Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut Maulidurrasul.
Hari ini hari Khamis bersamaan 12 Rabiul Awal 1429. Hari ini merupakan hari kelahiran Rasulullah SAW dan juga merupakan tarikh wafat baginda, Rasulullah SAW.
Aku tidak mempunyai kebolehan dan kekuatan penulisan dalam Sirah Rasulullah SAW. Aku hanya mahu berkongsi pengalamanku tentang sambutan Maulidurrasul.
Aku telah dibesarkan di Johor atau lebih tepatnya di Skudai, Johor Bahru. Telah menjadi budaya masyarakat di Johor untuk menyambut Maulidurrasul. Sambutan Maulidurrasul memang perkara yang pasti masuk dalam takwim sekolah. Di taman perumahan kediaman aku pada ketika itu, Taman Sri Pulai, kebiasaannya pihak sekolah kebangsaan, sekolah agama dan kariah penduduk taman akan bersatu bekerjasama menjayakan sambutan Maulidurrasul. Acara akan bermula seawal jam 8 pagi dan akan berkumpul di padang sebelum memulakan perarakan. Perarakan akan bermula apabila semua pihak yang terlibat seperti pihak trafik serta bahagian-bahagian pengendalian program bersiap sedia. Perarakan akan diiringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dialunkan oleh muslimin dan muslimat yang berarak. Kebiasaannya dalam barisan perarakan itu akan disertakan sepanduk serta bunga manggar menambahkan lagi kemeriahan. Acara perarakan akan berakhir sekitar jam 11 di masjid taman perumahan kami iaitu Masjid Intan Abu Bakar. Ceramah Maulidurrasul akan diberikan oleh pencermah jemputan. Selain itu pelbagai aktiviti diadakan; seperti pertandingan nasyid , hafazan , azan, bercerita, pidato, khat dan banyak lagi pertandingan yang diadakan untuk mencungkil bakat muda. Pemenang pertandingan akan menerima hadiah dan sebelum bersurai muslimin dan muslimat dapat menjamu juadah yang disediakan, kebiasaannya nasi beriani atau nasi minyak.
Ya. Itulah antara aktiviti yang sering dilakukan untuk menyambut Maulidurrasul. Saat-saat itu hanya aku lalui ketika bersekolah rendah. Apabila menjejaki kaki ke sekolah menengah, aku tidak lagi menyertai aktiviti yang diadakan oleh Kariah Taman Sri Pulai tersebut; tidak tahu mengapa, mungkin sebab aku bersekolah menengah di SMK Taman Universiti. Aku hanya menyertai sambutan Maulidurrasul yang diadakan oleh pihak sekolah. Namun kini, apabila aku melangkah keluar daripada alam persekolahan, aku semkain jauh dengan budaya Sambutan Maulidurrasul. Hanya sekali aku pergi ke ceramah Sambutan Maulidurrasul semasa di semester 2. Itulah sahaja. Adakah semakin besar aku semakin susah kepada aktiviti-aktiviti kebaikan dan keilmuan. Aku sering tertanya-tanya kepada diriku.... Kenapa budaya yang baik yang telah diterapkan semasa kecil dahulu gagal diteruskan. Sambutan Maulidurrasul memang menjadi budaya di Johor untuk menyambutnya. Budaya yang baik sepatutnya aku teruskan. Budaya-budaya seperti Sambutan Maulidurrasul sepatutnya diteruskan dalam usaha menepis sebarang bentuk budaya baru yang semakin songsang dengan ajaran Islam.
Selamat Menyambut Maulidurrasul.
Basahkanlah bibir dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ustazah aku pernah berpesan amalkanlah selawat, amalkanlah 10 x sekurang-kurangnya, setiap kali selepas bangun tidur, perjalanan nak ke sekolah, pulang dari sekolah dan ketika duduk berehat...Aku masih ingat pesanan Ustazah Jamilah.

No comments:
Post a Comment