Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, June 10, 2008

Bukan Kerana Ujub

Aku menulis blog bukan kerana untk membanggakan diri...jauh sekali untuk bermegah-megah...tidak! Aku menulis hanya utk merakamkan segala pengalaman diri...hanya utk kepuasan aku.

Disebabkan aku ckp psl ujub ni. Aku nk share sikit ilmu ttg ujub.

Seperti yg selalu aku nyatakan...aku bukan sorg yg warak dan alim utk menyampaikan ilmu. Petikan di bwh ni aku petik dr buku Bimbingan Mu'minin

Hal-Hal Yg Menimbulkan Ujub dan Cara Mengubatinya...

~~Ujub dgn badan sendiri kerana cantik, tampan, sihat, kuat, bagus suara, sehingga lupa bahawa semua kelebihan2 ini kurniaan Allah yg bila2 masa saja boleh ditarik nikmat itu. Cara mengubatinya ialah mengenangkan kekufuran yg dikandung oleh batin kita dari dilahirkan hingga ke akhir hayat kelak. Jika kita terdiri drpd org yg cantik rupa paras maka hendaklah merenungkan betapa badan kita pecah terburai dan hancur luluh menjadi busuk di dalam kubur sehingga jijik melihatnya~~

~~Ujub dgn ketangkasan dan kekuatan . Cara mengubatinya ialah dgn mengenangkan pula bahawa jika kita ditimpa demam sehari saje, akan menjadi lemahlah segala anggota badan kitayg kuat dan tangkas tadi~~

~~Ujub dgn kelebihan akal dan kecerdasan dlm berfikir dan mengingat. Akibat adanya penyakit ini pada diri kita sehingga kita suka menonjol2 kan pdpt sendiri dan tak mahu bermesyuarat dgn org lain sebab kita menganggap mereka semua bodoh dan jahil. Seterusnya kita enggan mengambil pdpt atau nasihat org berilmu sebab kita rasa tidak perlu lagi utk mndgr kata2 mereka. Cara mengubatinya ialah dgn memperbanyakkan syukurkepada Allah atas nikmat yg diberi. Cuba kita fikirkan pula jika otak itu diserang penyakit sehingga menjadi tak waras atau gila. Sesunguhnya ilmu yg dikurniakan Allah kepada manusia teramat sangat sedikit~~

Ya Allah...jauhkanlah aku dari sifat ujub...

No comments: