Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, May 7, 2008

Bersyukurlah Kita!


Lihat gambar kanak-kanak ini. Aku sempat rakamkan dari tingkap bilik aku... tapi tak clear sgt.

Anak kecil ini pernah aku tegur satu ketika dulu... " Adik, nanti lps punggah sampah, masukkan balik dalam tong yer, jangan sepah-sepahkan tau!" Aku memang bengang kadang-kadang dengan keadaan sampah yang bersepah.

Di kawasan perumahan rumah sewa aku ni, memang ramai yang suka punggah sampah. Ada 3 golongan yg suka punggah sampah ni. Yang pertama : seorang wanita tua yang mengayuh basikal. Yg kedua : Seorang lelaki yang dalam usia 20-an menaiki motosikal. Yg ketiga: anak-anak kecil ini yang aku sempat rakamkan gambarnya!

Makcik tua itu yang aku tahu, dia mencari bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Aku pernah nampak mak cik tu ambil tin dan botol. Lelaki muda itu, aku tak pernah tahu dia cari apa. Kadang-kadang aku jengah jugak dr tingkap bilik. Tp aku tak nampak dia ambil apa. Memang peliklah laki muda tu. Dan anak-anak kecil yang memunggah sampah yang pernah aku tegur dahulu, rupa-rupanya mencari makanan!

Anak kecil sedang memunggah sampah! Mencari sisa makanan utk di makan!

Ya ALLAH, aku tak pernah sangka mereka mencari makanan. Pada satu petang tu, aku tengah rehat kat ruang tamu sambil tengok TV. Aku ternampak budak-budak tu punggah sampah. Niat kat hati nk mintak dia kemas kat balik sampah yang diteraburkan, tapi malas nak kuar. Jadi aku tengok dari dalam rumah. Nampak kanak-kanak itu sedang memegang roti yang telah housemate aku buang disebabkan telah expired dan bersemut. Aku nampak kana-kanak itu makan dengan laju sekali. Menunjukkan betapa laparnya kanak-kanak itu.

Ahhh! Simpatinya aku tengok. Tak sangka, dalam negara kita pesat membangun. Banyak lagi golongan yang masih hidup susah. Walaupun dikatakan kadar kemiskinan semakin menurun, tapi masih ada si kecil memunggah sampah utk mengalas perut.

Kalau selama ini aku suka membazir, sekarang aku terfikir betapa beharganya nilai sekeping roti.

Kalau selama ini aku membebel melihat gelagat mereka memunggah sampah, sekarang memikirkan kesusahan hidup mereka!

Ini di Malaysia, bumi yang aman, makmur dan kaya dengan makanan. Bagaimana nasib orang susah di luar negara!

Ya! Kanak-kanak itu membuat aku terfikir dan berfikir!

1 comment:

Infant's steps said...
This comment has been removed by the author.