Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, June 27, 2008

Berakhirnya ROS 1

Alhamdulillah. Akhirnya aku telah berjaya menghabiskan ROS 1 selama 2 minggu. Hanya tinggal hendak menyudahkan report.

Sepanjang 2 weeks aku berada di sekolah.... byk benda yg aku pelajari secara tak langsung. Cara perhubungan sesama guru dan murid2... persekitaran sekolah...dan banyak lagi.

Banyak benda yg menyentuh hati dan membuatkan aku banyak berfikir tentang profesion perguruan...

Antara yg menyentuh hati aku apabila aku melihat sendiri :

  • Seorg guru memanggil seorg murid hanya utk membaiki ikatan tali baju muridnya.
  • Seorg guru melayan seorg murid spt melyn anknya.
  • Seorg guru prihatin n perasan perubahan diri ank muridnya yg tiba2 bersikap pasif serta mengetahui ttg keluarga murid tersebut.
  • Seorg murid hyperaktif yg byk mendatangkan masalah yg begitu diambil berat oleh para guru sekolah.

Itu hanya sedikit yg aku mampu catatkan.

Pesanan2 n doa2 para guru di SKTSP amat ak hargai. Kerjasama, bimbingan dan didikan yang diberi amat aku hargai. Segala masalah yg aku hadapi sebenarnya mematangkan diri aku. Alhamdulillah, ak tinggalkan SKTSP dgn hati yg gembira, segala masalah sudah dirungkai, mungkin masalah yg ak hadapi kerana hanya sedikit salah faham. Sesungguhnya cikgu2 di SKTSP amat baik n membantu. Aku amat terharu!


Sebahagian yg aku tempuhi spjg 2 weeks ni. Perkara2 yg menyentuh hati seterusnya membuatkan ak berfikir. Seterusnya terus membakar semangat aku utk bergelar pendidik. Doaku semoga semangat yg sedang membara ini terus-terusan menyala.


p/s: InsyaALLAH gambar2 spjg ROS 1 akan mengiringi n3 akan dtg kerana skrg ak di kg ayh, jd gambar2 di laptop ak dan sebahagian lg gambar di lptop kwn sy, Kak Nani. Sbnrnya ak x suke n3 tanpa gmbr kerana spt kehidupan tak bewarna! =P


Tuesday, June 24, 2008

::Hari Ketujuh ROS 1::


::Hari ketujuh::

Hari ini hari ketujuh menjalani ROS 1. Tugasan hari ini, melihat Kak Ana mengajar. Kak Ana mengajar subjek BM utk kelas 6 Mahir. Alhamdulillah, kelas 6 Mahir merupakan kelas cemerlang, jadi tiada masalah semasa mengajar. Aku menjadi penonton je kat belakang.

Masa rehat, aku pergi kantin sekolah. Entah macam mana, ada seorang cikgu bertanya...tetapi bukan bertanya kepada kami cikgu ROS...cikgu itu bertanya kepada cikgu lain.

A:Siapa budak2 ini?
B:Laaa....inilah dia budak ROS.
A:Tak memperkenalkan diri pun.

Kami terdiam...hanya tersenyum...tapi dalam hati...Ya ALLAH...kami bukan tak nak memperkenalkan diri...tapi kami da berta'aruf selepas sesi perhimpunan rasmi hari Isnin...mungkin ada cikgu yang tiada pagi itu. Aku da bersalaman dgn cikgu2... juga sudah memperkenalkan diri kepada cikgu2 yg prnh mengajar aku. Aku sangat menghormati dan menyayangi cikgu2 yang pernah mengajar aku. Menghargai jasa mereka yang tak terbalas. Tanpa didikan mereka siapalah aku!

C:Sombong nye! tak memperkenalkan diri pun.(C: bukan seorg guru)
D:Bukan sombong...budak2 tu segan...baik budak2 tu.
B:Ko garang sangat...macam singa...takut budak2 tu.

Ya ALLAH... mase tu dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu...

Siapa kami nak sombong dgn cikgu 2?..Apa yang kami ada sampai nk sombong?..Kami hanya pelatih...bukan punya kepakaran macam cikgu2...Kami ke sekolah untuk timba ilmu2 yang cikgu2 ada...Sebagai panduan kami bila menjadi pendidik masa akan datang. Kami bukan tak nak menegur...kami akan sentiasa tersenyum...sebab kami memahami cikgu sibuk menguruskan urusan sekolah menjelang hari sukan.

Kami masih lagi bertatih menimba ilmu untuk menjadi bakal pendidik. Kami masih dalam proses pembelajaran. Memahami situasi sekolah. Tiada niatnya kami nak menyombong.

Kami pun bakal menjadi seorang pendidik. Kami pun bakal ada anak murid. Kami pun nanti mengajar. Kami pun akan sama seperti cikgu2. Kami hormat senior2 kami yg sudah lama berkhidmat.

Cikgu2 yg membantu dan memahami diri kami amat kami hargai...

Monday, June 23, 2008

Auni Najihah



Ini dia Auni Najihah. Anak Kak Ana & Cikgu Malek.

Sangat cute dan baik...tak pandai nak nangis2...kalo nangis pun kejap je...sangat aktif...

Kadang-kadang bila Cikgu MAlek bz kat padang sebab nak sukan... dia bagi kat Kak Ana...kami (Kak Nani & aku) pun jagalah...Kak Ana besenya wat report ROS...sebab kat umah Kak Ana bz jaga Auni.

Aku secara jujurnya tak reti jaga budak2... dan tak berapa suka ngan budak2...lyn2 gitu jer....teruk sungguh aku ni! =P

Tapi Auni membuatkan aku suka kat die....hehehe