Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, March 12, 2008

Keputusan SPM 2007!


Hari ini 12 Mac 2008... hari yang amat dinantikan oleh pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM pada penghujung tahun 2007. Ya! hari ini keputusan SPM 2007 akan keluar.

Pasti tak tenang bagi sesiapa yang akan mengambil keputusan. Aku pun begitu, tak sabar rasanya nak tahu result SPM adik. Anas & Anis! Merekalah penghibur hatiku.

Sejak malam semalam aku dah terfikir, bagaimana adik akan mengambil keputusan mereka.

Aku tak meletakkan harapan (ialah Anas & Anis tu bukannya aku!... adik aku je), bagi aku apa yang mereka peroleh itu... sesuai dengan usaha dan kebolehan mereka. Hanya 1 yang aku doa, agar
result mereka tak jauh berbeza! Aku sangat berharap! Sebab aku tak nak nanti ada sebelah pihak terasa inferior dengan saudara kembarnya! Aku selalu cakap dengan Anas & Anis : " Setiap orang ada kelebihan tersendiri, sesuaikan diri kita dengan kelebihan yang telah ALLAH kurniakan." Insya ALLAH, mereka faham apa yang aku maksudkan!

ALHAMDULILLAH! Keputusan adik cemerlang.
Anas memperoleh 8 A & 1 B=======>4 A1, 4 A2 & 1 B
Anis memperoleh 9 A ===========> 7 A1 & 2 A2

Bersyukur aku yang tak terhingga kepada ALLAH SWT. Adik-adikku cemerlang. Aku berharap mereka bijak mengatur langkah kehidupan seterusnya.

Setiap insan dilahirkan dengan kelebihan yang tersendiri. Malah, menurut Toeri Kecerdasan Gardner pun , kecerdasan manusia pun dilihat pada 9 jenis. Logik matematik, bahasa, muzikal, ruang, kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan existential. Oleh itu, lihat ke dalam diri masing-masing. Kita tidak dilahirkan dengan kebodohan. Kita dilahirkan dengan kepandaian yang berbeza. Terokailah apa yang kita miliki!


No comments: