Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, April 10, 2009

Jam tanganku

Pagi tadi nak pergi ke kelas. Dalam bersiap-siap, nak pakai jam tangan. Tetiba tengok jam tak ada atas almari. Tengok pulak atas meja. Tak ada jugak. Ish... mana pulak perginya jam ni.

Tupppppp! Ya ALLAH.... jam tertinggal kat library. Gelabah yang amat. Doa-doa adalah jam tu ada lagi sebab tertinggal malam tadi.

7.40 keluar dari rumah terus ke library. Jumpa kakak guard minta izin nak masuk sebab tertinggal barang. Nasib baik dapat masuk, library buka pukul 8.30 am.

Dengan lajunya naik tangga terus menuju ke meja yang duduk malam tadi.

Alhamdulillah. Jam masih ada :)

Dengan rasa penuh syukur dan gembira saya pun keluar library.

" Terima kasih kak!" dengan wajah tersenyum.

"Sama-sama. Ada tak jam nya?"

" Ada.... alhamdulillah"

"Haaaa.... Nasib baik ada. Lain kali jangan ditanggalkan jam tu"

Saya tersenyum sahaja. Turun dan menuju ke lounge library untuk bersarapan dengan Hidayah sebelum ke kelas.


Kebiasaan saya menanggalkan jam yang dipakai apabila menulis atau menaip. Kerana rasa tersangkut apabila memakainya.


Jam lama saya... hadiah ulang tahun kelahiran saya yang ke-18 oleh ibu.


Dulu masa saya masih memakai jam yang lama seperti dalam gambar di atas. Saya sentiasa pakai, lebih-lebih lagi masa saya duduk di matrik. Saya pakai 24 jam. Tidur, makan, mandi, basuh baju. Masa dah masuk UPSI pun macam itu juga tapi kurang sikit. Tapi bila membasuh baju atau mandi saya masih memakai jam. Saya akan buka apabila nak menulis atau menaip sahaja. Dan jam itu memberi khidmat selama 4 tahun. Tak tahan lama disebabkan keganasan saya dalam memakainya. Sampai enjin jam itu rosak akibat berkarat kerana terlalu kuat kena air.

Dan jam baru saya ni baru berusia 3 bulan. Mana saya tak gelabah masa saya tahu tertinggal di library.

Pengajarannya.... pastikan barang peribadi anda dikemas sebaik-baiknya sebelum meninggalkan meja. Sayangilah harta benda anda (*_*)


Wednesday, April 8, 2009

Sedapnya Tempe

Sekarang ni teringin sangat nak makan tempe. Emmm... sedapnya. Sambal goreng tempe. Dah lama nak makan... setiap kali masuk Restoran Naz harap sangat ada lauk tempe tu. Tapi dah lama tak da kat menu lauk Restoran Naz tu... Lagi satu Restoran yang sedap masakan tempenya ialah Restoran Ummi kat Taman U. Tapi jauhlah pulak nak ke sana.

Dulu masa zaman kecil-kecil, sangat tak suka tempe. Masih ingat lagi kisah masa darjah dua. Dekat kantin SKTSP.

"Mak cik nak keledek goreng dua. Nak sambal cicah sekali", sambil menghulurkan duit RM 0.40.

Saya dengan rasa tak sabarnya nak makan. Sekali tergigit... tempe goreng. Huh... kecewa sangat.. sebab masa tu tak suka tempe.

Masa kat matrik: KMJ. Saya masih tak suka tempe. Kalau kawan-kawan (Ezla & Ina) ambil tempe goreng sambal, saya tak pernah rasa nak ambil. Kawan-kawan selalu puji akan kesedapan tempe yang dimasak oleh mak cik kafe itu dan kemurahan harga makanan apabila makan lauk tempe. Nasi + sayur + tempe + air suam > rm 2.00.

Saya mula makan tempe apabila sudah berada jauh dari negeri Johor. Ketika saya menuntut di UPSI. Sedangkan , Johor dan masakan tempe goreng sangat sinonim. Jati diri ke'JOHOR'an saya lahir apabila saya berada jauh dr negeri itu. Walaupun saya bukanlah asli JOHOR... Tapi di negeri Johor itulah saya dibesarkan....

