Semalam aku tak sempat nak update blog. Sehari suntuk di Kuala Lumpur meronda-ronda untuk menghabiskan duit bersama Shud, Cu dan Fana. Bukan ke mana pun, hanya di sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India sahaja. Memang niat hanya ke situ sahaja, tidak mahu ke shopping complex yang besar sebab aku dan kawan-kawan hanya mahu membeli baju-baju yang murah sahaja di kedai-kedai kecil. Jadi, tiada istilah Mid Valley dan KLCC. Semasa di Jalan TAR sahaja aku dan kawan-kawan masuk SOGO dan Maju Junction. Itupun di SOGO hanya menjamu mata, tanpa membeli apa-apa. Manakala, semasa di Maju Junction aku beli beg kuliah, beg biasa sahaja dan murah, hanya berharga RM 35 dan kami berempat mengisi perut di Kenny Rogers, Maju Junction. Di Jalan Masjid India aku juga membeli 2 pasang blouse yang entah bila aku nak pakai (huhu...mana selalu sangat pakai blouse- pergi kelas hanya berbaju kurung) yang bernilai RM 60 serta brooch yang berharga RM 5 untuk 2 biji. Aku menghabiskan RM 100 untuk bershopping semalam... Kiranya aku gunakan duit yang Din bagi tu untuk berbelanja, walaupun sebenarnya duit tu Din bagi untuk membayar hutang-hutang dia yang tak sampai pun seratus. Aku telah shopping dengan dahsyatnya tanpa menyedari yang assignment yang berlambak!Tak apa, ini aku jadikan salah satu cara nak release tension....hehehe
Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~
Saturday, March 8, 2008
Shopping!
Semalam aku tak sempat nak update blog. Sehari suntuk di Kuala Lumpur meronda-ronda untuk menghabiskan duit bersama Shud, Cu dan Fana. Bukan ke mana pun, hanya di sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India sahaja. Memang niat hanya ke situ sahaja, tidak mahu ke shopping complex yang besar sebab aku dan kawan-kawan hanya mahu membeli baju-baju yang murah sahaja di kedai-kedai kecil. Jadi, tiada istilah Mid Valley dan KLCC. Semasa di Jalan TAR sahaja aku dan kawan-kawan masuk SOGO dan Maju Junction. Itupun di SOGO hanya menjamu mata, tanpa membeli apa-apa. Manakala, semasa di Maju Junction aku beli beg kuliah, beg biasa sahaja dan murah, hanya berharga RM 35 dan kami berempat mengisi perut di Kenny Rogers, Maju Junction. Di Jalan Masjid India aku juga membeli 2 pasang blouse yang entah bila aku nak pakai (huhu...mana selalu sangat pakai blouse- pergi kelas hanya berbaju kurung) yang bernilai RM 60 serta brooch yang berharga RM 5 untuk 2 biji. Aku menghabiskan RM 100 untuk bershopping semalam... Kiranya aku gunakan duit yang Din bagi tu untuk berbelanja, walaupun sebenarnya duit tu Din bagi untuk membayar hutang-hutang dia yang tak sampai pun seratus. Aku telah shopping dengan dahsyatnya tanpa menyedari yang assignment yang berlambak!Tak apa, ini aku jadikan salah satu cara nak release tension....hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment