Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, December 28, 2009

Mufin Coklat

Kali ini saya kongsikan satu resipi yang saya ambil dari internet, daripada laman web Myresipi... Sedap sangat. Chocolate Muffin.

Dah dua kali saya buat. Yang pertama tak taburkan cip coklat sebab dah habis, yang ke dua saya taburkan coklat cip. Adik saya, Anas sangat sukakan mufin ini.
Ini yang pertama.

Ini pula kali kedua.


MUFFIN COKLAT
Sumber: Yani (Myresipi.com)

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Sunday, December 27, 2009

Keputusan

Saya sudah boleh berehat sekarang. Sudah berhenti daripada menjadi guru tak bertauliah kepada sepupu-sepupu saya. Aktiviti sekarang ialah tengok sukatan pelajaran sains dan fizik dan buat rancangan mengajar selain baik pulih baju-baju kurung saya.

Oh ye! Untuk menjawab komen Azaty di entry sebelum ini serta pertanyaan Zura di shoutbox. Keputusan peperiksaan akhir untuk semester 7 sudah keluar. Alhamdulillah. Tak dapat dekan. Tapi, okaylah. Bersyukur dan gembira. Apa yang saya dapat, itulah hasil usaha saya :)

Terima kasih kepada semua yang membantu. Fana, terima kasih sebab selalu ajar aku. Juga sesiapa rerakan aku yang tak jemu ajar aku yang selalu blur n lost ni. Untuk kawan-kawan yang pernah sekumpulan tugasan dengan aku, terima kasih dan minta maaf jika ada kurang di pihak aku. Aku ucap terima kasih kat kekawan je lah, mana ada pensyarah baca blog aku. Hahaha.. Jasamu semua dikenang.

Dalam rasa tertekan belajar kuantum, yang saya rasa susah sangat nak lulus, alhamdulillah dpat juga B+. Hoooorey! Tak payah lagi tengok Kuantum.

Saya sangat bersyukur, gembira dan berterima kasih kepada pensyarah penyelia projek akhir saya. Saya sangat bersyukur diselia seorang pensayarah yang sangat baik dan prihatin serta cool. Sanggup bekorban masa berjam-jam setiap kali sesi perjumpaan setiap minggu untuk membaiki tesis dan modul. Bila dikenang-kenang, sangat berbaloi apa yang diusahakan. Berapa kali draf untuk modul juga berapa kali draf untuk tesis. Berapa banyak kali saya jumpa untuk berbincang. Beberapa subtopik yang saya keliru dalam tajuk keelektromagnetan telah saya faham :) Kebiasaannya petang Selasa saya akan berdiskusi dengan pensyarah penyelia saya. Bermula dari jam 2.30 petang sampai pukul 4, kadang-kadang lebih. Kadang-kadang pergi seorang, kadang-kadang pergi dengan Cu dan Dayah.

Yang bertudung merah itu pensyarah penyelia projek akhir saya. Dia sangat baik :) Gambar ini diambil masa jamuan perpisahan untuk pelajar-pelajar di bawah seliaannya.

Buku-buku yang dirujuk sewaktu menulis tesis berkaitan pembelajaran kooperatif.


Buku-buku dirujuk untuk membina modul pendekatan kooperatif bagi tajuk Keelektromagnetan.

Hasilnya inilah tesis saya yang telah dijilidkan.



Sekalung penghargaan buat semua pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya.


Thursday, December 24, 2009

FB

Akhirnya saya daftar akaun facebook.

Dulu ada entry dalam blog saya menyatakan asal usul facebook yang meragukan hati saya dan ada juga komen daripada kawan saya yang menyatakan pandangan tentang penggunaan facebook membuatkan saya berfikir semula untuk menjadi pengguna facebook.

Kenapa saya nak daftar sebagai pengguna FB?
Sebabnya untuk berhubung dengan kawan-kawan. Dulu saya ingatkan cukuplah Friendster sebagai penghubung. Tapi nampaknya dunia FS seakan malap sejak akhir-akhir ini. Ramai yang beralih ke FB. Membuatkan ramai yang upload gambar di FB berbanding di FS. Ada juga yang diminta send gambar ke emel tapi suruh ambil dari FB.

Akhirnya... saya menjadi pengguna FB.