Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, December 11, 2008

Cerita Raya

Saudara-mara dari Terengganu sudah pulang dan rumah juga sudah dikemaskan seperti sediakala. Mereka tiba di rumah saya pada petang Sabtu. Segala persiapan untuk menyambut kehadiran mereka sudah saya lakukan seminggu awal lagi. Contohnya seperti menjemur bantal-bantal yang sudah lama tersimpan di dalam almari, menukar cadar bilik tamu, membuat tapai dan memasak wajid serta mengemaskan rumah. Inilah kali pertama Tok Wan saya beraya di luar Terengganu.

Tok Wan.


Aidil adha disambut seperti biasa. Tidaklah seperti Aidil Fitri yang kebiasaannya dipenuhi aktiviti kunjung-mengunjung dan sesi bermaaf-maafan dan menadah tangan menerima duit raya ;p. Pergi solat raya dan kemudian pulang ke rumah dan asyik makan-makan. Tugas saya pagi itu ialah membakar satay. Ayah, abang dan sepupu saya Amin pergi korban di masjid selepas itu. Petangnya ber'YM' dengan Anis dan khabarnya nak update blog yang dah berbulan dibiarkan berhabuk.


Sepupuku di pagi raya.

Kehadiran saudara-mara diraikan dengan masakan atau makanan oleh ibu. Pada malam Sabtu itu, lauk yang dihidangkan oleh ibu ialah Siakap 3 rasa sebagai menu utama. Seawal pagi Ahad, juadah Mee Hoon Soto dan Roti Jala yang merupakan kegemaran Tok Wan menjadi santapan. Pada malam raya lagi kami sudah membakar Satay. Menu utama pagi raya ialah Nasi Dagang, Nasi impit dan Satay. Hidangan di meja makan juga turut dipenuhi dengan makanan yang diberi oleh jiran-jiran. Hari Selasa pula menunya Laksa Penang, Nasi Ayam dan juga Nasi Putih berlaukkan singgang, ikan goreng, budu dan ulam-ulaman. Dan sebelum mereka pulang pada hari Rabu, ibu telah memasak Nasi Lemak Sambal Sotong. Huhu.... Memang asyik makan dan tak tahulah berapa 'kg' sudah bertambah.

Makanan di pagi raya.


Mereka tidak kemana-mana sangat. Hanya shopping di Plaza Angsana dan ronda-ronda di sekitar Danga Bay. Sedikit gambar sebagai bingkisan. :)



Itu cerita raya yang sudah dilalui. Cuti berbaki tidak sampai sebulan lagi. Terasa sebentar sahaja masa berlalu pergi. Kalau mengikut perancangan, ada buku yang perlu ditelaah untuk semester depan tak disentuh lagi. Bukannya saya rajin tak tentu pasal. Tetapi semester depan adalah semester sibuk saya. Dengan subjek yang susah dan bukan citarasa saya. Serta tanggungjawab yang semakin bertambah.


Sebenarnya tak tahu nak update apa. Tapi macam tak best biarkan blog tak bercerita.


Sekian sahaja.


p/s: Ini pesanan kawan saya. Saya malas nak tepekkan di n3 saya, jadi saya link kan sahaja. Kisah kerja sambilan. Kalau nak tahu silalah klik yer :)

Sunday, December 7, 2008

Kereta Kebal

Ini kisah lama. Tapi saya baru sahaja dapat gambar-gambarnya. Jadi nak cerita tentangnyalah.

15 Oktober 2008 yang lalu saya, Cu & Aniem telah melancarkan sebuah kereta kebal. Huhuhu! Sebenarnya bukanlah kereta kebal. Kami telah set kan pergerakan simple robotic. Dan ada salah seorang pelajar di dalam lab menggelarkan pergerakan robot kami sebagai kereta kebal semasa kami setting instruction robot.



Simple robotic ini adalah di bawah subjek Basic Instrumentation. Mungkin kalau orang lain tengok, apakah objek sebegitu rupa bentuk dipanggil robot. Ya! Itulah robot yang kami buat. Namanya SIMPLE robotic. Tujuan mini projek ini dibuat adalah untuk menambahkan kefahaman kami terhadap instrumen yang digunakan dalam elekronik (hardware) dan cara nak set robotik menggunakan program Basic Stamp (software).

Jadi janganlah tertawa tengok robot kami tu. Sebab nama subjek ini pun Basic Instrumentation. BASIC! Jadi, kami hanya belajar yang asas sahaja. Kalau budak engineering tengok mungkin geli hati. Tapi bagi kami cikgu-cikgu fizik, benda-benda macam tu sudah dikira hebat. Yelah, kami Bachelor in Education not B. Sc or B. Eng.

