Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, March 1, 2009

Explorace + Lawatan TI

Minggu ini dan seterusnya saya akan menjadi sangat teramat sibuk yang amat ( ini salah tatabahasa ni...tp ia nak menerangkan tahap kesibukan saya). Mesti orang akan cakap, isshhh! dia ni asyik cerita tahap kesibukan dia jer, macamlah orang lain tak sibuk.... Tapi itulah kenyataan. Saya tengah sibuk sekarang menyebabkan saya tak da idea best untuk update blog melainkan tentang aktiviti-aktiviti saya di TM ni sebagai pelajar UPSI. Insya ALLAH minggu hadapan (7.3.2009) saya terlibat dalam penganjuran Seminar Penularan Penyelewengan Akidah dan 2 minggu kemudian (13-15.3.2009) saya akan ke sekolah untuk Kem Pembangunan Insan dan Khemah Ibadah. Yang saya ceritakan di bawah ini pula aktiviti hujung minggu saya pada minggu lepas. Manakala minggu ini saya memanfaatkannya dengan menyiapkan assignment.


Sabtu -21.2.2009

Saya menyertai program Explorace Physics di Kampus UPSI. Bermula jam 8 berakhir pukul 1. Terdapat 8 check points. Kesemua tugasannya berkaitan aplikasi Fizik. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang peserta. Kumpulan saya disertai oleh saya, Yana Aida, Yana Rosanan, Ros dan Khairwan. Khairwan adalah peserta di saat-saat akhir sebabnya Khairwan menggantikan tempat Shud yang sakit pada hari tersebut. Sebab itulah dia seorang sahaja lelaki di dalam gambar di bawah. Jutaan terima kasih kepada Khairwan kerana menggantikan tempat Shud walaupun hanya diberitahu kira-kira setengah jam sebelum perlumbaan. Alhamdulilah... kami berjaya menamatkan Explorace namun kami hanya menduduki tempat saguhati sahaja.




Ahad- 22.2.2009

Ahad tersebut saya, Cu dan Shud ke Teluk Intan. Keputusan yang dibuat dalam saat-saat akhir. Kerana nak menguji kertas soalan fizik yang telah dibina serta melawat adik-adik yang baru seminggu kami berpisah. Banyak kelebihan yang kami dapat apabila pergi ke SMT Teluk Intan, kerana kami tidak perlu mengikut prosedur biasa untuk melakukan ujian di sekolah, kami hanya meminta tolong adik-adik kami itu menjawab. Kami juga tidak perlu pergi pada hari bekerja, maka tidak akan mengganggu waktu kuliah kami. Selain dapat berjumpa dengan adik-adik kumpulan kami.

Dalam pukul 11 pagi dapat call kereta sewa dan janji ambil pukul 12. Pukul 12.30 sampai pekan, pergi fotostat soalan, print gambar dan beli sedikit makanan untuk dibawa. Pukul 1 dari TM dan tiba di sana jam 3 petang.

Alhamdulillah, saya berkesempatan berjumpa dengan kelima-lima adik di bawah bimbingan saya. Tak sangka juga yang Syafiq join sekali sebab Syafiq ni pemalu yang amat. Bersama mereka sampai lebih kurang 2 jam, adik-adik yang lelaki beredar kira-kira jam 4.50 petang ketika azan berkumandang.

Masa berjumpa tu, kami hanya membuat kertas soalan yang diedarkan serta memberikan sedikit penerangan tentang konsep-konsep yang terlibat selepas mereka menjawab soalan tersebut. Selebihnya masa kami bersembang-sembang. Banyak yang disembangkan. Biasalah layan budak-budak remaja, maka topik pun berkisarkan persoalan pelajaran, cara belajar, masalah kawan dan couple. Mulut saya pula tak berhenti berpesan itu dan ini. Huhu...


Sebelum pulang ke TM, saya, Cu dan Shud singgah sebentar di bandar Teluk Intan untuk bergambar di bangunan condongnya.



Seminggu sudah ia berlalu. Masa begitu pantas........ atau saya yang melengah-lengah hinggakan jangka waktu seminggu rasa umpama 2-3 hari sahaja. Saya tahu..... itu juga adalah antara tanda-tanda akhir zaman... masa yang dirasakan terlalu singkat....

2 comments:

Neeza Shahril said...

menara condong tu ada di Teluk Intan ke?
hehehh.. akak tak pernah pergi lagi. Kena pergi lah one day :)

busy betul Raihah ya..

Raihah Rosli said...

hehehe.... cuti-cuti malaysia nnti KK Neeza :)