Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, February 9, 2009

Sepintas Lalu " Berpaut Di Dahan Cinta"

Ini sedikit sebanyak yang saya dapat tempoh hari dalam ceramah "Berpaut Di Dahan Cinta".... Saya bukan mahu menasihati anda yang menjadi pembaca blog ini.... Kerana siapalah saya untuk menasihati anda yang lebih banyak pengalamannya daripada saya yang tak pernah mengalaminya.... Saya cuma mahu berkongsi... Berkongsi apa yang saya dapat... Moga mendapat manfaat dan sekurang-kurangnya saya sudah menjalankan tanggungjawab saya menyampaikan apa yang hak dan apa yang batil... Selebihnya atas individu untuk merasionalkannya dalam perbuatan bukan hanya rasional dalam akal sahaja.

  • Di mana tahap anda meletakkan persepsi anda dalam erti cinta? Hati, akal @ nafsu.
  • Cinta menghasilkan keutamaan. Fikirkan kembali apakah tujuan utama anda hidup di dunia yang fana ini? Bahagia-bahagia yang sementara di dunia @ bahagia hingga bersama-sama ke syurga?
  • Manusia tidak bertindak pada apa yang dia tahu, tapi bertindak pada apa yang dia mahu. Itu yang menjadi masalah. Contohnya, jika anda sudah tahu bersentuhan antara bukan muhrim itu haram, mengapa anda lakukan??? Itulah maksud ayat tersebut.
  • " Begin with end in mind". Ingatlah setiap sesutu yang kita lakukan ada pengakhirannya (hari perhitungan). Kalau kita mampu fikirkan ayat ini, kita akan faham bahawa pentingnya memulakan sesuatu hubungan itu dengan mulanya berkat, akhir juga akn diberkati. Kalau awal-awal lagi dah di murka itu macam mana? Melalui hubungan anda, anda mahukan zuriat kelak apabila sudah berkahwin, anda pasti mahu anak yang soleh... bagaimana jika hubungan itu sendiri diawalnya sudah dimurka Allah... Fikir-fikrkanlah...
  • Bagaimana mahu menjadikan cinta sebagai motivasi? Ia perlu di dasarkan pada faham tanggungjawab terhadap cinta.
  • Adakah kita betul-betul cinta atau sekadar mahukan perhatian. Itulah persoalan yang banyak berlaku pada remaja kini.
  • Jadikan cinta itu sebagai cita-cita semasa merancang nak berumah tangga.
  • Berusahalah untuk mendapatkan jodoh. Bukan sekadar berserah kepada Allah sahaja. Perlu disertai dengan usaha. Ia seperti rezeki. Tidak ada rezeki datang bergolek. Semuanya perlu diusahakan. Berusahalah untuk mencari jodoh dengan cara yang betul.
  • Hubungan muamalat antara lelaki dan perempuan, perlu diadakan batas antara mereka. Sebabnya kaedah itu lebih bersih untuk hati lelaki dan perempuan tersebut. Kerana hati sungguh susah untuk di jaga. Dan disitulah tempat perebutan syaitan. Jadi bergaullah dengan berlainan jantina pada waktu-waktu yang perlu sahaja. Tidak perlu sehingga tahap bermesra.
  • Cinta teragung adalah cinta ALLAH. Cinta ini perlu diminta kerana ia rezeki. Doalah... kerana cinta Nya membuatkan kita tenang.... Tiada ketenangan setanding ketenangan ini.
Inilah yang saya mahu kongsikan. Untuk peringatan diri saya. Seperti saya nyatakan di atas saya tak berhajat mengur sesiapa. Siapalah saya. Saya masih bertatih mendekatkan diri kepada kebaikan. Sebab itu tak layak... bukan kerana apa.... kawan saya yang alim dan warak juga boleh keluar ber'dating' berdua-duaan... apatah saya yang poyo ini dan sangat lemah ini.

Credit to Flickr


Ada sedikit tambahan nota yang saya dapat dari blog Sajidah tentang "Macam mana kita nak dapat cinta ALLAH..?"

1. Berjuang di jalan ALLAH dalam keadaan yang berbaris [teguh]

2. Muhsinun (yang jika dia buat sesuatu perkara, dia akan buat yang terbaik, seolah2 dia melihat ALLAH dan dia sangat merasakan ALLAH memerhati & mengawasi dia)

3. Tawwaabun (yang menyesal dgn kesilapannya dan sering bertaubat pada ALLAH)

4. Mutatohharun (yang menyucikan diri dari najis zahir & batin seperti akhlak yg buruk, penyakit hati, syirik, dll. )

5. Sobirun (yang menerima dengan redha setiap ketentuan ALLAH ke atas dirinya)

6. Mutawakkilun (yang apabila dia melakukan sesuatu perkara, dia menyerahkan seratus
peratus kepada ALLAH utk menentukan, dia bertawakkal pada awal+semasa+pada akhir proses usaha tu)

7. Muqsitun (yang adil, memberi hak kepada yg sepatutnya)

8. Muttaqun (yang takut kepada ALLAH, dan yang jika dia beramal, dia beramal semata2 kerana ALLAH)

Ini 8 golongan yang ALLAH sebut dalam alquran bahawa ALLAH cintakan mereka.



3 comments:

Neeza Shahril said...

pada akak, tak salah kita nasihatkan orang.. kalau orang itu ikhlas, dia tak tengok pada siapa yang nasihat tu.. tapi tengok pada apa yang dinasihatkan tu..

thanks ya.. walaupun akak ni lebih tua dan dah berumahtangga pun, akak setuju dengan apa yang Raihah kongsikan tu.. manusia ni selalu lupa.. akak juga cam tu..
selagi hidup, manusia tak lepas dari dosa..
semoga kita sama2 ingat mengingati..

thanks again ya dear sister :)

Infant's steps said...

hua3..btul kata kak neeza..bukan tgk pada org~~siapa yg nasihat..tapi apa yg dia nasihat..

sgt tertarik dgn ayat

"Manusia tidak bertindak pada apa yang dia tahu, tapi bertindak pada apa yang dia mahu"

n lagi satu..psl persoalan persepsi kita pada erti cinta~~sepatutnya pada akal kah??atau hati kah??semestinya bukan nafsu.. =D

good post!! ~~~ =)

Raihah Rosli said...

Kak Neeza.

Betul jugak kate akak tu.... "kalau orang itu ikhlas, dia tak tengok pada siapa yang nasihat tu.. tapi tengok pada apa yang dinasihatkan tu.."

Kita saling ingat-mengingatkan... sbb manusia itu selalu lupa!



Azaty,
Cinta itu lahir dari hati tapi dengan panduan akal berteraskan syariah.....