Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, August 31, 2008

MERDEKA !


Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke-51

Kalau di sekolah dulu pasti terasa kemeriahan menyambut sambutan merdeka kat sekolah. Macam2 aktiviti diadakan: nyanyian, lakonan, deklamasi sajak dan pelbagai pertandingan. Tapi bila berakhirnya zaman persekolahan dan matrikulasi, kemeriahan sambutan tu kurang dirasai. Meskipun di UPSI ni ada banyak juga sambutan yang dilakukan, malang sekali tak terasa pula untuk mengambil bahagian!

Bukan apa, bila dah besar ni terfikir juga sejauh mana keberkesanan sambutan tu. Sekarang ni terfikir juga APAKAH AKU BETUL2 MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN TERSEBUT ATAU HANYA SEKADAR NAK MERASAI KEMERIAHAN SAMBUTAN?

p/s : Sampai sekarang sebenarnya masih ragu2 kat dalam diri ni: Betulker saya tahu erti sebenar kemerdekaan?

2 comments:

Neeza Shahril said...

merdeka ke? entahlah kan.. budaya luar masuk dalam negara kita selamba aje.. merdeka ke gitu? tak tahu lah kan dik ;)

Anonymous said...

Btul tu! Sgt menyedihkan! Sy ada kwn cter cre die smbut merdeka...sy yg gerun dgr! :(