::Hari ketujuh::
Hari ini hari ketujuh menjalani ROS 1. Tugasan hari ini, melihat Kak Ana mengajar. Kak Ana mengajar subjek BM utk kelas 6 Mahir. Alhamdulillah, kelas 6 Mahir merupakan kelas cemerlang, jadi tiada masalah semasa mengajar. Aku menjadi penonton je kat belakang.
Masa rehat, aku pergi kantin sekolah. Entah macam mana, ada seorang cikgu bertanya...tetapi bukan bertanya kepada kami cikgu ROS...cikgu itu bertanya kepada cikgu lain.
A:Siapa budak2 ini?
B:Laaa....inilah dia budak ROS.
A:Tak memperkenalkan diri pun.
Kami terdiam...hanya tersenyum...tapi dalam hati...Ya ALLAH...kami bukan tak nak memperkenalkan diri...tapi kami da berta'aruf selepas sesi perhimpunan rasmi hari Isnin...mungkin ada cikgu yang tiada pagi itu. Aku da bersalaman dgn cikgu2... juga sudah memperkenalkan diri kepada cikgu2 yg prnh mengajar aku. Aku sangat menghormati dan menyayangi cikgu2 yang pernah mengajar aku. Menghargai jasa mereka yang tak terbalas. Tanpa didikan mereka siapalah aku!
C:Sombong nye! tak memperkenalkan diri pun.(C: bukan seorg guru)
D:Bukan sombong...budak2 tu segan...baik budak2 tu.
B:Ko garang sangat...macam singa...takut budak2 tu.
Ya ALLAH... mase tu dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu...
Siapa kami nak sombong dgn cikgu 2?..Apa yang kami ada sampai nk sombong?..Kami hanya pelatih...bukan punya kepakaran macam cikgu2...Kami ke sekolah untuk timba ilmu2 yang cikgu2 ada...Sebagai panduan kami bila menjadi pendidik masa akan datang. Kami bukan tak nak menegur...kami akan sentiasa tersenyum...sebab kami memahami cikgu sibuk menguruskan urusan sekolah menjelang hari sukan.
Kami masih lagi bertatih menimba ilmu untuk menjadi bakal pendidik. Kami masih dalam proses pembelajaran. Memahami situasi sekolah. Tiada niatnya kami nak menyombong.
Kami pun bakal menjadi seorang pendidik. Kami pun bakal ada anak murid. Kami pun nanti mengajar. Kami pun akan sama seperti cikgu2. Kami hormat senior2 kami yg sudah lama berkhidmat.
Cikgu2 yg membantu dan memahami diri kami amat kami hargai...
No comments:
Post a Comment