Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, March 6, 2008

Sekadar Coretan

Semester ni merupakan semester ke-4 aku di UPSI. Rasanya dah lali dengan dunia assignment. Masa mula-mula masuk sem 1 pada Julai 2006, memang rasa tak larat dengan assignment. Berlaku 'kejutan elektrik' sekejap dalam diri ni. Mana tidaknya daripada alam matrik yang hanya dengan dunia study dengan buku sahaja kepada dunia membuat tugasan sendiri (student centered learning - bak kata Dr.Syed) Setiap sem diuji dengan lambakan tugasan yang perlu disiapkan. Masa tengah busy menyiapkan assignment inilah biasanya kita akan terasa diuji dan teruji. Diuji dengan pelbagai dugaan yang ALLAH kurniakan. Mungkin sebagai peringatan buat aku yang selalu leka untuk mendekatkan diri kepada-NYA.


Sejak akhir-akhir ini aku terasa seperti selalu leka dan alpa dengan hal duniawi. Hari ini aku tersedar...apabila aku bersembang dengan Hanim tadi. Kami bersembang tentang study yang semakin susah, tentang masa depan yang masih kabur dan banyak lagi sehingga menyentuh sedikit tentang hubungan kita dengan-NYA. Aku tersedar!


Nak kongsi sedikit ilmu yang aku peroleh daripada buku La Tahzan tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazaar dan At-Tabrani tentang seorang tua yang sudah menggunakan tongkat untuk berjalan, datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata: " Wahai Nabi Allah, sesungguhnya saya telah banyak melakukan perbuatan kejidan mungkar, masihkah saya boleh mendapat ampunan?"

Baginda Rasul bertanya: "Engakau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad utusan ALLAH?"

Orang tua iti menjawab: " Ya, wahai baginda Rasulullah."
Baginda Rasulullah bersabda, ertinya: "Sesungguhnya ALLAH sudah mengampuni semua perbuatan keji dan ingkar yang telah engkau lakukan"

Terdapat beberapa yang perkara yang penulis (Dr. 'Aidh) dapat petik daripada hadith tersebut. Diantaranya ialah bahawa rahmat ALLAH sangat luas bahawa dengan menerima Islam maka semua kesalahan sebelum Islam akan dihapuskan. Dalam pada itu, bahawa kejujuran dalam bertaubat itu menghapuskan dosa yang dilakukan sebelumnya, bahawa tompokan dosa menggunung itu berbanding ampunan Zat Yang Maha Tahu semua yang ghaib tidak membawa sebarang makna dan bahawa anda mesti berbaik sangka kepada ALLAH, mengharapkan kemurahan-NYA yang terus mengalir dan rahmat-NYA yang luas.

Sekadar nak berkongsi apa yang dibaca... Semoga beroleh manfaat. Kembali kepada cerita asal tadi, memang diri ini terasa aku semakin busy dengan hal-hal study dan lain sampai kadang terlupa benda itu semua hanya sementara. Tulisan ini hanya sekadar luahan rasa, sekadar coretan buat diri ini.


No comments: