Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~
Thursday, April 25, 2013
Rindu Blogku
Rindunya... rindu sangat nak kembali berblog. Tadi tetiba tergerak hati buka blog yang dah lama sangat tak dijengah... Baca entry kawan-kawan.Blog Kak Dila , blog Kak Neeza dan blog Sajida.... huhu....rasanya macam nak aktif balik berblog. tapi itulah... masa! Balik sekolah pun dah pukul 4.... petang main masak-masak..... Malam buat kerja sekolah... main dengan ammar pun kadang-kadang tak sempat...
Tuesday, December 18, 2012
Kelahiran Ammar Razin
REFLEKSI DIRI
Dalam saya berjuang melahirkan seorang anak, saya masih lagi seorang anak yang mengharapkan doa dari ibu ayah. Ibu bagi tahu saya ibu dan ayah baca yaasin dan buat solat hajat pada jam 1.30 pagi... dan saya melahirkan bayi pada jam 1.52 pagi.... Kini apabila dah bergelar mama... baru saya tahu betapa hebat perjuangan seorang ibu. Terima kasih Ibu n Ayah.

![]() |
| Ammar belajar naik car seat sehari sebelum mamakerja |

![]() |
| Ammar dari Kemaman nak ke KL di dalam kereta atuk. |
Sunday, August 19, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H.... Sempena bulan syawal ini, saya memohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan, kekurangan, kekasaran dan keterlanjuran yang telah saya lakukan. Sudah tak larat nak menulis panjang-panjang, sedikit gambar sebagai penghias blog yang dah terbiar ini.
Saya bersama emak mertua. Kepulangan ayah mertua ke rahmatullah seminggu sebelum Ramadhan masih lagi dirasai. Ini di rumah mertua di Taman U.
Ini di rumah keluarga saya di Pulai Perdana. Semua ahli keluarga sudah pulang ke Terengganu. Saya dan suami bergambar sebelum menziarahi pusara ayah mertua dan terus ke kampung di Taman U.
Inilah kali pertama beraya di JB. Biasanya mesti balik kampung di Terengganu atau Negeri Sembilan. Saya sedang menunggu hari untuk melhairkan cahaya mata yang pertama. Hari Raya pertama ini, saya sudah 39 minggu.
Anak-anak buah penyeri 1 Syawal :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


