Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, June 24, 2010

Hari Keluarga di Starhill Golf

Cuti sekolah bulan 6 selama 2 minggu itu sudah berlalu. Sepanjang 2 minggu itu banyak juga masa saya dihabiskan di depan laptop berhubung dengan anak didikku melalui FB. Kalaulah Kuantan itu dekat dengan Jb, sudah pasti saya sudah di sana.

Sepanjang cuti sekolah 2 minggu itu tak pergi ke mana-mana pun ... Lagi pun kami bukannya ada yang bersekolah lagi, buat apa nak sesakkan cuti sekolah ... hehehe..

Cuma pada 19 Jun , kelab kat tempat kerja ibu buat hari keluarga sehari di Starhill Golf & Club Country. Pergi makan-makan, sukaneka dan mandi. Tapi saya tak mandi dan main sukan pun... Pergi makan sahaja sambil tengok mereka yang mengambil acara sukanneka..

Sukaneka.

Mandi-manda.

Makan.

Sejak akhir-akhir ni malas betul nak update blog... tapi sayang nak kuburkan blog niey...

Wednesday, June 16, 2010

Rombongan ke Melaka

Alhamdulillah... result semester akhirku sudah keluar... Tiada apa yang mampu saya katakan kecuali ungkapan ALHAMDULILLAH. Saya panjatkan syukur kepada Allah, terima kasih untuk keluarga saya, Dr. Bakar, anak didik saya, rakan-rakan juga rakan serumah.

Nak cerita tentang pertunangan abang. Apa yang saya tahu sebenarnya tunang lebih baik tidak dihebah-hebahkan. Tapi bila dunia FB dah wujud ni, benda-benda ni dah tak jadi secret dah, tag sana-sini. Jadi saya cerita je la kat blog ni.


Pertunangan berlangsung pada 6 Jun 2010. Rumah tunang abang saya ituu di Melaka. Jadi mengambil masa dalam 2 jam suku dari JB.

Jom layan gambar.... hehehe.. Malas nak cerita sebenarnya...


Sireh Junjung. Hantaran saya yang buat. Huhu.. Saya buat saja. Bajet untuk dekorasi 7 dulang ini adalah RM120 termasuk lah beli bunga hidup, sireh, polistrin, riben, kartas crepe, bunga, daun dan bery-bery. Murah je kan. Ibu kata buat simpe je sebab tunang. Kalau ikut ibu 3 balas 5 je. Tapi atas permintaan pihak perempuan jadilah 7 balas 9.


Bagaimana barang-barang hantaran disusun dalam kereta. Disebabkan hanya dua kereta dari JB, kereta ayah dan kereta abang dan hanya kami berenam sekeluarga saja dari JB, jadi barang-barang hendaklah disusun dengan baik.

Bawah polistrin putih tu kek.... Huhu... memang kena hati-hati bawa hantaran ni.


Sesampai je di tol Simpang Ampat, kami berjumpa dengan makcik-makcik (adik beradik ibu) yang datang dari KL dan Negeri Sembilan. Seremban ke sini lebih kurang setengah jam saja. Tiada saudara dari Kemaman. Jauh.

Yang pegang dulang ni semua sepupuku sebelah ibu.


Pelamin pertunangan.

Hantaran belah perempuan. Comel-comel. I like ...




Sekian....

Saturday, June 12, 2010

Ubah Layout (~_*)

Alhamdulillah ... akhirnya ter'update' juga blog ni... Kesian juga blog ni, dah macam nyawa-nyawa ikan dah. Hahahaha... Malam ni sempat sign in, biasanya saya view je blog sendiri untuk masuk ke blog kenalan dan laman-laman web yang diminati melalui blog saya tanpa menghiraukan blog sendri yang tak d'update'.

Tiba-tiba ada pula kawan di shout box tanya bila nak update layout. Terus terasa nak sign in blog dan ternampaklah kemudahan baru dalam blogspot. Yeay!!! Tak payah susah-susah dah! Kemudahan nak edit layout. TEMPALATE DESIGNER. Kalau dulu layout blogspot hanya disediakan 2 column dan kalo nak buat 3 column kena edit sendiri HTML nya. Sekarang dah tak perlu ubah sendiri, dah disediakan semuanya. Hanya susun atur gadget saja. Sekejap saja da siap :)

Sekarang ini tak ada idea nak update apa. Mata dah ngantuk..huhu. Sebenarnya cuti ni azam nak baca sebanyak mungkin buku-buku. Tapi setakat ini baru 2 buah buku yang habis dibaca : Travelohg Haji dan Travelog Dakwah. Insya Allah, entry akan datang saya akan share tentang buku itu...

Jadi sekarang ni dalam proses membaca buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Tu pun slow je prosesnya...hehehe. Sibuk sikit cat rumah. Dan last week sibuk wat gubahan abang tunang, Insya Allah next entry juga lah gambarnya.

Ngantuk sudah... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....