang kolej di usia muda. Aku tahu menguruskan kewangan dan kehidupan. Aku tak menghadapi masalah bas. Kalau kelas dekat dengan rumah,15 minit kelas nak start baru aku gerak dari rumah, kalo duk kolej dulu, sejam sebelum kuliah dah naik bas. Aku tak suka berebut bas, geli berasak-asak sampai tak kira lelaki dan perempuan. Tapi aku dengar cerita, sekarang dorang da pandai beratur naik bas. Bagus2.

Kolej Harun Aminurrashid UPSI

Aku rindu pada housemate aku masa di KHAR. Kak Jat yang caring (skrg tgh praktikal kat Ipoh sbg cikgu pendidikan seni), Kak Syida bakal cikgu pendidikan khas (roomate aku sem 1 yang sgt cute), Kak Yana yang kelakar (kaunselor tue!), Kak Jaja roomate sem 2ku (cikgu pendidikan IT) Kak Nad yang baik hati ( cikgu akaun), Ateh yang alim (chem), Syu yang ayu (bio) dan Che Mast yang pandai bercerita (chem). Indah sungguh suasana rumah 1-7-15 KHAR sem 2006/07. Masih teringat suasana di ruang tamu rumah, hiruk pikuk bercerita, gelak tawa bila dengar Kak Yana berjenaka, makan bersama, tengok CD bersama, jogging bersama, solat fardhu berjemaah, solat hajat bersama menjelang exam dan banyak lagi... Rindunya!

Friday, April 4, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008


Gambar diambil dariapada blog 'Hidup Biar Sedap'

Aku tak berkesempatan untuk pergi ke PBAKL2008. Niat di hati memang nak pergi tapi keadaan tak mengizinkan. Final exam yang semakin dekat, menyebabkan aku mengambil keputusan tidak pergi. Buku-buku pelajaran pun tak disentuh lagi, walaupun exam tak sampai sebulan je lagi. Lagipun aku ada 9 buah buku yang telah aku sediakan untuk baca cuti sem nanti. Entah sempat habiskan atau tidak, dah la cuti tak sampai 2 bulan + ada ROS (rancangan orientasi sekolah- macam latihan mengajar[LM]).

Untuk nak tahu tentang KLBIF, klik sini.


Thursday, April 3, 2008

Keluar Waktu Malam


Lama sudah tak mencalitkan tulisan kat blog aku ni... Agak kesuntukan masa akibat daripada final exam yang semakin hampir menyebabkan begitu banyak assignment perlu dihantar serta ketandusan idea untuk menulis sebab aku amat kurang membaca.

Semalam aku menempuhi saat-saat yang amat menakutkan. Aku ke kelas pada malam hari seorang diri. Kelas Wave Propogation & Optics. Seperti biasa berseorangan pulang ke rumah lebih kurang jam 10 malam. Dalam perjalanan pulang tu suasana agak sunyi di kawasan perumahan aku. Aku seperti biasa, pengecut-pengecut aku pun redah je la. Aku rasa tak sedap hati. Ayat Kursi sentiasa membasahi mulutku. Tetiba masa aku tengah lalu jalan 3, aku dah terperasan ada sebiji motosikal dekat tepi jalan 4 (rumah aku jalan 5). Masa tu jantung memang dah berdegup kencang, takut dan segala macam perasaan... Apa lagi masa dah nak dekat tu aku bergerak pantas sepantas-pantasnya. Memang sah tu GS. Sampai je dekat rumah aku dah rasa macam nak pengsan, buka pintu pagar dengan ganasnya dan sepantas kilat aku buka pintu rumah terus meluru masuk (aku takut GS tu ikut aku). Aku tak kisah kalau GS tu setakat nak buat pertunjukan, tapi aku amat amat amat takut kalau GS tu buat tindakan lain. Susah hidup ni kalau manusia bersifat hilang rasa malu. Haiwan pun ada rasa malu. Monyet dan beruk dalam gambar kat atas tu pun ada rasa malu masa aku nak ambil gambar di Zoo Negara.

Pengajarannya berhati-hatilah apabila keluar waktu malam. Kalau boleh elakkan, tapi kalau terpaksa macam aku, bersiap sedialah dengan pelbagai kemungkinan. Siapa tahu, ayat-ayt pelindung diri? Aku rasa seram nak pergi kelas malam lagi lepas ni.