Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, March 31, 2008

Kampung Halaman


Hari Jumaat yang lalu aku telah bertindak dengan spontannya untuk pulang ke kampung halaman. Hal ini gara-gara sms daripada adik yang aku terima pada tengah hari Jumaat, adik suruh aku pulang ke rumah dengan alasan, semua berada di rumah pada hujung minggu ini. Tetapi pada masa itu aku tak bertekad lagi hendak pulang kerana aku punyai tugasan elektronik berkumpulan yang perlu diselesaikan pada hujung minngu itu.

Entah apa punya penangan, abang aku pula mesej. Abang pun mesej perkara yang sama sewaktu aku dalam kelas Basic Electronics. Jam ketika itu lebih kurang pukul 6 petang.Kelas akan tamat dalam tempoh sejam sahaja lagi. Aku beritahu Cu, dan tunjukkan mesej-mesej tersebut. Aku pun sebenarnya tak sedap hati, siapa yang tak mahu balik...takut Cu terasa...sebab kampung Cu jauh nun di Kuala Berang. Cu pun kata ' Baliklah E'a....Discussion kita buat hari Isnin'. Alhamdulillah dikurniakan kawan yang memahami. Aku pun apa lagi, habis je kelas pukul 7 , terus pecut berjalan kaki... 7.10 sampai rumah terus kemas barang dan basuh baju dalam bilik air. 7.50 ketua rumahku yang amat memahami telah menghantar aku ke Stesen Bas Tanjung Malim lantaran ketiadaan teksi pada waktu Maghrib begitu.

Sesampai di JB (kampung halamanku) pada jam 2.30 pagi. Aku nikmati percutian bersama keluarga dengan penuh bermakna selama 2 hari. Terubat rasa rindu... seterusnya memberi aku semangat dan kekuatan untuk belajar serta melupakan seketika masalah di universiti.

Isnin malam Ahad aku pun bertolak dari Skudai. Dengan beraninya aku telah membeli tiket jam 11 malam dan akan sampai di Tanjung Malim pada pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Semasa di dalam bas, aku telah bertemu dengan Kak Jah (Kak Faizah- dunno how to spell), aku berasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya berteman apabila sampai di Tanjung Malim nanti.

Entah bagaimana bas yang dinaiki ni (Konsortium) tak berhenti di Stesen Bas Tanjung Malim dan hanya membuang kami di depan Seven Eleven. Mengikut kata Kak Jah, biasanya dia naik bas Star Trip dan akan berhenti di Stesen Bas Tanjung Malim, dan Kak Jah akan berhenti ditepi jalan sebelum sampai di stesen bas kerana boleh berjalan kaki sahaja untuk ke rumahnya. Dan mengikut perancangan awal, aku berhajat nak tumpang rumah dia. Disebabkan perancangan telah berubah, aku pelawa Kak Jah berjalan kaki bersama aku untuk pulang ke rumah aku yang kira-kira 1 km dari tempat kami dibuang. Dalam kegelapan dan kesunyian pagi, lebih kurang jam 4.30 pagi kami menyusuri jalan menuju ke rumah aku. Entah bagaimana, anjing dekat kawasan perumahan aku menyalak dengan kuat. Kaki kami berhenti melangkah terus mengambil keputusan untuk call taxi sahaja memandangkan jam menghampiri 5 pagi , dan sudah tentu ada teksi yang sudah beroperasi. Tunggu teksi, dan teksi hantar aku pulang terlebih dahulu dan kemudian menghantar Kak Jah. Alhamdulillah , aku selamat sampai jam 5 pagi. Pengajaran buat aku, jangan bertindak terlalu berani kerana aku sebenarnya pengecut.

Tak aku sangka, dulu aku agak takut dengan Kak Jah sebab aku selalu ponteng untuk buat rondaan setiap jam 12 malam (aku dulu AJK Rondaan). Tetapi pagi tadi aku memang amat bergantung padanya. Perkenalan kami semasa menyertai Rexco Kerohanian, rupanya berjasa sewaktu aku kesempitan begini.

Aku dapat ambil pengajaran di sini bahawa, bersosialah, bergaulah, berkomunikasilah, berpersatuanlah dan libatkanlah diri dengan pelbagai aktiviti. Banyak nilai tambah yang kita perolehi apabila kita mengaktifkan diri ke arah perkara positif. Kita membuat sesuatu ikhlas kerana Allah dan insya Allah, Allah mempermudahkan urusan kita.

Aku tak nafikan aku teringin juga untuk menyertai program-program... tetapi kurang arif salurannya ... serta rakan-rakan aku di sini bukan begitu. Tetapi aku tidak sepatutnya memberikan alasan begitu kerana segalanya bermula daripada diri sendiri.

Menambahkan keinsafan untuk aku bergiat aktif apabila tebaca artikel di blog Aqilah (blog kawan Ateh yang aku amat kagum cara penulisannya).
.

2 comments:

Infant's steps said...

bagus la balik..takde salah pun:masa diluangkan utk bergembira dgn family,duit dibelanjakan pada perkara yg baik..so,takde yg perlu dikesalkan kalau balik rumah..niat yg baik,pasti ALLAH akan balas dgn perkara yg lbh baik..dont wori about ur tugasan berkumpulan tu..insyaALLAH dipermudahkan =)

Raihah Rosli said...

Alhamdulillah... Semuanya dipermudahkan. Assignment kumpulan u pun dah siap present! =) Happy=)