Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, June 20, 2008

::Hari Kelima ROS 1::

::Hari Kelima::


Hari ini adalah hari terakhir ROS utk minggu pertama aku di sini. Namun begitu hari ini adalah hari pertama kami bertemu dgn Guru Besar SKTSP, En. Azmi Sujak. Kelewatan berjumpa dengan GB bukanlah disengajakan, tetapi kerana ketiadaan GB spjg 4 hari pertama minggu ini atas urusan rasmi. Alhamdulillah, beliau seorang yang amat baik. Sepanjang lebih kurang setengah jam sesi pertemuan itu, beliau tidak putus2 memberikan nasihat. Namun begitu, ada soalan2 drpdnya sengaja mahu menggugat rasa hati kamu sbg bakal pendidik. Antaranya:

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yang orang tak pandang, malah diperlekehkan lagi pada zaman sekarang?

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yg tak de rehat sebenarnya.... orang luar je nampak guru ni rehat...kerja setengah hari...tapi sebenrnya 24 jam...kamu nampak tak?

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yg berisiko sebenarnya .. tapi org lain tak nampak... awak tahu tak ...kalo awk slh didik org.smpai la ke generasi akan datang kesannya?

Aku tahu GB mahu membuka minda, hati dan mata kami melihat kerjaya dalam bidang pendidikan. Sepanjang soalan –soalan itu dilontarkan, aku hanya bermonolog dlm hati. Aku ada jawapan kepada semua soalan itu. Aku berharap diriku, jiwa dan raga sudah bersedia untuk menempuh ke alam dunia pendidikan

No comments: