Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, February 27, 2009

Bila sibuk begini...

Hari ini hari Jumaat. Apabila sibuk-sibuk begini saya saya tak dapat luangkan masa untuk YM. Kebiasaannya masa saya cuti semester, hari Jumaat saya akan berYM dengan adik saya yang sekarang ni di Mesir, Anis. Sebabnya dalam seminggu dia hanya bercuti pada hari Jumaat. Tapi sekarang saya tak sempat nak berYM. Kalaupun saya on YM hanya menjadi halimunan. Hehehe...
Anis tengah tunjukkan buku Anatomy nya yang berselirat dengan tulisan dan lukisan.


Semester ini memang busy. Saya memang tak dapat balik JB sampai bulan 5 nanti. Tak apalah. Saya masih banyak komitmen di TM ini. Saya perlu selesaikan itu dulu. Saya masih ada hp dan ym untuk contact parents saya di JB.

Saya perlu set kan minda saya bahawa, beginilah life student. Ini yang saya mahukan. Maka inilah yang saya dapat. Walaupun life saya busy untuk sem ini, tapi saya suka. Saya lebih hargai apa itu masa (ye ker ;p). Sekurang-kurangnya masa bermanfaat ke arah kebaikan. Tidaklah lepak-lepak sahaja. Memanglah lepak-lepak itu best. Tapi berbeza dengan sibuk untuk kebaikan, ia lagi best, kerana Insya Allah ada ganjaran yang lebih dari NYA jika kita ikhlas kerana ALLAH.

Bila saya tak balik JB bermakna saya juga tak dapat balik Kemaman. Kampung belah ayah saya. Saya rindu sama itu budak kecik yang aktif. Syahmi. Bila saya balik lagi bermakna dia dah semakin besar. Budak kecil ni kita boleh nampak peubahan mereka.Kat kampung belah ayah saya, saya masih punya ramai budak kecil. Cousin saya ramai yang masih kecil. Tengok ini gambar mereka.Hari ini parents saya pulang ke kampung. Oooohhhhh...... saya tak dapat balik! Saya juga sudah lama tak ketemu sama sepupu terapat saya, Aina. Aina sekarang jadi cikgu sandaran kat salah sebuah sekolah di Kerteh untuk tempoh 2 bulan. Aina sebaya saya dan pemegang diploma kejuruteraan awam.

Tak pulang bukan bermakna tak mahu pulang. Tapi tak mampu pulang kerana begitu banyak komitmen yang dipegang.

Tak pulang bukan bermakna lupakan yang tersayang. Tapi mereka sentiasa dalam ingatan dan doa untuk mereka tak pernah lekang.

Tak pulang bukan kerana alasan. Tapi kerana tugasan yang digalas belum lagi dilangsaikan.

Baiklah.... saya perlu tinggalkan blog seketika. Banyak perkara yang perlu diselesaikan....

Tuesday, February 24, 2009

Tag Ke-8

Saya telah ditag oleh Cik Syu pada kira-kira 2 minggu lepas. Namun begitu, atas kesibukan yang melampaui tahap kebolehan saya, maka saya teramatlah busy. Alhamdulillah saya telah menyiapkan tag ini pada tengah hari Jumaat (20 hb Februari 2009) di kala saya tengah bosan dengan assignment dan terasa nak update blog . Saya akan publishkan entry ini bila saya busy dan tak berkesempatan nak blogging. Maka di kala anda membaca entry ini, pemilik KUASADUAR sedang busy melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pelajar....(*_-)

1.Anda rasa anda hot??
Hot??? Owh.... tidak! (*_-) ...... Spicy yer kot! ....ngeh3x!

2. Upload gambar kegemaran anda




3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ia gambar terbaru saya sekeluarga. Gambar ini konon-kononya diambil pada hari raya walhal pada bulan Ramadhan 1429. Kami bergambar dalam bilik hotel sebelum Anis fly ke Egypt pada hari tersebut. Jadi kami ambil gambar raya dalam bulan Ramadhan supaya Anis tak terkilan nak pakai baju raya tue :P

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
1 Muharam 1430 H. Makan Pizza Hut kat Jusco Taman U ngan family. Dah lama tak makan. Confuse sekarang ni... Pizza Hut kena boikot tak... ada orang cakap Pizza Hut under JCorp.

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
Tak ingat lah... sebab last dengar lagu semalam... lagu retro lah.

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Dengar alunan bacaan Alquran juz 30 oleh Syeikh Abdul Rahman Sudais.

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Panggil apa saja selagi ia mempunyai makna yang baik.

8. Tag lagi lima orang
Itaza
Aniem
Cu
Fana
Shud

9. Siapa orang nombor satu?
Itaza... manusia maya! Tapi saya suka dan sayang dia.... Wakakaka ;) Boleh ker???

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
Mr. Isketambola :)


11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima
Dia housemate merangkap roomate dan classmate kat UPSI ni. Nama popular Shud. Nama penuh Nor Shuhada Mohmad.

12. Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
Dia juga housemate merangkap roomate dan classmate kat UPSI ni. Juga schoolmate masa kat SMKTUN dulu. Nama glamour Fana. Nama penuh Nurul Farhana Zahuri.

13. Siapakah orang nombor dua?
Classmate dan Rexcomate kat UPSI ni dan nama penuhnya Nurrul-Haniem Mustaphy.

Sesiapa yang terasa nak buat walaupun tak di tag pun dipersilakan :)

Friday, February 20, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 3-Penutup-

Ini entry terakhir tentang Kem Fizik. Sudah seminggu berlalu...


Hari Ketiga (15.2.2009)

Hari ini hari terakhir. Pagi lepas warming up, ada Physicsrace. Saya jaga check point 5. Tugasan di check point 5 senang sahaja. Check point 5 di tengah-tengah padang yang panas. Dugaan betul.... dah lah baru baik demam.
Dari kanan : Shahzreen, Khairwan (AJK Aktiviti), Liyana, Hazni, Masliza(AJK Dokumentasi) dan Raihah.

Tugasan 1-Tugasan utama dan berkait dengan fizik. Suruh peserta ukur panjang tali yang panjangnya 10 m. Tapi kami hanya bagi pembaris berukuran 30 cm. Pandai-pandai peserta nak ukur macam mana. Kami akan minta mereka bagi jawapan dalam unit yang kami hendak. Suka hati kami. Nak dalam unit km, m, cm, mm, nm dan lain-lain. Ada beberapa kumpulan tu kami suruh convert banyak kali unit-unitnya. Dari m tukar ke mm, pas tu tukar ke Tm, pastu tukar ke cm pastu tukar ke pm. Hahaha... kami tak kejam. Kami nak uji balik apa yang telah di ajar pada hari kedua... Huhuhu! Macam-macam aksi masa mereka mengukur. Ada yang guna depa tangan kawan yang tinggi. Cepat sikit siap. Ada yang guna pembaris semata-mata... Hehehe... memang berkurunlah budak-budak tu ukur. Sengeh je lah tengok. Tiada kumpulan yang dapat ukuran yang betul. Paling dekat peserta kira 9.6 meter.

Tugasan 2-Sebabkan tugasan 1 tu senang, ada tugasan kedua. Fasi bagi teks yang panjang. Peserta semua diwajibkan menghafal. Teks itu berisi kata-kata kesedaran seorang pelajar yang lemah tapi sedar bahawa mereka juga mampu berubah. Jadi, teks itu berisi kata-kata motivasi. Peserta baca semula teks yang dhafal tu di depan fasi. Hehehe... kesian... kena menghafal di tengah terik panas di padang. Sepanjang tugasan tu, saya nampak pelajar perempuan senang menghafal teks itu. Ada kumpulan yang dapat hafal dengan baik, ada juga yang tertinggal-tinggal perkataan. Ada yang terus tak ingat. Senyum je lah saya tengok. Ialah karangan sepanjang semuka surat kertas A4 yang hendak di hafal oleh 9-14 pelajar dalam masa 5 minit. Memanglah sukar.
Tugasan 3- Ini denda. Sebab mereka gagal jawab dengan betul pengukuran tali dan gagal menghafal teks dengan baik. Semua kumpulan kena denda sebab tiada kumpulan yang dapat ukur dengan tepat. Dendanya senang sahaja. Nyanyi. Apa-apa sahaja lagu. Tapi fasi tak benarkan nyanyi yang dah dinyanyikan oleh kumpulan sebelumnya. Jadi macam-macam lagu yang kami dengar. Asma-ulHusna, Lagu Negaraku, Lagu Perak, Lagu SEMAIAN (lagu sekolah), chicken dance, lagu Cadbury. Syok tengok budak-budak ni. Enjoy!

