Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, May 7, 2008

Bersyukurlah Kita!


Lihat gambar kanak-kanak ini. Aku sempat rakamkan dari tingkap bilik aku... tapi tak clear sgt.

Anak kecil ini pernah aku tegur satu ketika dulu... " Adik, nanti lps punggah sampah, masukkan balik dalam tong yer, jangan sepah-sepahkan tau!" Aku memang bengang kadang-kadang dengan keadaan sampah yang bersepah.

Di kawasan perumahan rumah sewa aku ni, memang ramai yang suka punggah sampah. Ada 3 golongan yg suka punggah sampah ni. Yang pertama : seorang wanita tua yang mengayuh basikal. Yg kedua : Seorang lelaki yang dalam usia 20-an menaiki motosikal. Yg ketiga: anak-anak kecil ini yang aku sempat rakamkan gambarnya!

Makcik tua itu yang aku tahu, dia mencari bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Aku pernah nampak mak cik tu ambil tin dan botol. Lelaki muda itu, aku tak pernah tahu dia cari apa. Kadang-kadang aku jengah jugak dr tingkap bilik. Tp aku tak nampak dia ambil apa. Memang peliklah laki muda tu. Dan anak-anak kecil yang memunggah sampah yang pernah aku tegur dahulu, rupa-rupanya mencari makanan!

Anak kecil sedang memunggah sampah! Mencari sisa makanan utk di makan!

Ya ALLAH, aku tak pernah sangka mereka mencari makanan. Pada satu petang tu, aku tengah rehat kat ruang tamu sambil tengok TV. Aku ternampak budak-budak tu punggah sampah. Niat kat hati nk mintak dia kemas kat balik sampah yang diteraburkan, tapi malas nak kuar. Jadi aku tengok dari dalam rumah. Nampak kanak-kanak itu sedang memegang roti yang telah housemate aku buang disebabkan telah expired dan bersemut. Aku nampak kana-kanak itu makan dengan laju sekali. Menunjukkan betapa laparnya kanak-kanak itu.

Ahhh! Simpatinya aku tengok. Tak sangka, dalam negara kita pesat membangun. Banyak lagi golongan yang masih hidup susah. Walaupun dikatakan kadar kemiskinan semakin menurun, tapi masih ada si kecil memunggah sampah utk mengalas perut.

Kalau selama ini aku suka membazir, sekarang aku terfikir betapa beharganya nilai sekeping roti.

Kalau selama ini aku membebel melihat gelagat mereka memunggah sampah, sekarang memikirkan kesusahan hidup mereka!

Ini di Malaysia, bumi yang aman, makmur dan kaya dengan makanan. Bagaimana nasib orang susah di luar negara!

Ya! Kanak-kanak itu membuat aku terfikir dan berfikir!

Monday, May 5, 2008

ODE

Alhamdulillah! =) Selesai sudah menjawab exam utk subjek Ordinary Differential Equation(ODE). Subjek yg kena beza (differentiate) dan kamir (intergerate). Aku selalu mengahadapi masalah yg same... terblur rumus disaat nak menjawab... bukan utk subjek ni je ... hari tu utk subjek Wave, Vibration & Optics (GGO) pun aku menghadapi masalh yg same! Dan bukan utk menjawab exam sem ini sahaja, tapi exam sem-sem lepasku juga! Sedih sungguh. Apakah ubat utk membaikkannya? Kalau tahu, share lah! . Yang aku taulah....puncanya sebab aku byk dosa, sebab tu lah ilmu payah nak masuk.

Inilah dia mesin kira-kira yang telah lama berkhidmat utk aku.. sejak dari matrik. Terima kasih kerana masih sudi berkhidmat utk aku!




Tinggal lagi 1 paper : Basic of Eleactronics. Pastu boleh balik! yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! =)

Saturday, May 3, 2008

Tak Sabarnya Aku!

Alhamdulillah! Tinggal lagi 2 paper sja lagi. Walaubagaimanapun aku sikit sedih kerana aku gagal menjawab paper kimia dengan baik. Tapi bnde yg lepas usah dikenang, biarkan sahaja serta ambillah pengajaran drpd kesilapan yg telah dilakukan. Suasana rumahku petang ini sangat sunyi. Housemate aku kebanyakannya sudah pulang ke kampung halaman. Daripada 17 orang, kini hanya 4 orang sahajayg tinggal! Sejak daripada malam semalam lagi sudah beransur-ansur mereka pulang. Huh....sayu rasa hati. Budak bio n chem habis paper awal, berbeza hampir seminggu denga kami yang ambil physics n math (minor IT). Suasana yg sunyi sepi ni membuatkan aku rasa tak de mood nak study. Susahkan jadi manusia yg tak reti bersyukur. Diberi peluang kelapangan masa untuk study, gagal memanfaatkannya malah merungut lagi :"kan best abis awal dpt balik awal". Tapi bila tiada peluang nak study, bila tiada gap langsung antara paper mulalah merungut :"jadual xm ni teruklah, tak kesian kat student langsung". Itulah aku! Aku yg tak tahu bersyukur. Tahu akan kelemahan diri tapi amat sukar utk berubah.

Aku asyik menghitung hari. Menunggu saat 8 Mei tiba
. Tak sabar rasanya nak pulang. Tak tahu kenapa, semangat nak study luntur dek kerana tak sabar nak balik. Padahal aku baru saja pulang ke rumah lebih kurang sebulan yang lalu. Sindrom apakah yang alami sekarang ? hahaha =P

Di rumah sekarang ada adik-adikku, mesti seronok, tak da lah sunyi sahaja bila aku duduk sorang-sorang kat rumah. Adik aku dah besar. Dah nak masuk 18 tahun da tapi kadang-kadan
g aku layan dorg macam budak kecik! Huhuhu. Sayang kat adik memang lebih. Kenapa aku kata macam tu, aku pun tak tahu. Tapi antara tanda-tanda yg menunjukkan yg aku ni terlebih syg dorg , bila dorg mintak aku buat ape-ape. Aku sebolehnya cuba buat, tapi cubalah kalo kakak n abg aku yg suruh, takda nya aku layan...hahaha.... Contohnya bila adik aku nak makan cream puff, ptg tu jugak aku buat. Tapi hari tu kakak aku nak makan cream puff langsung aku tak buat smpai merayu-rayu dia suruh aku buatkan...hahaha....jahatnya aku! Kakak aku tak pandai msk cream puff, tu lah sebabnya suh aku wat, kalo tak mesti die tak hingin nak mintak suruh aku yg sombong ni buat!hahaaha....

Kat bawah ni Anas yang berbaju putih dan Anis yang berbaju hijau.


Inilah minat adik aku. Kegilaan mereka berdua bermain papan selaju (skate), sk8ing, sk8ing n sk8ing. Lyn video sk8, edit gambar sk8, beli barang2 sk8 n segala yg bersangkut paut dgn sk8. Aku tak kisah, malah aku galakkan je. Main la tapi bnde yg tak baik budaya sk8 jgn diikut. Dorg pun da bsr pjg, taulah nak fikirkan! Masa mula-mula adik aku involve dgn sk8, die mudalah lagi , lbih kurg 14 tahun mase tu umo dorg. Tak berhenti juga mulut aku nasihat, risau kat dorg. Takut terpengaruh ngan benda tak baik. Risau jugak sbb aku yg galakkan kat dorg main...huhu.

Haish.....duk cerita psl adik aku ni... tak sabarnya rasa nak balik. Rasa nak balik sgt dah ni!