Hari ini hari ke 8 Ramadhan. Pantas rasanya masa berlalu. Masa memang selalu meninggalkan kita, kita saja yang selalu mensia-siakannya. Sebagai contohnya, dalam usia yang sudah pun mencecah 23 tahun, bila difikirkan balik, seolah-olahh tak terasa pun akan kepantasan masa yang berlalu. Sedar-sedar sudah seusia ini umur saya. Saya percaya pada usia saya 43 tahun nanti, iaitu 20 tahun akan datang ( kalau ditakdirkan masih hidup). Masa itu mungkin saya akan merasakan 'oh terlalu pantasnya masa berlalu, sedar-sedar usiaku sudah setua ini, sudah terlalu hampir dengan kematian'.
KEMATIAN... suatu perkara yang pasti. Tapi lekanya manusia kadang-kadang merasakan seolah-olah ia terlalu jauh dengan diri. Padahal, mungkin sedetik lagi ajal datang menjemput. Apabila memikirkan tentang ajal, saya akan berasa insaf yang amat sangat... tapi, sekejap saja...lepas itu leka dengan dunia. Astaghfirullah...
Teringat masa praktikum tempoh hari. Waktu terakhir p&p untuk kelas 2 Rajin dan 2 Jujur. Saya tidak mengajar. Lebih kepada sesi melembutkan hati murid-murid yang disayangi sebelum meninggalkan mereka. Saya menayangkan 3 buah video. Video tentang gambaran seksa kubur, video tentang gambaran hari kiamat dan video tentang lagu anak soleh. Sambil mencerita tentang tanda-tanda kiamat, kesalahan yang telah dilakukan dan sedikit sembang-sembang. Bercucuran air mata sesetengah murid yang masih lembut lagi hatinya di kelas 2 Jujur, namun ada juga yang masih tidak terkesan apa-apa. Manakala, 2 Rajin lebih kepada bising sehingga sukar untuk dikawal. Ada sesetengah nak keluar sebab tak sanggup melihat video. Sedih sebenarnya sebab kalau boleh nak sangat semua pelajar tengok dan ambil sedikit kesedaran. Tapi saya tak mahu jadi isu seperti sajak kematian yang heboh diperkatakan dulu. Jadi awal-awal lagi saya memberi kebenaran sesiapa yang tak sanggup melihat video yang ditayangkan boleh ke perpustakaan di sebelah bilik tayang.
Kematian itu adalah motivasi terbaik dalam kita melakukan amal soleh. Hati-hati yang lembut akan terkeasan setiap kali fikir tentang mati. Namun hati-hati yang keras, terus-terusan berdegil dan leka dengan dunia yang fana. Mungkin jua hidayah belum diterima...

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Maksud Ayat 19 Surah Qaf
[50:19]