Terasa suka bila makan tempe goreng di kafe kolej kediaman saya di UPSI pada masa itu, KHAR. Hari-hari beli lauk tempe. Nasi dan tempe semata-mata. Sangat lazat lagi-lagi makan waktu nasi tengah panas. Dan semasa duduk rumah sewa ini, tempat membeli tempe goreng di Restoran Naz. Saya suka tempe... tapi kena tengok cara masakan tempe itu. Suka tempe yang digoreng garing dan rangup. Lagi sedap kalau dimasak sambal tempe goreng.

Sejak menyukai tempe, saya belajar masak tempe. Dan salah satu laman web yang saya tengok ialah blog Mat Gebu.

Gambar di copy dari blog Mat Gebu.


Sedapnya kalau dapat makan tempe goreng lada... Bila susah nak dapat, itulah yang terlintas di pemikiran. Masa cuti hari tu, agak muak jugak makan tempe. Setiap minggu ibu beli tempe untuk saya masak. Sebab abang saya suka tempe yang saya masak. Sampai dah tak terasa nak makan tempe masa itu. Sekarang ni rasa... teringinnnnnnnnnnn nya nak makan tempe... Huhuhu.

Tempe ini banyak kelebihannya. Cubalah tekan kat GOOGLE @ YAHOO tentang khasiat tempe... Mesti banyak laman web yang menceritakannya. (Ayat penulis malas mencari maklumat... then suruh pembaca cari sendiri maklumat...ngeh3)

Friday, April 3, 2009

Ceramah Dr. Danial


Sabtu lepas diberi kesempatan untuk mengikuti ceramah Dr. Danial Zainal Abidin...alhamdulillah.Dr. Danial merupakan bekas pelajar perubatan daripada Universiti Iskandariah , Mesir. Klik sini. Sama dengan tempat Anis belajar rupanya. Tajuk ceramah semalam ialah " Islam membenarkan sains @ sains membenarkan Islam?"

Ceramah bermula pada jam 9 malam dan berakhir apabila menghampiri pukul 12. Meskipun fizikalnya saya amat letih sepanjang hari tapi sedikit rasa mengantuk pun tidak dirasai. Ceramah yang disampaikan dikupas dengan begitu menarik. Penyertaan pelajar tak menggalakkan. Tak penuh pun Auditorium Utama. Mungkin masing-masing sibuk dengan assignment. Tapi alhamdulillah....mereka yang hadir malam itu sungguh komited kerana betul-betul mahu menyertainya.

Isu utama yang saya fahami melalui apa yang disampaikan ialah " Kita umat Islam hanya mengaji Al-Quran tapi tidak mengkaji isi Al-Quran".

Banyak kata-kata Dr. Danial lontarkan menginsafkan diri ini... Antaranya kita sibuk nak khatamkan Al-Quran, tapi tak peduli tentang apa maksud yang kita baca.... Kita sibuk buat pulut kuning nak buat majlis khatam Al-Quran meraikan kekhataman kita, tapi kita tak sedar yang kita khatam tanpa kita memahami maksudnya. Itulah antara isinya yang aku masih ingat lagi setelah seminggu ceramah tu berlalu. Kalau nak betul2 terkesan dengan ayat itu, maka kenalah pergi dengar ceramah Dr. Danial. Sungguh.... membuatkan kita boleh merefleksi diri kita...

Dalam ceramah tersebut Dr. Danial menunjukkan bahawa kebenaran Al-Quran itu dapat dibuktikan dengan sains. Banyak fenomena yang berlaku sebenarnya telah ada disebut dalam Al-Quran.

Antara fenomena tersebut ialah tentang gelombang air di lautan. Yang ada diceritakan dalam Surah Annur ayat 40. Perkara ini telah dibuktikan oleh saintis masa kini. Selain itu fenomena spektrum cahaya, memumiakan mayat, asal usul besi dari 'langit' dan banyak lagi sebenarnya.


Kalau boleh memang nak huraikan kat dalam blog ini tapi kekangan masa dan saya juga rasa tak berkemahiran untuk menerangkan kepada orang lain. Lagipun lebih baik kepada sesiapa yang nak tahu lebih, bacalah buku hasil tulisan Dr. Danial. Insya Allah ... banyak manfaatnya.


Al-Quran itu adalah benar. Untuk memanifestasikan kebenaran itu memerlukan kajian. Sebab itulah menjadi kewajipan kita muslim untuk memahami isi Al-Quran itu. Bukan hanya sekadar membacanya saban hari. Tanggungjawab kita lebih dari itu...