3 kali perjumpaan untuk menyiapkan simple robotic itu. Setiap kali perjumpaan memakan masa kurang 2 jam.

Task terakhir kami utk mini project ini ialah mensetkan pergerakan paling kreatif robot. Kami pun settingkan robot tu dlm software Basic Stamp dan burn kan ke dalm microcontroller (mcu) robot tu. Setelah digerakkan robot tu, kami bercadang nak memperhaluskan lagi pergerakkan robot tu. Untuk nak memudahkan kerja, kami menggerakkkan komputer tu menghadap meja ... entah macam mane komputer tu terpadam sendiri. Huhu...hilanglah robotic instruction kami kat dlm software di komputer . Tapi nasib baik dah burn robot instruction yg awal-awal kami buat tu ke dalam mcu robot. Jadi, kitorg pun malas nak create new motion, takut tak jadi memandangkan masa tinggal 10 minit.

Pendapat saya pergerakan robot kumpulan saya tu cantik. Walaupun tak sempat diperhalus lagi perjalanannya. Cantik tau pergerakkannya sebab jarak pergerakan dan pusingan robot itu memang ngam-ngam dengan jarak hujung meja. (Hahaha...perasan sungguh saya :P). Sayangnya saya tak dapat tayang kan pergerakan simple robotic tu sebabnya videonya saya tak dapat lagi daripada kawan saya, Aniem. Gambar-gambar ini pun ihsan Aniem.



Masa nak show kan motion tu kat dlm klas, memang segan juga. Saya & Cu memang tak sanggup nak gerakkan, segan dengan group lain. Nasib baik Hanim berani menggerakkan... TQ Anim. Nasib baik juga mulut2 budak lain tak kejam mengutuk atau memperli. Sebab group2 sebelum ni ada je budak2 membuat ulasan yg poyo semasa pergerakkan robot tu. Contohnya:
  1. Kalau masa robot tu berpusing kiri dan kanan, dorg akn ckp kiri kankan kiri ala2 kawad kaki gitu.
  2. Kalau robot tu bergerak dan berhenti dalam tempoh yg kejap .... dorg ckp cam printer bubble jet.
  3. Kalau robot tu bergerak dan dalam pegerakkan tu menuju ke botol air...dorg ckp robot tu hauslah.
  4. Dan macam-macam lagi komen yangg sangat poyo!
Biasalah ... student lelaki memang cm tu. Kebetulan kelas ini student perempuan minoriti...ade 11 orang sahaja perempuan. Selebihnya lelaki...memanglah riuh kalau dalam lab.

Alhamdulillah...mini project tu berjaya : )

Friday, December 5, 2008

Home Sweet Home

Since I'm in holiday, seems like every weekdays I'll publish entry, yet weekend no entry is publish due to I spend my time with my parents. I always chat with Anis who is my younger brother in Egypt by using YM. Sometimes, we prefer using Skype if we want to make a call. It is because the sound is clearer by using Skype than YM.


This entry is done to fulfill Anis request. He asked me for many times to send him the new look of our home sweet home. However, when I send via YM, it's never accomplish because the internet is so slow and it's take ample of time to upload if want to send via email.

Thus, I have decided to upload in blog.

The new look of yours bed. New bed sheet for Angah, Anas and yours mattress. Your room today look so tidy and clean since Angah so 'bersemangat' cleaned the room last night after I babbled to him every day.

These are the fishes that I told you in YM. Angah bought last night and put it on the book shelf in your room.


Flowers. Ibu's favourite. Ibu bought new flower for the 'tempayan' in Ayer Hitam with Mak Anjang. Other flowers are still the same.



Living room. Same. Do not have any changes. Cushion, carpet and curtain still same.




Other parts in our home. It is same before you fly to Egypt.













The new things in our home.



  • WELCOME frame is bought by Along at Angsana and is place under Basmalah frame in garage.
  • 'Kayu berukir' is bought by ayah in Sarawak and is glue at the wall in garage.
  • Lamp is a present from SPACE's student in Sarawak.
  • Orchid. The orchid appear only during Hari Raya. It is ibu's routine to buy new orchid every Hari Raya and after that the orchid will 'disappear'.

That's all. Hope that it will break your longing to our home especially your room.



Huahahah... tak tau tiba-tiba terasa nak type in english, kalau ada silap tu biasalah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :) .