Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, April 25, 2008

Inilah semester 4 ku!

Alhamdulillah! Selesai menjawab soalan untuk subjek Wave, Vibration & Optics tadi pagi tadi, maka aku telah berjaya menamatkan 4 subjek peperiksaan. Kini, tinggal lagi 3 subjek yang mencabar bagi aku pelajar yang berstatuskan pelajar biasa-biasa sahaja, bukan tergolong dalam golongan bijak pandai ataupun rajin. 3 subjek yang tinggal tu adalah : Introductionary of Chemistry I, Ordinary Differential Equations dan Basics of Electronics.... YUHUUUU, subjek berat ni!

Semester ni (sem 4) aku ambil 7 subjek, sebanyak 19 kredit. Subjek-subjek yang aku ambil sem ni:
  • Bimbingan dan Penasihatan
Subjek ni aku suka, sgt berguna utk bakal pendidik, ilmu yang bukan sahaja sesuai utk cikgu, tp utk semua orang. Nmpk mcm senang, tp sebenarnya agak sukar, sebab masa exam aku tak boleh jwb dgn baik. Merangkumi pelbagai cara atau kaedah untuk menasihati dan membimbing. Banyak teori-teori yang dikemukakan.

  • Pemikiran Strategik & Inovatif
Membuatkan pemikiran menjadi kreatif dan inovatif...hehehe. Membuatkan aku lebih mengenali alGhazali, Ibnu Khaldun, de Bono, Sternberg, Sperry, Gardner dan banyak lagi tokoh-tokoh pemikir lain. Mengetahui cara berfikir, pemikiran dan banyak lagi yang selama ni aku tak pernah terfikir!

  • Pedagogi Pendidikan
Subjek ni pun aku suka sebab memberi pendedahan kepada aku tentang kaedah-kaedah mengajar. Tentang kurikulum, sekolah, cikgu ,pelajar dan masyarakat. Subjek ni pun banyak mengemukakan tokoh-tokoh dengan teori-teori pendidikan.

  • Wave, Vibration & Optics
Tentang gelombang, getaran dan optik. Susah! Tu yang mampu aku ulaskan.

  • Introductionary of Chemistry I
Hanya pengenalan kepada kimia. Lebih kurang macam belajar kat matrik dulu.

  • Ordinary Differential Equations
Belajar kira-kira dan beza-beza. Ni lah subjeknya. Sangat bermanfaat untuk selesaikan pengiraan dalam fizik.

  • Basics of Electronis
Hanya belajar asas tentang elektronik. Tetap mencabar utk aku yang berstatus pelajar biasa-biasa ni.

Aku berdoa agar aku dapat salurkan ilmu-ilmu yang telah aku pelajari ini terutamanya apabila aku bergelar pendidik kelak. Aku juga berdoa agar boleh menjawab 3 lagi subjek tu dgn baik... Amen!

3 comments:

MieJida said...

camne nak access ke blog azaty??

Raihah Rosli said...

Die da delete blog die la sajid... =(

Raihah Rosli said...

Huhu kite x smpt nk update kan blog kite ni... blog org yg da delete pon kite x buang lg... =)

tunggulah lps 8.5....da abis xm bru sdp nk lyn blog!