Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, July 10, 2008

SKTSP sekolahku

Kesibukan menyiapkan laporan terbawa2 smpai ke blog. Hari ini aku nak post tentang SKTSP kini... Jom tgok SKTSP da berubah...semakin cemerlang!


Tengok budak2 ni beratur ...ingat zmn dolu2....hahaha

Padang SKTSP same cam dlu...cuma + astaka skrg ni


Puan Hajah Sarimah yang sedang mengajar BM kat makmal komputer


Antara mural yg masih kekal


Office pun da ber'aircond' da skrg ni!



Libry SKTSP skrg makin cantik n ceria



Bilik kaunseling tak byk berubah....Puan Sarimah masih setia menjadi kaunselor


Zaman aku dulu tak de pra sekolah lg kat SKTSP


Belakang blok C skrg ni ade playground utk pra sekolah

SKTSP sudah banyak berubah... tapi masih ada lagi benda yang masih seperti dahulu. Kalo free2 pegilah lawat sekolah...jumpe2 cikgu...percayalah....cikgu2 masih ingat anda....meskipun tak dapat ingat nama....muka tu insyaALLAH cikgu boleh cam...takpun cakap je anda keluaran batch mane...hargailah jasa guru2 anda....ingatlah sape anda tanpe seorang guru...walaupun bila da besar ni mungkin terdetik di hati anda...bahawa cikgu2 ajar benda yg simple yg mungkin anda terlalu mudah di saat ini....tapi ingatlah.... kalo skrg mgkin anda fikir parkara itu simple....tp betapa sukarnya seorang guru nak mengajar anda dahulu...saat anda masih tak tahu apa2!

Tuesday, July 8, 2008

Sajakku dulu2!


Persahabatan itu indah. Semalam aku mempunyai kesempatan melawat blog2 kwn2 aku, stlh hampir seminggu alam internet ini disebabkan bz menyiapkan repot ros dan berkemas utk pulang ke UPSI semula.

Dalam lwtn aku di blog2 rakan dan beberapa blog yg aku selalu singgah. Tetiba smlm ak dikejutkan dgn satu n3 di blog shabatku SAJIDAH. Mula2 masa aku baca :

Sebuah puisi daripada seorang sahabat, sewaktu saya di kelas darjah 6 Pintar. Sajak ini hadir sebagai pemujuk hati ketika saya dilanda konflik dgn seorang teman.


Hati aku da berdebar da mse tu. Ish.... ntah2 sjk aku.... scroll ke bwh lg....... tup.... yang simpati ,RAIHAH..... glup... terdiam.... malu sbnrnye....tulisan tu hasil tulisan mse berumur 12 thun....jd ayt2nye ntah ape2...dan mse tu aku tulis utk sorg sahabat yg tgh diuji oleh NYA dlm melewati erti persahabatn...aku tulis ats dsr rasa simpati pada seorg sahabat...ape yg tertulis itu sebenarnya sebuah luahan rasa daripada seorang sahabat kpd seorang sahabat.

Mula2 baca tu rasa malu dan terjerit seorg diri. Malu yg teramat sgt... Lbih2 lg blog Sajidah ni boleh dikira mempunyai ramai pengunjung setia... Malu, kalo2 ada kwn2 lme yg bace.... Uuuwaaaaaaaaaa..... mmg malu. Bila fikir2 balik.... lantaklah... tu mse aku kecik dlu....ade jugak kenangan yg masih tersimpan.

Aku syg sbnrnye.... syg pd zmn pnulisan ak. Kalo mse kat skolah rdh dlu, aku agak aktif menulis. Antaranya sempena hari merdeka, persaraan guru besar dan beberapa aktiviti lain. Tp satu pun aku x simpan.

Ak copy paste dr blog Sajidah.


KHAS BUAT SAJIDAH

Teman
Hidup ini bagai bahtera di lautan
Perlu melawan gelora yg datang
Tanpa ketabahan hati
Impian ‘kan binasa

Teman
Sabarlah menempuhi dugaan
Sesungguhnya ia mengajar insan
Erti kehidupan hakiki

Walaupun kita sedih kerana seorang insan
Namun
Ia kerana satu persahabatan
Ingatlah
Hidup ini pasti ada cabaran
Lebih-lebih lagi dalam persahabatan
Ia akan bertemu dan berpisah
Pada akhirnya.....

Yang Simpati
-----
(RAIHAH)

Inilah satu2nya hasil tulisan aku masa dulu... Ini sahaja yg masih tersimpan.

Monday, July 7, 2008

Semester 5 Sudah!


Alhamdulillah…sem baru sudah bermula. Nampaknya bertambahlah pangkat kesenioran aku. Skrg da sem 5, maksudnya aku da tahun 3. Tggl 4 sem shj lg sblum bergelar seorg guru…. InsyaALLAH.

Jadual sem ni agak teruk! Bukannya teruk sbb terlalu padat, tak. Tapi teruk sebab kelas aku banyak di sebelah malam. Malam Isnin smpai Khamis ada klas mlm. 1 lecture smpai pukul 10 dan 3 klas lg adalah lab smpai kul 11mlm! Memang dahsyat. Masalah klas mlm ni mmg dihadapi oleh student UPSI. Aku alami nye sjk sem lps… aku ada 3 klas mlm. 2 lctre yg 1nya hbis kul 10 dan 1 lg hbis kul 11 & 1 lab hbis kul 11.


Bayangkan betapa susahnya mempunyai kelas mlm. Aku percaya kbykn U kat Malaysia ni, x byk ada klas mlm, sbb aku difahamkan, pihak U tak boleh mengambil waktu student di waktu mlm dan hujung minggu! Tapi tidak di UPSI mungkin disebabkan tak mempunyai kemudahan ruang kelas yg mencukupi.

Byk mslh yg akan timbul apabila ada klas mlm ni. Soal keselamatanlah yang amat dirisaukan. Bayangkanlah, kelas berakhir jam 10 mlm malah lebih teruk klas yg berakhir jam 11 mlm. Keadaan di Tg. Malim sudah sunyi sepi ketika itu. Ye lah….Tg. Malim hanya sebuah pecan kecil. Berdasarkan pengalaman aku sem lps, balik kelas pedagogi jam 11 mlm, memang lengang jalan di hadapan pintu utama UPSI. Sem lps rasa tak takut juga, tapi kami ber4 org kwn sama2 pulang ke rumah. Jadi kurglah sikit rse takut tu. Kelajuan basikal yg kami bw, tak tahu lah selaju ape, mmg kami pecut sbb suasana gelap dan sunyi di kawasan perumahan kami amat menakutkan!

Persoalan yg bermain di fikiran aku, kenapa UPSI masih mempunyai kelas malam. Bukan sebab apa, sebab aku rasa, pihak U patut memikirkan soal keselamatan. Majoriti student di UPSI adalah pelajar perempuan dan ramai student UPSI tinggal di luar kolej kediaman!

Tapi mungkin UPSI mempunyai alasan yg lbih kukuh kenapa masih wujud kelas mlm!