Sudah hampir setahun aku menetap kat Taman Nusa ni (rumah sewa kat Tanjung Malim). Banyak asam garam yang aku dah telan kat dalam rumah ni ( mana taknya hari-hari aku makan, mestilah ada garam dan asam jawa...ekekeke). Lagi 3 sem lagi aku akan menetap kat rumah ni... Insya ALLAH. Kami menghuni seramai 17 orang dan kesemuanya adalah student yang sama sem daripada Fakulti Sains & Teknologi (7 orang chem, 7 orang bio, 2 orang physics & 1 orang math, sem depan 1 org physics lagi masuk). Alhamdulillah mendapat housemate yang baik. Masalah sikit-sikit itu normal, mana ada manusia yang sentiasa dapat memuaskan hati manusia lain. Lagi-lagi pabila dah sentiasa bersama, mesti sentiasa teruji dan diuji. Tetapi terpulang kepada kematangan kita menghadapi masalah. Walaupun kekadang terdetik di hati " I can't stand to this problem" ataupun " Huh! Tensennye keadaan macam ni" dalam kehidupan bersama kawan-kawan, aku akan merasionalkan balik minda dan hati. Minda akan berkata terimalah keadaan dan hati akan bersuara : bersabarlah kerana aku juga bukannya manusia yang perfect, jadi jangan mengharapkan yang terbaik daripada orang lain. Maka aku akan berusaha... menerima dan menelan. Aku selalu merasionalkan balik apabila aku ada sesuatu masalah... Aku akan selalu fikir balik hikmah di sebalik musibah...supaya aku lebih kuat dan tabah. Mungkin sebab tu aku jarang sangat menangis....sampai kawan-kawan aku kata aku manusia keras dan blur .... seolah-olah tak de perasaan. Hahahhaa !
Masa mula-mula kat UPSI dulu,aku menetap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Sempat duduk setahun sahaja. Lepas tu dah tak layak....senang citer... aku kena tendang lah! Waarghh! Bukannya aku tak aktif , cuma tak de rezeki nak duk kat kolej lagi. Tapi banyak hikmahnya kena tendang kolej di usia muda. Aku tahu menguruskan kewangan dan kehidupan. Aku tak menghadapi masalah bas. Kalau kelas dekat dengan rumah,15 minit kelas nak start baru aku gerak dari rumah, kalo duk kolej dulu, sejam sebelum kuliah dah naik bas. Aku tak suka berebut bas, geli berasak-asak sampai tak kira lelaki dan perempuan. Tapi aku dengar cerita, sekarang dorang da pandai beratur naik bas. Bagus2.
Aku rindu pada housemate aku masa di KHAR. Kak Jat yang caring (skrg tgh praktikal kat Ipoh sbg cikgu pendidikan seni), Kak Syida bakal cikgu pendidikan khas (roomate aku sem 1 yang sgt cute), Kak Yana yang kelakar (kaunselor tue!), Kak Jaja roomate sem 2ku (cikgu pendidikan IT) Kak Nad yang baik hati ( cikgu akaun), Ateh yang alim (chem), Syu yang ayu (bio) dan Che Mast yang pandai bercerita (chem). Indah sungguh suasana rumah 1-7-15 KHAR sem 2006/07. Masih teringat suasana di ruang tamu rumah, hiruk pikuk bercerita, gelak tawa bila dengar Kak Yana berjenaka, makan bersama, tengok CD bersama, jogging bersama, solat fardhu berjemaah, solat hajat bersama menjelang exam dan banyak lagi... Rindunya!
2 comments:
dah berkali2 bukak blog awk,baru nak comment post yg dah lama ni..huhu..
hm,dr apa yg kita baca post awk ni,awk takde halnya nak face prob dlm hidup awk..sbb fikiran +ve awk dah ada,keyakinan pada ALLAH dah ada..dua ni dah cukup utk hadapi apa2 dugaan dlm hidup..cuma akhir sekali awk kena tau cara utk kawal perasaan n take over beban tu..tu awk kena usaha sendiri sbb ia bersifat dalaman..manusia takleh tolong..tapi still pengurnia perasaan tu boleh bantu..just have faith in ALLAH..then ur worry will fade away..=)
alhamdulillah...memang bley hadapi....memang kena hadapi pun(terpaksa).... cuma mental dan emosi terganggu.
Post a Comment