Habis Physicsrace pada jam 11 am. Bersiap sedia pula untuk ke acara penutup.

Masa majlis penutup lah diberi hadiah kepada pemenang. Kumpulan saya dapat sagu hati. Tak apa- kamu semua bagus... Bagus dalam semangat nak study! Akak suka... teruskan semangat study kamu tu.

Selepas acara penutup tu, kami fasilitator dijamu makan dengan makan yang sedap di kantin. Nasi beriani. Selepas makan, kami kembali semula ke dewan. Sesi penutup antara peserta dan fasilitator. Nanyi semula lagu tema program ini. Lagu MARILAH BERUSAHA..... lagu ni asalnya Lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR....tapi ditukar liriknya. Best....best! Bila peserta menyanyi dengan penuh semangat. Lepas itu sesi bergambar.

Kumpulan 15 & 16 bersama fasilitatornya.



Dan akhir sekali sesi bermaaf-maafan. Sambil-sambil itu, akak tak putus-putus bagi kata-kata azimat (azimatlah sangat ;p)... Semoga kamu bersemangat untuk study. Semoga ada kata-kata akak yang berkesan untuk hati kamu. Seterusnya memecutkan tindakan kamu agar berjaya kelak!

Sharul yang banyak bersembang dengan akak masa ni. Banyak benda Sharul cerita. Kebetulan Sharul pernah duduk Kemaman dan sekarang menetap di Behrang yang hanya beberapa minit dari TM. Sharul, akak doakan kamu berjaya dan jadi manusia baik! Syafiq.... akak pesan jangan asyik kena buli dengan perempuan. Kamu yang pemalu membuatkan pelajar perempuan usik-usik kamu.

Azah.... akak doakan kamu, kamu boleh! Munirah, kamu pun boleh. Kena rajin lagi! Kesuma, hari terakhir ni akak nampak kamu penat sangat . Monyok je duduk dalam kumpulan macam tak happy dengan program ni. Tapi rupanya kamulah yang meleleh air mata berderai-derai masa salam akak. Dan kamu bagi keychain untuk akak sebagai kenang-kenangan. Akak tak nak sebab akak tahu kamu sayang keychain itu, tapi kamu bagi juga.

Selepas itu, kami fasilitator, kemas-kemas barang. Jam 3 kami bergerak pulang. Masa tunggu bas itu Sharul sahaja yang ada. Sharul cakap Syafiq tengah mandi. Sembang-sembang dengan Sharul. Tepat jam 3 naik bas.

Lambaian semua adik-adik peserta... membuatkan kami fasilitator terharu... Siap conteng baju tulis " KAMI SAYANG FASI"! Kamu semua nakal tapi budak baik!

Sharul lambai sampai bas belok dan tak nampak dah sambil tengah makan gula-gula ala-ala Chupa Cup... Sekali tengok macam adik kembar akak yang juga suka makan Chupa Cup. Rupanya pelajar perempuan kumpulan akak ada kat balkoni asrama perempuan sambil melambaikan tangan. Waaa....sayu sungguh!

Semoga kamu semua berjaya!!!!!!



Fasilitator dan peserta " Guru Cemerlang Pelajar Berwawasan (KEM FIZIK)

Barisan Fasilitator

Ini semua kenangan masa kami bergelar fasilitator dan kamu adik-adik. Mungkin tak sama lagi bila kami bergelar cikgu dan kamu pelajar-pelajar!
----------------------------------------------

Akak masih teringat-ingatkan kamu semua.... Tapi tak boleh macam ni, sebab akak banyak lagi komitmen lain selepas ini. Akak ada satu lagi program dengan pelajar sekolah untuk Kem Ibadah. Akak juga ada banyak aktiviti dan assignment untuk disiapkan dalam semester ini yang hanya berbaki 7 minggu sahaja lagi. Setiap kali akak teringatkan kamu, Insya ALLAH akak doakan kamu berjaya dan jadi budak baik! Akak tak ambil nombor handphone atau emel kamu tak bermakna akak lupakan kamu. Kamu semua akan sentiasa dikenang ........ (*_*) ..........