Lebih seminggu blog ni tak di'update'. Saya bercuti pulang ke JB. Walaupun ada akses internet, tapi semacam tak rasa nak update blog. Jadi malam tadi setelah sampai ke TM semula saya kembali ke alam maya. Sepatutnya cuti seminggu. Bermula 24 Januari hingga 1 Februari. Tapi dek kerana tugasan yang berlambak perlu disiapkan, maka saya dan rakan-rakan pulang awal. Harapnya banyaklah tugasan yang dapat disiapkan dalam tempoh 4 hari ini sebelum kelas dibuka.
Raihah, manfaatkan tau kepulangan awal ni... Huhu. Jangan buang masa! Beberapa hari lepas ada kawan,Aisyah (Eca) contact melalui sms. Ajak hang out pada hari semalam. Main bowling dan makan-makan. Tapi saya terpaksa akur, tak dapat sertai mereka. Tiket saya ke TM pada jam 10.30 pagi semalam. Eca kawan yang saya kenali sejak darjah 5 di SKTSP. Dia pelajar lompat PTS. Eca kini belajar dalam bidang Matematik di UTM. Kalau tak silap, saya bersua dengan Eca kali terakhir pada bulan 5 tahun lalu, di Jusco Taman U .
Dan kebetulan pagi tadi, seorang lagi rakan, Haslinda (Has) sms ajak keluar jalan-jalan. Bosan duduk rumah katanya. Sekali lagi terpaksa beritahu perihal saya terpaksa pulang awal ke TM. Has saya kenali semasa tingkatan 1. Semasa tingkatan 4, Has melanjutkan pelajaran di MRSM Serting. Kini Has belajar dalam bidang Farmasi di Australia. Kali terakhir bersua dengan Has kira-kira setahun setengah yang lalu di Jusco Tebrau City.
Kepulangan yang sangat singkat. Saya bertolak dari TM jam 8 malam Jumaat malam Sabtu dan sampai di JB jam 3 pagi. Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Rabu jam 10.30 pagi saya sudah menaiki bas dan tepat jam 3.30 petang saya sampai di TM.
Cuti kali ini saya manfaatkan untuk makan-makan dan rehat-rehat dan beli-belah. (*_*) Saya makan secara marathon! ;p Pulut, barbeque, karipap, apit-apit, kuih hasidah, ayam goreng special, sup tulang, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai jenis lauk sepanjang 4 hari di rumah. Saya juga membeli banyak benda. ;p (Bukan saya beli, tapi ayah saya yang belikan, saya mana ada fulus!) Seutas jam tangan, sebuah purse, sepasang sandle, buku rujukan sekolah dan seluar sukan. Semuanya tu keperluan sebabnya yang lama sudah dalam keadaan kritikal dan tak dapat digunakan lagi.
Sesiapa tak pernah tahu tentang kuih hasidah, inilah kuihnya. Rasanya ini kuih orang pantai timur kot.
Lambat lagi akan pulang bercuti. Sebab mengikut takwim akademik, kami tiada lagi cuti untuk semester ini sehingga bulan 5. Semester ini juga semester tersibukku sepanjang pengajian di UPSI.
Jadi, sekarang tiba masa saya berhumpas-pulas menyiapkan tugasan setelah berehat tempoh hari. Dalam hidup kita, kita tak boleh terlalu berehat dan tak boleh terlalu tertekan. Ambil yang sedang-sedang. Yang penting ingat, bahawa apa yang kita buat, ada imbalan yang kita dapat. Pahala dan dosa. Syurga dan neraka. Tapi itulah saya manusia, kadang-kala lupa janji Allah yang pasti itu....
4 comments:
ala eah.. ni dah bulih buat barang hantaran ni.. sukup letak atas 1 par.. hehe.. I punye barang dari pasar malam Sogo, U punye barang beli kt mane?? hehe..
ye ke kuih hasidah tu asal pantai timue Raihah? akak macam pernah dengar tapi tak sure pernah makan ke tak.. rasanya asal pahang.. tapi pahang tengah kot..
psstttt... sandal kita 1 brand la.. cuba lain color dan lain pattern.. sure lain harga juga.. akak cuma mesti jauh lebih murah hehehe..
Aniem,
Hantaran? hahaha...tak pernah masuk dlm senarai plan org....hihi...aniem len la. ...dah tak lama lg... i bli di JB je..
Kak Neeza,
Hehe...tak confirm gak... tp sy bese mkn mse blik kemaman. bli kat psr atu kat binjai.
Yeke? Waa... x sgka!Da sme brand tu... harge pon sme kak:)
haha,banyok nye beli..
Post a Comment